Wednesday, October 21, 2009

Murid Dan Alam Belajar


PENGENALAN

Pelajar akan didedahkan dengan pengetahuan mengenai konsep alam
belajar murid; pelbagai teori pembelajaran; implikasi faktor perbezaan
individu, motivasi, gaya pembelajaran terhadap pemilihan dan pengaplikasian
pendekatan dan strategi pengajaran pembelajaran.

Di samping interaksi dengan pensyarah pada masa cuti, anda boleh
menggunakan panduan pembelajaran ini untuk memperkukuhkan
pengetahuan dan kemahiran anda dalam beberapa tajuk (Tajuk 1 – 7). Harap
anda mendapat pengalaman belajar yang menarik dan mencabar.


HASIL PEMBELAJARAN

(1)       Menjelaskan konsep alam belajar dan pengajaran-pembelajaran

(2)       Menjelaskan kepentingan alam belajar dalam perkembangan dan
            pembelajaran kanak-kanak.

(3)       Menghuraikan teori-teori pembelajaran utama dan implikasi terhadap
            pengajaran dan pembelajaran.

(4)       Memilih dan mengaplikasi pendekatan serta strategi pengajaran
            pembelajaran yang sesuai berdasarkan teori pembelajaran

(5)       Mengaplikasi pengetahuan tentang perbezaan individu, gaya
            pembelajaran dan motivasi dalam pengajaran dan pembelajaran.

(6)       Mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif.





TAJUK 1                                           ALAM BELAJAR

PENGENALAN
KONSEP ALAM BELAJAR
Alam belajar murid terdiri daripada dua komponen. Cuba kaji Rajah 1 dan
nyatakan dua komponen itu. Di bawah setiap komponen, nyatakan elemen-elemennya.

Alam Fizikal:-
Fizikal  boleh diibaratkan sebagai ‘guru yang kedua’ bagi seseorang pelajar dalam bilik darjah. Alam fizikal banyak mencerminkan gaya pengajaran seorang guru di bilik darjah. Sususan kerusi dan meja , pokok-pokok dalam pasu, gambar-gambar pemandangan, papan kenyataan , hasil kerja pelajar akan mengwujudkan satu keadaan yang kondisif untuk seseorang pelajar.Penyusunan meja kerusi pelajar sebagai gaya auditorium, gaya bersemuka ,gaya off-set ,gaya seminar dan gaya cluster akan membantu pelajar untuk meningkatkan pelajaran mereka.

Psikososial:-
Faktor psikososial  seperti nada suara yang sesuai, suasana yang kondusif , tingkah laku yang diterima dan saling berbudi bahasa  akan membantu seorang pelajar dalam aspek keselamatan dan keselesaan mereka dalam persekitaran sekolah.Seorang guru yang prihatin terhadap kebajikan pelajar dan mudah didampingi, beramah tamah, cekap, berkeyakinan diri dan mengambil berat tentang keselamatan dan keselesaan pelajar akan memenuhi keperluan-keperluan psikososial murid-murid yang diajar.
KOMUNITI PEMBELAJARAN
Pembelajaran murid amat dipengaruhi oleh persekitarannya. Teori Ekologi
Bronfenbrenner menjelaskan pengaruh sosiobudaya persekitaran terhadap
perkembangan dan pembelajaran individu.
Cuba melayari internet tentang teori ini dan nyatakan elemen-elemen dalam
setiap sistem dalam model Bronfenbrenner.

1. Mikrosistem.
Persekitaran yang terdekat dimana kanak-kanak mempunyai interaksi secara langsung dan menghabiskan paling banyak masa. Contoh ibubapa, adik beradik,rakan-rakan,jiran dan guru.

2. Mesosistem.
Perhubungan antara mikrosistem.Apa yang berlaku dalam satu mesosistem boleh mempengaruhi interaksi dengan mikrosistem yang lain. Misalnya keadaan rumah boleh mempengaruhi tingkah laku individu di sekolah. Contoh rumah-sekolah, rumah jiran, sekolah-jiran.

3. Ekosistem.
Pengalaman dengan persekitaran yang tidak melibatkan murid secara langsung tetapi keputusan yang diambil dalam persekitaran tersebut memberi kesan kepada kanak-kanak dan dewasa yang terlibat dengan kanak-kanak tersebut. Contoh sekolah-pasar raya, kaedah pengurusan, kemudahan dan peraturan-peraturan yang dikuatkuasakan oleh tempat membeli belah secara tidak langsung mempengaruhi perkembangan sosial kanak-kanak tersebut.

4. Makrosistem.
Perkembangan individu dipengaruhi oleh norma-norma ,nilai-nilai dan amalan masyarakat . Misalnya dalam sesetengah masyarakat peranan jantina dititik beratkan (santrock 200H).Di sesetengah Negara, kaum lelaki diberi peranan yang lebih dominan dimana mereka diberi peluang pelajaran dan pekerjaan-pekerjaan yang penting

5. Kronosistem.
Perubahan keadaan dalam sesuatu tempat masa .Misalnya kanak-kanak hari ini lebih berfokus kepada permainan komputer jika dibandingkan dengan kanak-kanak dua atau tiga puluh tahun dahulu yang lebih gemar bermain di persekitaran rumah.

Interaksi elemen-elemen dalam 5 sistem ekologikal Teori Ekologi
Bronfenbrenner boleh mempengaruhi perkembangan dan pembelajaran murid.
Apakah implikasi teori ini kepada anda sebagai seorang guru?

Implikasi Sistem Teori  Ekologi Bronfenbrenner kepada guru.
Persekitaran banyak mempengaruhi tingkah laku dan perkembangan intelek dan rohani seorang pelajar. Persekitaran yang membina dan positif  akan membantu pelajar mencapai kecemerlangan dalam akedemik manakala persekitaran yang tidak sesuai atau negatif akan membantutkan segala usaha yang diambil oleh pelajar tersebut. Persekitan yang diwarisi oleh seorang  pelajar akan membentuk tingkah laku yang akan mencorakkan perkembangan akedemik dan sahsiah. Oleh yang demikian persekitaran boleh mempengaruhi perkembangan dan pembelajaran murid secara mutlak.

