Harga Emas Terus Naik, Naik dan Naik!!

Semakin hari harga emas di pasaran dunia semakin naik. Percaya atau tidak dengan nilai emas yang semakin meningkat ini, ramai rakyat Malaysia bakal bergelar JUTAWAN!!! Anda Bagaimana?.

E-Book Tips Pelaburan Silver Ikram Adi!

Teknik Tukar Ganda yang ditunjukkan oleh Ikram Adi benar-benar telah membuka mata ramai pelabur perak yang mana menggunakan teknik ini kita akan dapat keuntungan yang maksima!!

E-Book Tips Pelaburan Emas Luar Biasa!

Teknik dan konsep asas pelaburan emas dalam ebook ini insyaAllah dapat membantu anda untuk mendapat keuntungan yang maksima!!

Pengiraan dan Cara Mengeluarkan Zakat Emas

Pengiraan Zakat Emas dan Cara Mengeluarkan Zakat EmasDalam kita melabur Emas ini kita seharusnya sedar bahawa mengeluarkan zakat adalah satu perkara yang wajib .

Saturday, October 31, 2009

Bloom Taxonomy



In 1956, Benjamin Bloom headed a group of educational psychologists who developed a classification of levels of intellectual behavior important in learning. Bloom found that over 95 % of the test questions students encounter require them to think only at the lowest possible level...the recall of information.

Bloom identified six levels within the cognitive domain, from the simple recall or recognition of facts, as the lowest level, through increasingly more complex and abstract mental levels, to the highest order which is classified as evaluation. Verb examples that represent intellectual activity on each level are listed here.

1. Knowledge: arrange, define, duplicate, label, list, memorize, name, order, recognize, relate, recall, repeat, reproduce state.
2. Comprehension: classify, describe, discuss, explain, express, identify, indicate, locate, recognize, report, restate, review, select, translate,
3. Application: apply, choose, demonstrate, dramatize, employ, illustrate, interpret, operate, practice, schedule, sketch, solve, use, write.
4. Analysis: analyze, appraise, calculate, categorize, compare, contrast, criticize, differentiate, discriminate, distinguish, examine, experiment, question, test.
5. Synthesis: arrange, assemble, collect, compose, construct, create, design, develop, formulate, manage, organize, plan, prepare, propose, set up, write.
6. Evaluation: appraise, argue, assess, attach, choose compare, defend estimate, judge, predict, rate, core, select, support, value, evaluate.


Benjamin Bloom created this taxonomy for categorizing level of abstraction of questions that commonly occur in education settings. The taxonomy provides a useful structure in which to categorize test questions, since professors will characteristically ask questions within particular levels, and if you can determine the levels of questions that will appear on your exams, you will be able to study using appropriate strategies.

Competence


Skills Demonstrated

Knowledge


* observation and recall of information
* knowledge of dates, events, places
* knowledge of major ideas
* mastery of subject matter
* Question Cues:
list, define, tell, describe, identify, show, label, collect, examine, tabulate, quote, name, who, when, where, etc.

Comprehension


* understanding information
* grasp meaning
* translate knowledge into new context
* interpret facts, compare, contrast
* order, group, infer causes
* predict consequences
* Question Cues:
summarize, describe, interpret, contrast, predict, associate, distinguish, estimate, differentiate, discuss, extend

Application


* use information
* use methods, concepts, theories in new situations
* solve problems using required skills or knowledge
* Questions Cues:
apply, demonstrate, calculate, complete, illustrate, show, solve, examine, modify, relate, change, classify, experiment, discover

Analysis


* seeing patterns
* organization of parts
* recognition of hidden meanings
* identification of components
* Question Cues:
analyze, separate, order, explain, connect, classify, arrange, divide, compare, select, explain, infer

Synthesis


* use old ideas to create new ones
* generalize from given facts
* relate knowledge from several areas
* predict, draw conclusions
* Question Cues:
combine, integrate, modify, rearrange, substitute, plan, create, design, invent, what if?, compose, formulate, prepare, generalize, rewrite

