Tuesday, October 27, 2009

Tamadun Islam dan Tamadun Asia (RUMUSAN)

5.0 KESIMPULAN

Setelah membincangkan pelbagai perkara tentang Tamadun Islam dan Tamadun China, saya telah dapat membuat satu kesimpulan. Secara kesimpulannya, Setiap tarnadun yang pemah wujud mempunyai keistimewaan dan ciri-ciri tersendiri dalam memastikan kelangsungan dan perkembangannya.

Kesinambungan dari kelangsungan sesebuah tamadun itu sebenarnya hasil sikap terbuka dalam menerima sebarang perubahan dan pengaruh tamadun lain. Sesungguhnya wujud saling hubungan atau interaksi antara tamadun sama ada di peringkat perkongsian nilai, pemikiran, institusi dan keinsanan yang berlaku sepanjang sejarah. Saling hubungan seperti ini dilihat telah melahirkan kesan-kesan positif dan negatif.

Perkara yang paling penting sekali, setiap tamadun sebenarnya memainkan peranan penting dalam memberi sumbangan kepada dunia serta membawa dunia ketaraf yang lebih tinggi lagi. Setiap tamadun mempunyai ciri-ciri dan dan sejarah yang tersendiri yang perlu diketahui oleh kita semua bagi memberi kefahaman yang mendalam tentang ketamadunan.

Akhir sekali, kemunculan dan kejatuhan sesuatu tamadun itu mempunyai sebab yang tersendiri dan menjadi tugas kita sebagai generasi sekarang untuk mengambil pengajaran dari pengalaman dahulu bagi menjaga ketemadunan negara dan agama kita.


Penulis: ar-rifke
Sumber : ariedrifke.blogspot.com

1 comments:

Post a Comment

Share

Sebarkan.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More