Wednesday, November 18, 2009

Kenapa Perlu Pilih MRSM???


TAHNIAH... Lepasan UPSR/ ibu bapa... & Kenapa Perlu Pilih MRSM???

Sebelum berbicara, Aried ucapkan tahniah kepada semua adik2 yang telah berjaya mendapat keputusan yg cemerlang...
Pasti ibu bapa semua begitu bangga mempunyai anak2 yang dpat mengharumkan nama keluarga mcam mereka semua ini...
Tapi, adakah ini bermakna kejayaan ini akan terus berkekalan?.. Perjalan masih jauh, jadikan UPSR yg telah berlalu sbgai satu platform
yang berguna untuk trus maju kehadapan...

Kenapa pilih MRSM????
Hm... Soalan ini mmg patut ditanya oleh adik2 dan ibu bapa terutamanya..
Apa itu MRSM?? Best ke msuk MRSM?? Mahal ke nak bljar kat sana?? Mcam mane nak msuk?? Ape keistimewaan msuk MRSM??
Kenapa?? Apa?? Bagaimana?? dan bermacam soalan lagi yang mungkin sedang bermain dalam fikiran itu kan...

OK, jom kita bercerita...

MRSM ini sbnarnya sekolah berasrama penuh yang mana berada dibawah payung MARA..
Oleh sebab itu, MRSM mempunyai pelbagai keistimewaan yang tak ada kat sekolah harian biasa...

Sebagai salah seorang ex-MRSM ULUL ALBAB KOTA PUTRA atau pun nama sebelum ini MRSM KOTA PUTRA, aried teringin nak kongsi
pengalaman dan segala ilmu yang ada untuk semua..

Memasuki MRSM merupakan satu kelebihan kepada pelajar dimana mereka akan mendapat pelbagai keistimewaan dan kelainan berbanding sekolah harian..
Secara mudah, Aried senaraikan apa yang terlintas ini dan sama-sama lah dinilai oleh pembaca semua.....

1. Suasana self-learning yang begitu kuat dan hebat kerana dikelilingi oleh para pelajar yang berlatar belakangkan keputusan akademik yang cemerlang. Ini juga
bermakna, di MRSM mempunyai daya bersaing untuk mencapai keputusan akademik cemerlang begitu kuat.

2. Jadual harian yang teratur.
MRSM seperti SBP pasti mempunyai jadual untuk pelajar seperti selepas jadual akademik pada
sebelah pagi, petangnya pula mereka akan mengikuti jadual untuk PREP(preparation class) bagi
menyiapkan kerja-kerja sekolah yang diberikan oleh guru pada sebelah paginya.

3. Jadual harian akademik yang berbeza dari sekolah harian.
Apa yang ingin Aried kongsikan disini ialah pelajar bukan sahaja mengikuti kelas-kelas akademik seperi BM, Math, BI dan sebagainya... tetapi
pelajar akan diwajibkan untuk mengikuti kelas-kelas komputer dan sebagainya.. *mmg best ni..xyah bljar komputer kat luar dah...

4. Sistem ber*semesta seperti Universiti..
MRSM menggunakan sistem semesta iaitu semesta 1,2,3,4,5,6 bagi Form 1 hingga Form 3 dan kemudian semesta 1,2,3,4 bagi Form 4 dan Form 5.

5. Sistem peperiksaan berperingkat(*sem) seperti Universiti..
Dalam satu sem 1, akan ada 3 exam iaitu ujian selaras 1,2 dan peperiksaan akhir semesta. Tajuk2 yang masuk exam juga telah dibahagikan seperti ujian selaras 1 bagi
topik 1,2,3 dan ujian selaras 2 bagi topik 4,5,6... Ini akan memudahkan pelajar untuk fokus dalam exam seterusnya betul-betul faham sesuatu topik..


6. Pengiraan PNG dan TPNG seperti Universiti..
Penilaian pelajar dibuat berdasarkan 3 ujian yang disebut diatas iaitu 10% dari markah ujian selaras 1 dan 2, ditambah 10% mrkah sahsian dan 70% dari peperiksaan akhir semesta.
secara mudahnya, pengiraan dibuat begini,

mrkah ujian selaras 1 10%
mrkah ujian selaras 2 10%
mrkah exam akhir sem 70%
sahsiah pelajar 10%
___________________________
100%

sistem ini menjadikan pelajr akn terus belajr bermula dari awal tahun hingga akhir tahun..
kelebihan sistem ini ialah, pelajar akan terus berusaha dan cemerlang dari awal hingga akhir..