PERANAN DAN KEPENTINGAN MAIN DALAM PEMBELAJARAN MURID-MURID
Pernahkah kita berfikir bahawa kanak-kanak memerlukan main dalam
perkembangan kognitif, psikomotor dan afektif.Terdapat 2 kategori main iaitu
permainan sosial dan permainan kognitif. Dengan merujuk kepada nota kuliah
dan carian internet, cuba senaraikan 3 jenis permainan tradisional
untuk setiap kategori.
 Permainan Sosial
1.    Permainan congkak
2.    Permainan batu seremban
3.    Permainan main guli
Permainan Kognitif
1.    Permainan galah panjang
2.    Permainan lari ikat kaki
3.    Permainan tingting
Pilih satu permainan tradisional dan nyatakan kepentingannya kepada
perkembangan intelek, sosioemosi dan fizikal kanak-kanak.

Jenis Permainan Tradisional: Permainan sepak raga bulatan

Perkembangan Intelek
Perkembangan sosioemosi
Perkembangan Fizikal
Dapat belajar cara mengimbangkan bola dalam bulatan yang ditetapkan

Dapat berkomunikasi dengan baik dan tunjuk ajar yang berterusan untuk mengimbangi bola.
Pergerakan kaki, tangan,mata dan badan.Permainan yang memerlukan pergerakan pantas.
TAJUK 2                   KONSEP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


KONSEP PENGAJARAN

Pengajaran merupakan aktiviti yang berkaitan dengan penyebaran ilmu
pengetahuan yang meliputi aktiviti 1perancangan, 2pengelolaan, 3penyampaian,
4bimbingan dan 5penilaian. Secara ringkas, pengajaran merupakan proses untuk
menyampai dan menyumbang idea-idea serta memudahcara pembinaan ilmu,
menentukan standard dan menggalakkan kreativiti, membantu seseorang pelajar
untuk belajar dan mencabar pelajar kearah pencapaian potensi optimum.
Apakah respon anda terhadap gambar di bawah yang dikaitkan dengan konsep
pengajaran dan pembelajaran?
Gambar 1 adalah berkaitan pengajaran seorang ibu kepada anaknya di rumah. Proses pengajaran dan pembelajaran berlaku dimana banyak tumpuan adalah kepeda proses pengajaran dan tunjuk ajar oleh ibu.

Gambar 2 adalah bimbingan seorang guru kepada anak muridnya dimana guru mengambil berat tentang pelajaran anak muridnya.

Gambar 3 adalah berkaitan pembimbing rakan sebaya dimana rakan sekelas akan membantunya dalam proses pembelajaran.



KONSEP PEMBELAJARAN

Konsep pembelajaran adalah perubahan tingkah laku. Ramai ahli psikologi
menyatakan pembelajaran adalah proses, melalui latihan atau pengalaman
organisma, dan menghasilkan perubahan tingkah laku yang agak kekal.
TEORI PEMBELAJARAN GAGNE
Gagne(1968) mengatakan pembelajaran bergerak daripada tahap yang paling
mudah kepada yang kompleks. Beliau telah mengenalpasti lapan jenis
pembelajaran dan setiap pembelajaran hanya akan dicapai sekiranya pelajar
telah menguasai pembelajaran di peringkat yang lebih awal.

Dalam jadual hieraki pembelajaran Gagne(1968), lengkapkan ciri-ciri
pembelajaran untuk setiap peringkat.
Hieraki Pembelajaran
Ciri-ciri Pembelajaran yang berlaku & Contoh
1. Pembelajaran Isyarat

Seseorang individu mempelajari gerak balas terhadap sesuatu isyarat.Contohnya,apabila seseorang menguap, kita dapat isyarat dia mengantuk.
2. Pembelajaran Gerak Balas

Proses peneguhan penting untuk memperkuatkan pertalian antara rangsangan dengan gerak balas. Peneguhan mesti diberi secara konsisten dan tekal supaya gerak balas yang positif dapat dikekalkan.Contohnya, Ali menunjukkan kerja sekolah yang dia dapat 80 %.Ibunya memberi pujian,”bagus,Ali pandai”.Ali akan mengulangi tingkah laku itu lagi untuk mendapatkan pujian daripada ibunya.
3. Rangkaian Motor

Pembelajaran rangkaian motor digunakan dalam pembelajaran kemahiran seperti permainan,muzik,elektronik,mekanikal dan lain-lain.Rangkaian merupakan satu siri tingkah laku yang berkaitan untuk melengkapi tugasan yang dijalankan.
4. Pertalian Bahasa

Untuk menyatakan sesuatu prinsip,pelajar memerlukan kemahiran bahasa untuk mengaitkan fakta,data,dan konsep.Pertalian bahasa merupakan satu rangkaian berbahasa.Ia memerlukan kemahiran berbahasa yang telah dipelajari dahulu.
5. Diskriminasi

Belajar membezakan benda-benda yang dipelajari mengikut ciri-ciri tertentu,untuk memudahkan proses mengkategori dan menyimpannya dalam ingatan.Pada masa yang sama,pelajar dapat membezakan rangsangan atau maklumat penting berbanding maklumat tidak penting dan memberi gerak balas berlainan untuk rangsangan yang berlainan.Pembelajaran diskriminasi adalah sangat penting dalam proses pembelajaran.Pelajar dapat menapis maklumat penting daripada maklumat tidak penting dan ini memudahkan proses pengkodan maklumat untuk disimpan dalam ingatan jangka panjang.

