Tuesday, October 27, 2009

PKK (Rumusan)

6.0 RUMUSAN

Selepas banyak mengkaji dan memahami pelabagi teori serta pandangan ahli-ahli psikologi terkenal, saya dapat merumuskan bahawa perkembangan individu adalah bersifat kualitatif tetapi jelas berubah melalui peredaran masa. Perubahan tingkah laku berlaku dalam keadaan yang berterusan dan melalui peredaran masa menerusi peringkat-peringkat kematangan tertentu. Peringkat-peringkat perkembangan membawa perubahan yang menuju kearah tertentu serta dijangkakan.

Perkembangan individu sebenarnya dipengaruhi oleh 2 faktor iaitu faktor baka dan persekitaran. Baka menentukan had perkembangan manakala persekitaran akan membantu individu mencapai tahap perkembangan yang maksimum. Perkembangan adalah satu pertalian saling berhubung dengan bahagian yang lain iaitu wujud pertalian nyata antara kematangan jasmani dan kematangan mental. Corak perkembangan berbeza-beza dimana semua kanak-kanak mencapai titik perkembangan yang sama pada umur yang sama. Perkembangan berlaku mengikut peringkat iaitu peringkat sebelum lahir(prenatal), bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa dan seterusnya.

Tambahan pula, pengawasan terhadap perkembangan dan pertumbuhan bayi selepas lahir dari semasa ke semasa adalah penting kerana ini merupakan satu -satunya cara untuk mengenal pasti sebarang keadaan yang luar dari kebiasaan Walaupun kerajaan telah menyediakan program - program bagi mengawasi perkembangan kanak -kanak , usaha -usaha ini tidak akan berjaya tanpa kesedaran pihak ibu bapa tentang peranan mereka dalam mengawasi perkembangan dan tumbesaran anak mereka.

Akhir sekali, setiap pihak perlulah memberi kerjasama dalam kita mendidik anak bangsa kita yang akan menjadi pelapis kepimpinan negara kita. Jika dari kecil lagi anak-anak sudah terbiar, sama-sama kita fikir dan renungkan apakah nasib yang akan menimpa mereka kelak.


Penulis: ar-rifke
Sumber : ariedrifke.blogspot.com

1 comments:

Post a Comment

Share

Sebarkan.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More