7.Anugerah pengetua
Para pelajar yang cemerlang *memperoleh PNG sekurang-kurangnya 3.5 dalam setiap semesta akan mendapat anugerah pengetua ini.
*hehheeh...dulu Aried dpat 3x Anugerah... 3.51,3.81, 3.78...hehehhe sem 1 Form4 dpat 2.97 sal xsntuh buku pun, main msuk exam xtau pe2 jer..hehehhehe...
p/s: jangan tiru aksi ini....

8. Pengenalan BWP@JPP diperingkat sekolah lagi...
BWP??JPP?? ape tu??... BWP(Badan Wakil PElajar) @ JPP(Jawatan Perwakilan Pelajar) ini sudah diguna pakai di MRSM lagi..
Cara pemilihan juga sama seperti di Universiti iaitu melalui pengundian dimana semua pelajar akan keluar mengundi untuk memilih calon mereka masing2...
Ini dapat menerapkan semangat kepimpinan sejak dari sekolah lagi...*mmg best g undi2 ni...heheheh
update** president BWP 06 telah kembali kerahmatullah, Al-Fatihah~~

9. Minggu Aktiviti
Apa itu minggu aktivit??? Minggu aktiviti ni ialah minggu dimana para pelajar dan guru akan beraktiviti dan meninggalkan sekejap akedemik selama 2 minggu.
Minggu ini boleh dikatakan minggu rehat kepada para pelajr slepas penat belajar setiap hari.. Minggu aktiviti ini adalah 2 minggu bagi setiap sem...

10. Mock Interview
Mock interview ini akan dijalankan keatas para pelajar Form 5 yang akan menghadapi pelbagai interview selepas ini.. Mock interview ini mmg mmbntu para pelajar untuk belajr cara yg betul
semasa interview...

11. Rakan Koperasi
Rakan koperasi ini adalah seperti persatuan yang mana menjaga kepentingan para pelajar iaitu menjual barang2 keperluan.. Mereka yang dipilih biasanya melalui satu interview seterusnya akan
diberikan elaun khas kepada mereka...

12.PUM
PUM ini adalah persatuan usahawan muda yang biasanya beitu aktif dengan program2 menjual dan melatih pelajar untuk
mengenali dunia perniagaan dan keusahawanan..

13.Asrama
Kemudahan asrama yg selesa terutamanya di MRSM KOTA PUTRA dimana kami diberikan 1 bilik untuk 2 orang pelajar sahaja..
Ini mmg banyak membantu untuk fokus study....:)

14. Ibadat
Para pelajar juga bukan sahaja diajar dan ditegaskan untuk mendapat kecermelangan akademik sahaja, tetapi ilmu agma juga diberikan keutamaan..
Para pelajar dikehendakai menunaikan solat jemaah 5 waktu di masjid.. Mempunyai pelbagai aktiviti seperti bcaan al-quran setiap tmat solat asar, subuh.. kuliah maghrib.. dan sebagainya lagi untuk kerohanian para pelajar..

15. Kursus Sembelihan
Pada sem 1, biasnya akan diaadakn kursus sembelihan bagi pelajar FOrm 4 untuk mengaplikasi ilmu PAI yang diajar didalam kelas.. *mmg takut kalau xpandai...sampai putus..huhuh

16. Kursus Amali Haji
Kursus ini mmg sgt berguna kerana para pelajar(FORM 5) akan mengikuti nya selepas belajar topik HAJI dalam PAI...
Kursus ini mengkehendaki para pelajr memakai pakaian ihram..
bermula amali dari *niat hingga lah ke akhirnya smpai ibdt tawaf widaq... kelebihan ini membolehkan para pelajar mengikati dengan tepat urutan, bacaan, dan peristiwa2 yang berlaku semasa HAJI...

17. Makanan dan minuman..
Semua makanan dan minuman begitu dijaga oleh pihak MRSM dan semua ini sudah disediakan oleh MRSM... para pelajar hanya beratur, ambil mkanan dan makan jer...
*hehehe, sal tu makan byak smpai gemuk2 habis..