6. Konsep

Pembentukan konsep bermula dengan pertalian berbahasa dan diskriminasi,iaitu mengenali ciri-ciri sesuatu konsep secara tepat.Pelajar dapat membentuk konsep yang baik setelah membuat persepsi dan pengamatan terhadap objek, orang dan peristiwa.Pelajar perlu didedahkan dengan banyak contoh-contoh yang jelas supaya dia dapat membentuk konsep yang betul dan tepat.
7. Hukum

Pembelajaran ini melibatkan gabungan dua atau lebih konsep yang berkaitan dalam sesuatu urutan atau rangkaian. Pembelajaran ini melibatkan penggunaan rumus,prinsip dan generalisasi.
8. Peneyelesaian Masalah

Pembelajaran ini melibatkan penggunaan prinsip,rumus,generalisasi,konsep dan hukum untuk menyelesaikan masalah dalam sesuatu situasi baru. Terdapat beberapa langkah dalam penyelesaian masalah,iaitu mengenal masalah,mencari maklumat,membuat hipotesis,membuat pilihan ,membuat rumusan.

KLASIFIKASI HASIL PEMBELAJARAN GAGNE
Gagne juga telah mengklasifikasi hasil pembelajaran kepada lima jenis
pembelajaran. Dengan merujuk kepada nota kuliah dan carian internet, sila
lengkapkan jadual di bawah.

Kategori
Huraian
Maklumat lisan

Mendapatkan semula maklumat yang disimpan:
Keadaan dalaman yang menyokong termasuk:
-ilmu sedia ada;
-strategi untuk memperoses maklumat baru;
Kemahiran Intelek

Operasi mental yang membolehkan murid-murid memberi respon kepada pelbagai konsapsi mereka berhubung dengan persekitaran di mana mereka berada.
Keadaan dalaman yang menyokong.
Strategi Kognitif

Perencangan
Kawalan diri
Pemantuan pemikiran dan pembelajaran oleh murid-murid termasuk:
-khusus kepada tugas
-umum
-eksekutif
Sikap

Satu keadaan dalaman atau semulajadi yang mempengaruhi pilihan tindakan seseorang;
Kemahiran motor

Kebolehan untuk melakukan pergerakan fizikal mengikut urutan;
Melibatkan tiga tahap:
(i)            Belajar urutan yang berkenaan;
(ii)           Amalkan pergerekan tersebut;
(iii)          Murnikan pergerakan berasaskan maklum balas daripada persekitaran;



TAJUK 3                        TEORI-TEORI PEMBELAJARAN

PENGENALAN
Pernahkah anda mengenali dan membaca hasil penemuan bagi tokoh-tokoh
yang berkaitan dengan teori pembelajaran di bawah?:
Jean Piaget ,SeymourPapert ,Jerome Bruner, Lev Vygotsky dan John Dewey

Apa pula tanggapan dan persepsi anda terhadap gambar di bawah? Apakah
yang anda fikirkan? Adakah anda pernah melihat sebelum ini? Mungkin anda
pernah mempelajarinya sewaktu mengikuti kursus perguruan diperingkat sijil
perguruan sebelum ini. Berikan respon anda.
 

Dengan menggunakan format yang disediakan, anda dikehendaki membuat
catatan tentang ujikaji yang dilakukan oleh setiap tokoh teori pembelajaran serta
hasil penemuannya. Kemudian anda harus memberikan komen terhadap hasil
penemuan tokoh berkenaan.

Tokoh
Ujikaji
Hasil Dapatan
Komen



Burrhus F. Skinner
(1904 – 1990)

Kotak Skinner. Seekor tikus yang sedang melompat-lompat disekeliling kotak tiba-tiba menekan butang yang akan mengeluarkan seketul makanan.Tanpa membuang masa tikus itu akan mengulangi menekan butang tersebut untuk mendapatkan makanan.
Jika seorang kanak-kanak diberi pujian selepas melakukan susuatu yang diingini ,maka kanak-kanak itu akan mengulangi lagi tingkah laku tersebut untuk mendapatkan pujian atau pun peneguhan.
Faktor ganjaran iaitu peneguhan positif dan dendahan iaitu peneguhan negatif akan berperanan membentuk perkembangan kanak-kanak. Peneguhan positif perlu dipergiatkan dari masa kesemasa dan peneguhan negatif perlu dihentikan.

Albert Bandura
(1925 – sekarang)

Kajian patung Bobo yang berfokuskan kepada pola tingkahlaku berhubung kait dengan tingkahlaku agresif .
Kebanyakan kelakuan manusia dipelajari melalui pemerhatian terhadap permodelan.Melalui proses memerhati orang lain,seseorang individu membentuk satu idea bagaimana kelakuan dilaksanakan dan apakah kesannya.
Pemerhatian dan pengekalan merujuk kepada perolehan atau pembelajaran sesuatu tingkahlaku, manakala penghasilan semula dan motivasi menentukan mutu atau kualiti mencontohi tingkahlaku yang dikenalpasti.

Ivan Petrovich
Pavlov
(1849 - 1936)
Melatih anjing untuk mengeluarkan air liur apabila kedengaran bunyi loceng.(konsep rangsangan dan gerakbalas)
Pavlov berpendapat pembelajaran boleh berlaku akibat kaitan anatar rangsangan dengan gerak balas.
Pembelajaran yang berlaku melalui perkaitan ini dinamakan pelaziman dan pembelajaran yang berlaku akibat dua rangsangan inimdikenali sebagai pelaziman klasik.

