Tuesday, October 27, 2009

PKK (IMPLIKASI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN)

5.0 IMPLIKASI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Mengikut Teori Pembelajaran Kognitif Piaget, isi pelajaran hendaklah disusun mengikut peringkat perkembangan kognitif kanak-kanak, iaitu daripada konkrit kepada abstrak, daripada dekat kepada jauh, daripada pengalaman yang sedia ada kepada pengalaman baru, daripada kasar kepada halus, mengikut perkembangan fizikal individu.

Mengikut Piaget dalam buku Mok Soon Sang(2009), pembelajaran merupakan perubahan bentuk tingkah laku. Pembelajaran yang baru dan kompleks hendaklah menggunakan proses akomodasi untuk mengubah struktur kognitifnya agar mengadaptasikan keperluan situasi pembelajaran yang dihadapinya. Oleh kerana proses akomodasi bergantung kepada motivasi intrinsik individu, guru hendaklah menggalakan mereka melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran.

Mengikut Joyce dan Weil, dan Slavin (ahli-ahli mazhab neokognitif: konstruktivisme) dalam buku Mok Soon Sang(2009) menyarankan dan mengaturkan langkah-langkah pengajaran yang berdasarkan implikasi Teori Pembelajaran Kognitif Piaget. Langkah pertama yang perlu dilakuakn oleh guru berdasarkan kajian mereka ialah merancang sesuatu situasi pembelajaran yang mencabar untuk pelajar. Langkah kedua ialah menimbulkan dan menggerakkan tindak balas pelajar, dan sengaja memberi idea yang bertentangan untuk memerhati tindak balasnya. Langkah seterusnya ialah dengan memberi kerja tugas yang berkaitan bagi pemindahan pembelajaran supaya mereka dapat mengaplikasikan apa yang diajar kedalam penyelesaian masalah. Langkah terakhir ialah dengan membentuk kumpulan yang mengandungi pelajar yang hampir sama peringkat perkembangan kognitif mereka, agar membolehkan pelajar yang berada di peringkat perkembangan kognitif lebih tinggi mengajar pelajar di bawah perkembangan kognitif yang rendah.

Mengikut implikasi pengajaran dan pembelajaran oleh Jean Piaget pula guru boleh menggunakan bahan yang konkrit bagi mengilustrasikan konsep yang lebih kompleks. Penggunaan bahan berbentuk 3D, rajah, carta dan pengalaman pelajar itu memberi peluang pelajar bersedia ke arah pembelajaran yang lebih komples.

Aktiviti seperti memberi peluang kepada pelajar mencari alternatif dalam menyelesaikan masalah dan membuat hipotesis sendiri. Sebagai contoh, dalam kelas Pendidikan Seni Visual guru boleh memberikan peluang kepada murid untuk menghasilkan catan dengan menggunakan teknik yang difikir sendiri oleh murid.

Selain itu, kemukakan konsep yang luas dan tidak hanya terikat kepada fakta-fakta dengan cara membiarkan murid meneroka dan mengkaji konsep itu sendiri. Sebagai contoh, murid-murid boleh berfikir mengapa terjadinya siang dan malam. Melalui cara ini, sistem pembelajaran akan lebih menarik dan pasti menghiburkan para pelajar.

Kesimpulannya, perkembangan kanak-kanak sangat penting untuk dipelajari dan di terokai oleh setiap guru dan bakal guru agar mampu menjadikan pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik dan mudah difahami.


Penulis: ar-rifke
Sumber : ariedrifke.blogspot.com

0 comments:

Post a Comment

Share

Sebarkan.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More