18. KEPUTUSAN TRIAL SPM
Trial Spm biasnya hanyalah untuk menguji kesediaan para pelajar dalam menghadapai SPM yg sebenar..
Tetapi berbeza dengan pelajr MRSM, dengan menggunkan result TRIAL SPM, mereka boleh mendpat tempat ke luar negara dalam bidang perubtan seperti RUSSIA!! inilah
salah satu keistimewaan yg begitu hebat sekali...
selain perubatan di RUssia, ade juga perubatan di UITM, kejuruteraan di UTM dan Kejuruteraan di UTP..
Pelajar yg cemerlang akan dipilih untuk mghadiri interview...*Aried dlu dpat Engnrg kat Japan, & UtP,... huhhuh, rzki...

19. Byak lagi.... InyaAllah akan di update selepas ini, masa begitu terhad la sekarang ni***

20. http://mathsensei.blogspot.com/

21 http://ariedrifke.blogspot.com/


Penulis: ar-rifke
Sumber : ariedrifke.blogspot.com

22 comments:

lah..mrsm ko pu ke?
penah g situ skali..jamboree pengakap 2004
bes2

ooo00oo
:D
ala.. nak kena sign in ke tuk komen2

owh,aku dlu sebab UPSR dapat B dalam BI jer..kalau x mesti merasa dapat masuk SBP or MRSM
tapi apa2pun aku bersyukur dgn apa yg aku ada skrg

Yes sangat setuju! Ex mrsm jugak ni.. Banyak kelebihannye masuk mrsm. jadik, adik2 sila lah ambil peluang yang ada..

Banyak betul kenangan manis. walaupun jadual harian nampak sangat padat dan memenatkan dengan prep, riadah semua tu, tapi itulah yang menjadi kenangan manis smpai sekarang tak lupa.. =)

masuk MRSM, bila kuar jd cemerlang giler.. students lain memang xleh compete, otak agak genius berbanding lain... memang dah diajar dkt MRSM cara belaajar lain drpd lain...

merasa gak laa duk MRSM 3tahun...hehe... tetiba rasa berbaloi masuk MRSM...banyak kenangan... tapi sis dulu zaman MRSM nakal, result hampeh laa...bila ranking result kena publish, mesti nombor 100++ ke atas..haha..nasib dah jadi orang sekarang..alhamdulillah

yes! sy sokong. mrsm jgk mengekalkan pshabatan yg sgt erat. btol kn, dlu ade kad2 request yg lukes2 gmb katun untuk anta pada kawan2 mrsm sluruh msia.

rs nak compete dgn kwn2 pn sgt bkobar2 ms kt mrsm ni dan ada sistem PA (pembantu akademik). Sape2 yg bijak terlebey kna tolong scara sukarela buat tuisyen ajar kawan2 yg slow pick up (sy la tu)

MRSM bes!!!

adik kite study mrsm..tapi asyik mintak duit je.. dah jd pengawas lagi kene belanje byk utk baju n ape2 ntah.. kalo kes tu...mcmne?

ak ex mrsm gak~
tp kalo korg byk maen pny org x yah la masok~
nnt nyesal mcm ak~

Slm,semua mrsm mmg bilik 2 org je ke???

Slm,semua mrsm mmg bilik 2 org je ke???

MRSM Kuparian!!~ hehe, form 1 freshie ^^
@nur amirah
mrsm kubang pasu (kedah) 1 bilik 8 orang ;D

Kadang2 ada yg 4 ORG JUgak. ..

Terbaik...gempakz.....doakan saya msuk mrsm yupz.utk form 1 2014.....bubye♥♥♥♥♥♥ saya bg blog nie :
☆☆☆☆☆

Den X MRSM Taiping..Go go MRSM!!!

menyesal tolak tawaran dulu...sob...sob...sob

Saya bersyukur masuk MRSM bila dah habis sekolah baru terserlah hikmahnya.

Petua Awet Muda Dan Cantik Macam Ayu Raudhah

hello semua... nak tanye ni.. adakah d mrsm ni hanya terdapat satu sje jenis aliran iaitu aliran sains tulen?

Post a Comment

Share

Sebarkan.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More