Abraham Maslow
( 1908- 1970)
Hirarki  keperluan Maslow.Keperluan Fisiologi, keselamatan, kasih sayang, harga diri dan penyempurnaan kendiri.
Keperluan manusia boleh disusun mengikut satu hirarki bermula dengan keperluan fisiologi,diikuti dengan keselamatan,kasih sayang,harga diri dan berakhir dengan penyempurnaan kendiri.
Secara semulajadi murid-murid kita hendaklah mempunyai kawalan kendiri ke atas apa yang hendak mereka pelajari, bertindak ke ats persekitaran dan membuat pilihan atau keputusan, setiap individu berusaha bersungguh-sungguh untuk menimba pengalaman seharian dan guru menjadi fasilitator.

Jean Piaget
(1896- 1980)

Kanak-kanak aktif membentuk kefahaman terhadap persekitaran melalui empat tahap perkembangan kognitif.
Dua proses penting dalam membina kefahaman tentang dunia persekitaran ialah organisasi dan adaptasi.Adaptasi dibahagikan kepada  asimilasi dan akomodasi.
Emapat tahap perkembangan berkait rapat dengan umur. Setiap tahap perlu diberi penekanan khusus mengikut tahap perkembangan kognitif kanak-kanak tersebut.

Lev Vygotsky
( 1896- 1934)
Kebolehan intelek adalah spesifik kepada budaya di mana kita dipelihara dan dibesarkan. Kebanyakan daripada apa yang kita berfikir dan cara berfikir dipengaruhi oleh budaya.
Murid-murid biasanya membina pengetahuan secara individu serta sosial. Penyediaan persekitaran yang kondusif akan membantu pelajar menilai dan memanipulasi persekitara tersebut.
Guru harus memberi peluang kepada pelajar untuk berinteraksi mencari inteprestasi maing-masing. Setiap murid adalah berbeza dan guru harus memainkan peranan sebagai fasilitator dalam proses pembinaan pembelajaran murid-murid.


TUGASAN

Anda di kehendaki menyediakan satu portfolio berkaitan dengan teori
pembelajaran dengan mengemukakan sekurang-kurangnya dari 3 bahan yang
berbeza dari sumber-sumber tertentu bagi setiap teori pembelajaran, iaitu teori
pembelajaran behavioris, teori kognitif dan konstruktivis, teori humanistik dan
teori pembelajaran sosial.
REFLEKSI

Anda perlu membuat refleksi serta menilai setiap teori pembelajaran yang
dipelajari dan menganalisis sejauh manakah teori-teori itu berguna dalam proses
pengajaran dan pembelajaran dengan berpandukan kepada mata pelajaran
major masing-masing.


TAJUK 4               MODEL, PENDEKATAN, STRATEGI DAN KAEDAH
                                                          PENGAJARAN

Berpandukan kepada bahan yang dikumpulkan, anda perlu merumuskan dengan
bantuan satu pengurusan grafik untuk membanding beza teori-teori
pembelajaran yang dibincangkan.

PENGENALAN

Pengajaran merupakan satu proses yang merangkumi aktiviti-aktiviti
perancangan, pelaksanaan, penilaian dan maklum balas. Terdapat beberapa
model pengajaran yang telah diperkenalkan oleh pakar-pakar pendidik sebagai
panduan untuk menghasilkan pengajaran dan pembelajaran dengan lebih
berkesan

JENIS-JENIS MODEL PENGAJARAN.

1. Model Pemprosesan Maklumat
Konsep
Pengajaran konsep
- Inkuiri
- Ekspositori
Implikasi Model Pemprosesan Maklumat dalam pengajaran dan
pembelajaran.
2. Model Behavioral
Pengajaran Langsung (Direct Instruction) untuk penguasaan kemahiran
Pembelajaran Masteri
Implikasi Model Behavioral dalam pengajaran dan pembelajaran
3. Model Sosial
Pembelajaran Koperatif
Main Peranan & Simulasi
Implikasi Model Sosial dalam pengajaran dan pembelajaran
4. Model Personal
Synectics (aplikasi kreativiti seperti membuat analogi dan metafora)
- Kesedaran Peribadi
- pemupukan konsep kendiri dan harga diri yang tinggi
Implikasi Model Personal dalam pengajaran dan pembelajaran

Jenis Model
Pengajaran

Contoh
Huraian
Implikasi terhadap
Pengajaran dan
Pembelajaran dalam
bilik darjah

1. Model pemprosesan
Maklumat



Inkuiri
Model ini,murid melibatkan diri dalam menguji konsep dan hipotesis.
Murid akan mengambil bahagian yang aktif dalam pembelajaran, menganalisis data,menyemak hipotesis dan membuat refleksi terhadap pembentukan ilmu yang timbul.
Ekspositori

Model ini murid akan akan menerima isi pelajaran dari guru.
Murid tidak digalakkan memikirkan atau menyoal tentang apa yang dipelajari.Mereka hanya mempelajari apa yang patut dipelajari sahaja.
2. Model Behavioral
Pengajaran
Langsung




Model ini berarahkan guru dimana guru akan menyampaikan isi pengajaran secara langsung kepada murid-murid serta menstruktur masa pengajaran supaya menyusun langkah pengajaran dan pembelajaran.
Kaedah ini agak sesuai untuk mengajar bacaan dan metematik tetapi kurang sesuai bagi matapelajaran yang mirip kepada penerokaan dan penemuan.

Pembelajaran Masteri
Model ini digunakan untuk menyesuaikan pengajaran dimana faktor perbezaan individu diambil kira.
Dalam kaedah ini isi pelajaran disusun daripada mudah kepada kompleks sebelum disampaikan kepada murid-murid agar murid dapat mengikuti pengajaran guru mengikut kadar kecekapan masing-masing
3. Model Sosial
Pembelajaran
Koperatif


Model pembelajar ini berfokuskan kepada perkembangan konsep dan kemahiaran melalui kerja berkumpulan.
Kaedah ini akan meningkatkan kemahiran sosial dan perpaduan anatar ahli kumpulan dan pembelajaran ini juga  mempunyai impak ke atas pencapaian akademik dan harga diri murid-murid.

Main Peranan
& Simulasi
Main peranan membantu murid-murid memahami tingkahlaku sosial ,peranan mereka dalam interaksi sosial dan cara-cara menyelesaikan masalah dengan berkesan. (Watak lakonan) Simulasi menggabungkan maklumat mengenai satu-satu kemahiran melalui demonstrasi,praktis dan latihan khusus.

Main peranan amat berguna dalam P&P sains sosial di mana murid-murid kita dapat memahami keprihatinan,nilai dan perspektif orang lain. Simulasi membantu murid-murid untuk melihat perwakilan objek yang sebenar.
4. Model Personal
Synectics



Model ini mengajar kemahiran menyelesaikan masalah,aktiviti penulisan dan bidang-bidang yang lain.
Murid-murid akan mengikuti satu siri bengkel sehingga mereka berupaya untuk mengaplikasi prosedur-prosedur tertentu secara individu dan kumpulan koperatif.


DEFINISI, JENIS & PRINSIP-PRINSIP SETIAP PENDEKATAN

Pendekatan bermakna cara mendekati sesuatu. Ia merujuk kepada cara
bagaimana sesuatu mata pelajaran diajarkan berdasarkan objektifnya. Terdapat
beberapa pendekatan yang boleh anda guna di dalam bilik darjah iaitu
pendekatan induktif, deduktif, integratif, eklektik dan tematik.

AKTIVITI
Berdasarkan pengalaman anda, terangkan satu contoh pelajaran/aktiviti untuk
setiap jenis pendekatan

Jenis
Pendekatan

Prinsip Pembelajaran
Contoh aktiviti

Induktif





Mengajar dari spesifik ke umum
Pengajaran mata pelajaran Bahasa Melayu penulisan.Tajuk yang khusus perlu diberi penerangan yang jelas dengan membentuk soalan-soalan yang berkaitan secara lisan dan mengembangkan tajuk dengan fakta-fakta yang relevan.
Deduktif




Mengajar dari umum ke spesifik
Pengajaran mata pelajaran Sains.Membuat  ujikaji berkaitan tajuk yang diajar supaya pelajar dapat meneroka hubungan antara elemen-elemen yang khusus.
Integratif




Mengintegrasi isi kandungan &

kemahiran ke dalam satu
pelajaran
Tugasan kumpulan yang diberikan oleh guru.Pelajar akan menggunakan kemahiran asas komunikasi untuk berfikir,mensistesis dan memberi pendapat untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru.Pendekatan ini lebih berpusatkan kepada pelajar.
Eklektif




Kombinasi deduktif, induktif atau
Integrative
Lembaran kerja yang diberikan oleh guru kepada pelajar untuk sesuatu mata pelajaran akan lebih menitik beratkan perbezaan individu dari segi  minat, kebolehan,pengalaman, pengetahuan sedia ada.Pelajar dapat menyiapkan kerja yang diterima kerana ia menepati aras kebolehannya.
Tematik




Mengajar pelajaran mengikut satu
tema sahaja

Guru mengajar tajuk yang sama bagi satu minggu untuk semua mata pelajaran.Tema yang sama akan diperjelaskan mengikut mata pelajaran yang diajar. Contohnya pengajaran haiwan peliharaan akan diperjelaskan dalam Bahasa Melayu,Bahasa Inggeris,Metematik dan Sains.Tema yang sama akan diajar  oleh semua guru.


DEFINISI, JENIS & PRINSIP-PRINSIP SETIAP STRATEGI

Strategi pengajaran dan pembelajaran boleh didefinisikan kebijaksanaan
memilih, menyusun dan mengurus sesuatu rancangan supaya boleh
menghasilkan pencapaian yang optimum.
Strategi-strategi yang boleh digunakan dalam bilik darjah adalah seperti berikut:
Strategi Pemusatan guru
Strategi Pemusatan murid
Strategi Berasaskan bahan
Strategi Berasaskan tugasan/aktiviti

AKTIVITI

Anda dikehendaki melayari internet http://vels.vcaa.vic.edu.au/support/ teaching.
Html atau merujuk sumber-sumber lain untuk memahami dengan mendalam
strategi dan kaedah pengajaran dan pembelajaran.




STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM PEDAGOGI
BESTARI

Elemen-elemen bestari yang terkandung dalam Kursus Latihan Guru Bestari
melibatkan:
4.    Ciri-ciri pelajar (kecerdasan pelbagai, kecerdasan emosi dan gaya
pembelajaran)
2. Pendekatan Pembelajaran (Pendekatan berpusatkan pelajar, individu,
berfikrah, berbantukan teknologi, berasaskan otak dan berasaskan projek)
5.    Strategi Pengajaran-Pembelajaran (strategi-strategi direktif, pemerhatian,
mediatif, uclearc, kolaboratif, pemudahcaraan, konteks luar, kontekstual,
kajian masa depan dan strategi metakognitif)

AKTIVITI

Sediakan satu Rancangan Pengajaran Harian(RPH) untuk mata pelajaran yang
anda mengajar di sekolah. Anda dikehendaki mengintegrasikan elemen-elemen
bestari yang sesuai ke dalam RPH anda.
Anda boleh melayari website ini: http://www.moe.gov.my untuk mengetahui
dengan lebih mendalam tentang sekolah bestari.

INTEGRASI KEMAHIRAN GENERIK DALAM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN

Kemahiran uclear melibatkan kemahiran berfikir, kemahiran pemudahcaraan,
kemahiran belajar, kemahiran menilai dan mentaksir dan kemahiran teknologi
maklumat dan komunikasi. Sebagai seorang pendidik dan pelajar, kemahiran ini
amat penting dan berguna dalam pengajaran dan pembelajaran anda. Cuba
dapatkan maklumat lanjut dari sumber-sumber rujukan yang sesuai dan
persembahkan maklumat ini dalam bentuk grafik. Pemilihan bentuk grafik
(jadual/peta minda/pengurusan grafik) adalah bebas. Simpan latihan ini di dalam
portfolio anda


TAJUK 5               PERBEZAAN INDIVIDU DAN PEMBELAJARAN

PENGENALAN

Perbezaan individu adalah variasi yang boleh diperhatikan di kalangan ahli-ahli
dalam satu kumpulan individu dalam aspek temperamen, tahap tenaga, pola
persahabatan dan hubungan ibu bapa dengan anak-anak (Borich & Tombari,
1997).
Slavin (2005) pula menumpukan perhatian kepada perbezaan individu dalam
konteks pengajaran dan pembelajaran. Beliau menjelaskan kepelbagaian murid
dari segi tahap prestasi, kadar belajar, gaya kognitif atau gaya pembelajaran,
etnik, budaya, kelas sosial, bahasa di rumah, jantina, bakar serta minat.

Perbezaan Individu
  1. Budaya dan Etnik
  2. Jantina
  3. Kecerdasan
  4. Gaya Pembelajaran
  5. Sosio ekonomi

TEORI KECERDASAN PELBAGAI GARDNER
Howard Gardner telah memperkenalkan 9 jenis kecerdasan. Di bawah adalah
jadual yang menunjukkan jenis-jenis kecerdasan yang ada pada setiap orang.
Cuba layari internet dan lengkapkan sifat-sifat utama untuk setiap jenis
kecerdasan. 
Kecerdasan
Pekerjaan
Sifat-sifat Utama
Logik Matematik
Saintis, pakar statistik
ahli nuklear, ahli kaji
bintang
-Berminat dengan nombor.
-Suka pada penaakulan dan penyelesaian masalah.
-Gemar menyukat, mengukur dan mengurus data.
Linguistik/Bahasa
Pengarang,penyair,
wartawan, pemidato, ahli
politik

-Berminat dengan perkataan,sama ada lisan atau bertulis.
-Mahir membaca, menulis, bercerita dan menghafal perkataan.
-Gemar membaca dan mencatat nota.
Muzikal
Penggubal lagu, penyanyi,
pemain alat-alat muzik
-Gemar dengan ritma, muzik dan pendengaran.
-Peka terhadap bunyi, ritma dan pic.
-Boleh menyanyi, bermain alat muzik, dan menggubah lagu.
-Menggunakan lagu atau ritma untuk belajar.
Ruang (Spatial)
Pelaut, juruterbang, pelukis
-Gemar berkaitan ruang.
-Mahir dari segi visualisasi dan manipulasi objek secara mental.
-Mempunyai ingatan visual yang kuat.
-Mahir dari segi kordinasi mata-tangan.
-Cenderung kepada seni.
Kinestetik badan
Penari, ahli sukan, ahli
Gimnastik
-Gemar dengan kemahiran pergerakan motor halus.
-Cenderung kepada sukan,tarian atau lakonan.
-Belajar melalui aktiviti fizikal.
Interpersonal
Juru jual, kaunselor, guru

-Gemar berinteraksi dengan orang lain.
-Bersifat ekstrovert dan pandai berkomunikasi.
-Boleh bekerjasama dalam kelompok.
-Gemar melibatkan diri dalam perbincangan atau perbahasan.
Intrapersonal
Ahli ulama, ahli falsafah,
ahli psikologi dan ahli
teologi.
-Berkaitan dengan kapasiti introspektif dan refleksi kendiri.
-Bersifat introvert dan gemar bekerja perseorangan.
-Mempunyai kesedaran kendiri yang tinggi.
-Bersifat memahami emosi, matlamat dan motivasi sendiri.
Naturalist
Ahli botanist, ahli pencinta
Alam
-Gemar berkaitan dengan alam semulajadi.
-Berupaya menghubungkait maklumat dengan persekitaran semulajadi.
-Gemar menanam tumbuh-tumbuhan.
-Gemar berinteraksi dengan haiwan.
Existentialist
Individu yang berminat
tentang hayat, evolusi
manusia dan kematian
-Berkobolehan untuk menimbulkan dan membuat refleksi mengenai persoalan berbentuk falsafah, berkaitan dengan kehidupandan kematian.


GAYA PEMBELAJARAN DUNN & DUNN (2000)
Perbezaan Individu yang kedua dan relevan dengan profesion kita adalah
perbezaan gaya pembelajaran. Gaya pembelajaran sesorang merujuk kepada
stail pembelajarannya. Pada umumnya terdapat tiga jenis gaya pembelajaran
iaitu Visual, Audio dan Kinestetik. Akan tetapi, Dunn & Dunn (2000)
memperkenalkan lima rangsangan yang boleh mempengaruhi gaya
pembelajaran seseorang. Jadual berikut menunjukkan faktor-faktor yang
memainkan peranan dalam mempengaruhi gaya pembelajaran murid.
Lengkapkan ruang yang kosong.

Faktor

Faktor

Huraian
Rangsangan
Persekitaran

Cahaya

Ada  pelajar yang suka belajar suasana terang dan sederhana terang. Tidak ramai pelajar yang suka belajar dalam cahaya yang malap dan terlalu terang.

Bunyi

Ada pelajar yang suka belajar dengan bunyi muzik dan ada pelajar yang suka belajar dalam keadaan yang senyap dan sunyi.

Suhu

Suasana sejuk dan nyaman dapat mempertingkatkan keberkesanan pembelajaran

Reka bentuk tempat
Belajar
Susunan kerusi meja dalam bilik darjah yang selesa dapat mempertingkatkan keberkesanan pembelajaran.
Rangsangan Emosi
Motivasi

Motivasi intrinsik dan ekstrinsik.Motivasi intrinsik suka belajar dengan insiatif sendiri dan motivasi ekstrinsik suka mengikut yang berstruktur daripada guru.

Keazaman & Tanggung-
Jawab

Pelajar yang mempunyai keazaman yang kuat akan mengambil insiatif sendiri dan dapat belajar dalam tempoh masa yang panjang.

Struktur

Pelajar yang struktur suka membuat peraturan sendiri dan mengikut apa yang distruktur.
Sosial

Perseorangan

Suka belajar secara sendiri dan tidak berharap orang lain berdamping dan mengganggunya semasa belajar.

Berpasangan

Belajar bersama rakan karib dan boleh memperolehi banyak kemajuan melalui interaksi dua hala.

Berkumpulan

Gaya pembelajar merangkumi ciri perbincangan dan kerjasama.

Orang dewasa

Belajar bersama orang yang disanjung contohnya seperti ibubapa.Orang dewasa dapat menyelesaikan masalah pembelajaran yang dihadapi.
Fisiologi
Masa Belajar
Memilih waktu tertentu untuk belajar.Ada pelajar yang lebih suka belajar pada waktu pagi ataupun pada waktu malam.

Mobiliti

Terdapat belajar yang suka berdiri atau berjalan sana sini semasa belajar. Ada pelajar yang suka menukar tempat duduk kerap kali semasa belajar.

Pemakanan

Terdapat pelajar yang suka makan, atau minum semasa belajar.

Persepsi

Terdapat pelajar yang membuat andaian semasa belajar.
Psikologi
Otak Kiri & Otak Kanan

Mempunyai kemahiran berfikir dalam bidang logik, analitis, bahasa, fakta, matematik dan ingatan.(kiri)
Mempunyai kemahiran berfikir dalam bidang kreatif, sintesis, warna, rekabentuk, perasaan, irama, muzik dan imaginasi.(Kanan)

Refleksi

Pelajar yang suka belajar dengan cara berfikir.

Gerak hati

Belajar bergantung kepada angin atau moodnya.

Global/Analitik

Suka belajar sesuatu dengan teliti. Suka menganalisis fakta dan isi pelajaran secara terperinci dan secara menyeluruh.

REFLEKSI DAN TUGASAN:

Dalam pengajaran seharian anda, pernahkah anda jumpa murid yang
mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza? Cuba anda senaraikan
perbezaan-perbezaan itu. Dengan mengambilkira perbezaan murid anda,
sediakan satu Rancangan Pengajaran Harian yang mengandungi aktiviti yang
bersesuaian dengan kepelbagaian kecerdasan dan gaya pembelajaran murid.
Cuba anda hasilkan RPH berdasarkan mata pelajaran major anda dan serah
kepada pensyarah untuk disemak.

TAJUK 6                        MOTIVASI UNTUK PEMBELAJARAN

PENGENALAN

Motivasi bermakna sesuatu kuasa yang mendorongkan seseorang melakukan
sesuatu untuk mencapai matlamat atau kejayaan. Dalam proses pengajaran dan
pembelajaran, motivasi dianggap sebagai satu unsur yang penting yang
membolehkan murid-murid melibatkan diri secara aktif, disamping menjadikan
proses pembelajaran itu berlangsung dalam keadaan bermakna, berfaedah dan
menggembirakan (Kamarudin Hj Husin, 1993)
Santrock (2008) mengatakan “motivation is the reason why people behave the
way they do. Motivated behavior is energized, directed, and sustained”. Motivasi
adalah kuasa yang menggerakkan manusia mencapai sesuatu matlamat.

Terdapat dua jenis motivasi yang umum. Beri definisi untuk setiap jenis motivasi
dengan contoh.
1. Motivasi Ekstrinsik: HuraianMotivasi ini adalah penggerak yang mendorong pelajar untuk melakukan sesuatu kerana inginkan ganjaran nyata yang disediakan. Motivasi ini hanya berfokuskan kepada ganjaran yang diberi.
Contoh: Ganjaran yang jelas dan nyata seperti member markah, gred,agregat,keistimewaan , penghargaan, pujian persaingan dan sebagainya.

2. Motivasi Intrinsik: Huraian: Motivasi ini menggerakkan pelajar untuk melakukan sesuatu kerana percaya ia tindakan yang betul dan baik.Motivasi ini wujud dari dalaman pelajar. Motivasi ini melibatkan pelajar sebagai sebahagian daripada proses pembelajaran. Ia melibatkan perasaan ingin tahu mengenai sesuatu perkara dan melibatkan penggunaan praktikal perkara yang dipelajari. 
Contoh: Mereka yang gemar mengumpul barang-barang antic sanggup belanjakan ribuan ringgit kerana motivasi ini akan menggerakkan mereka melakukan perkara ini.

Nilai sesuatu aktiviti atau tugasan mempengaruhi motivasi seseorang
melakukkan sesuatu. Tugasan mempunyai tiga jenis nilai yang penting kepada
murid ,iaitu nilai pencapaian (attainment value), nilai minat atau intrinsik dan nilai
utiliti.
Nilai pencapaian: Pentingnya melakukan sesuatu tugasan dengan baik.
Kejayaan sesuatu tugasan memenuhi keperluan peribadi.
Nilai Intrinsik/Minat: Keseronokan yang didapati dari melakukan sesuatu
tugasan.
Nilai Utiliti: Sumbangan sesuatu tugasan kepada pencapaian sesuatu matlamat.
AKTIVITI APLIKASI
Baca scenario-scenario berikut dan kenalpasti samada aktiviti ini mempunyai
nilai pencapaian,nilai intrinsik atau nilai utiliti.

1. Ibu saya sediakan masakan yang sedap. Masakan beliau menunjukkan
perasaan kasih sayang terhadap keluarga. Beliau juga adalah seorang
isteri dan ibu yang baik. Akan tetapi beliau tidak suka memasak.
Jawapan: Nilai Utiliti.

2. Ayah saya adalah seorang yang handal dalam memberi ucapan umum.
Beliau menunjukkan banyak kualiti kepimpinan. Beliau memegang banyak
jawatan pentadbiran yang penting dalam syarikatnya dan
mempengerusikan majlis gereja. Jadi apabila ayah saya di minta menjadi
Presiden dalam salah satu aktiviti gereja, beliau setuju walaupun
menghadapi kekangan masa.
Jawapan: Nilai Pencapaian dan Nilai Intrinsik

3. Teresa menghasilkan kraftangan yang cantik. Beliau menghadiahkan
kepada kawan dan keluarga sebagai hadiah. Apabila saya mencadangkan
bahawa beliau sepatut jual kraftangan yang dihasilkan, Teresa
mangatakan itu bukan matlamatnya.
Jawapan: Nilai Intrinsik

4. Jerry adalah murid yang pandai dalam Algebra dan digelar ”professor”
oleh kawan-kawannya. Dia merasa agak malu sebab sebenarnya beliau
tidak suka Algebra. Akan tetapi beliau sedar bahawa dia perlu mencapai
prestasi yang baik dalam matematik supaya dia boleh mencapai citacitanya
sebagai seorang angkasawan.
Jawapan: Nilai Pencapaian

5. Ali menjadi seorang ahli dalam Kelab Alam Sekitar. Beliau menegaskan
bahawa beliau tidak mempunyai kepakaran dalam aspek alam sekitar
tetapi beliau mengakui amat menghargai kecantikan dan ketenangan
alam sekitar.
Jawapan: Nilai Intrinsik



TEORI-TEORI BERKAITAN MOTIVASI
Teori motivasi boleh dilihat dari perspektif Teori Pembelajaran Tingkahlaku/
Behaviorisme, Teori Pembelajaran Kognitif, Teori Humanisme dan Teori
Pembelajaran Sosial-kognitif. Dengan merujuk nota kuliah dan carian internet
isikan jadual di bawah.
Jadual Menjelaskan Tentang Beberapa Perspektif Tentang Motivasi

Konsep
Idea Utama
Huraian
Perspektif tentang
Motivasi
Behaviorisme
Sumber motivasi ialah Ekstrinsik.Lebih mementingkan pengukuhan, ganjaran ,imsentif dan dendaan. Ahli teoris Skinner.
Humanistik

Sumber motivasi intrinsik. Lebih mementingkan keperluan harga diri, kepuasan kendiri dan penentuan kendiri. Ahli teoris Maslow, Rogers.
Kognitif

Sumber motivasi intrinsik.Mementingkan kepercayaan, atribut kejayaan dan kegagalan, jangkaan. Ahli teoris Weiner, Vroom.
Sosial-
Kognitif        

Sumber motivasi intrinsik.Mementingkan penglibatan dalam komuniti pembelajaran, identiti melalui penglibatan dalam aktiviti kumpulan. Ahli teoris Lave,Wenger.



TAJUK 7                        PEMBENTUKAN PERSEKITARAN     
                                        PEMBELAJARAN YANG KONDUSIF


HASIL PEMBELAJARAN

(1) Membuat refleksi tentang aspek-aspek yang mempengaruhi persekitaran
bilik darjah
(2) Melakarkan pelan bilik darjah yang mempunyai persekitaran pembelajaran
yang kondusif

PENGENALAN

Cuba renung kembali tajuk-tajuk yang anda telah pelajari. Aspek manakah paling
mempengaruhi persekitaran bilik darjah? Berdasarkan pengalaman anda
sebagai pengurus bilik darjah, bagaimana anda dapat mewujudkan
persekitaran pembelajaran yang kondusif dalam bilik darjah?
Cuba anda melakarkan pelan bilik darjah yang mempunyai persekitaran
pembelajaran yang kondusif dengan maklumat dan pengetahuan yang diperolehi
sepanjang kursus ini. Rajah di bawah menunjukkan contoh susunan bilik darjah
yang selesa. Selain daripada susunan fizikal bilik darjah yang selesa, apakah
aspek-aspek lain yang harus di beri perhatian dalam menghasilkan persekitaran
pembelajaran yang kondusif?

                Contoh susunan bilik darjah sekolah rendah yang selesa

Pembentukan persekitaran pembelajaran yang kondusif boleh dikekalkan sekiranya tiga perkara ini dipatuhi.
1.    Strategi Umum
2.    Prosedur dan peraturan
3.    Kerjasama murid

1.Strategi umum- Strategi Autoritatif dan Mengurus kumpulan

Strategi Autoritatif
-Guru memantau tingkah laku murid-murid di samping menggalakkan mereka untuk berdikari dari segi pemikiran dan perlakuan.


Mengurus kumpulan
  1. Menyedari apa yang berlaku dalam bilik darjah.
  2. Mampu menangani situasi dalam bilik darjah yang bertindan tindih.
  3. Mengekalkan kesinambungan isi pelajaran yang disampaikan.
  4. Libatkan murid-murid dalam aktiviti pembelajaran.

2. Prosedur peraturan
  1. Rutin pentadbiran
  2. Pergerakan murid keluar masuk kelas
  3. Pengurusan bilik darjah
  4. Rutin pengajaran dan pembelajaran
  5. Interaksi antara guru dan murid

3.Kerjasama murid
    1.   Membina hubungan positif dengan murid.
    2.   Berkongsi dan memikul tanggungjawab bersama
    3.   Memberi ganjaran bagi tingkahlaku yang susuai.

3 comments:

tqvm atas perkongsian maklumat...
semoga allah mblas nyr yer adik...smoga sukses n mnjadi guru yg cmrlng nt

Kakak PPG IPTHO
Hamidah Mohd Apandi

tq cho much 4 ur notes.. its really helpfull..! keep uploading yea..:)

Post a Comment

Share

Sebarkan.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More