Evaluation


* compare and discriminate between ideas
* assess value of theories, presentations
* make choice based on reasoned argument
* verify value of evidence
* recognize subjectivity
* Question Cues:
assess, decide, rank, grade, test, measure, recommend, convince, select, judge, explain, discriminate, support, conclude, compare, summarize

The Barret Taxonomy


The Barrett Taxonomy of Reading Comprehension

It classifies skills and orders them according to the degree of complexity. It consists of four categories.The following are:
1. Literal Recognition or Recall
2. Inference
3. Evaluation
4. Appreciation




1. Literal Recognition or Recall

a. Recognition or Recall of Details
b. Recognition or Recall of Main Ideas
c. Recognition or Recall of Sequences
d. Recognition or Recall of Comparisons
e. Recognition or Recall of Cause-and-Effect Relationships
f. Recognition or Recall of Character Traits

2. Inference

a. Inferring about Figurative Language
b. Predicting Outcomes
c. Inferring Character Traits
d. Inferring Cause-and-Effect Relationships
e. Inferring Supporting Details
f. Inferring Comparisons
g. Inferring the Main Idea
h. Inferring Sequences


3. Evaluation

a. Judgements of Worth, Desirability or Acceptability
b. Judgements of Reality or Fantasy
c. Judgements of Appropriateness
d. Judgements of Fact or Opinion
e. Judgements of Adequacy or Validity


4. Appreciation

a. Imagery
b. Emotional Response to Plot or Theme
c. Identification with Characters and Incidents
d. Reactions to the Speaker’s Use of Language


Contributed by:

Cecille

Wednesday, October 28, 2009

Kaedah Gabungan Bunyi Kata (KGBK)

KGBK bertolak daripada sistem ejaan bahasa Melayu yang berasaskan bunyi dan suku katanya jelas. Setiap huruf mewakili hanya satu bunyi, kecuali huruf e yang mewakili bunyi e pepet dan e taling (é). Satu suku kata ditandai oleh satu vokal. Huruf vokal yang kerap digunakan ialah a, i, dan u.

KGBK ini bermula dengan memperkenalkan huruf vokal kepada murid, diikuti dengan pengenalan huruf konsonan, pembentukan suku kata, dan pembentukan perkataan yang bermakna dalam satu atau dua pelajaran sahaja. Murid akan dapat membaca beberapa perkataan dengan cepat serta faham apa-apa yang dibaca.




Tiap-tiap pelajaran memperkembang lagi kemahiran yang lalu. Guru boleh menggunakan bilangan pelajaran yang sesuai mengikut keadaan murid-muridnya.

Susunan penyampaian KGBK adalah seperti yang berikut:

1. Murid diperkenalkan dengan bunyi vokal. Dua atau tiga huruf vokal diperkenalkan dalam pelajaran pertama. Pengenalan hendaklah dilakukan berdasarkan susunan a, i, u dan dengan pelbagai teknik latih tubi yang menarik agar murid dapat mengingat bunyi vokal itu. Vokal e dan o hanya diperkenal setelah murid dapat membaca perkataan asas dengan menggunakan vokal a, i, u dan beberapa konsonan.

2. Kemudian perkenalkan bunyi satu huruf konsonan. Dahulukan konsonan letupan yang dapat membentuk perkataan yang bermakna seperti konsonan k yang dapat membentuk perkataan “kaki” dan “kuku” atau konsonan b yang dapat membentuk perkataan “baba” dan “bubu”. Lakukan latih tubi yang pelbagai agar murid dapat mengingat bunyi konsonan itu.

3. Gabungkan bunyi konsonan itu dengan huruf vokal supaya menjadi suku kata ka, ki, ku. Lakukan latih tubi sebutan suku kata ini dengan pelbagai teknik, termasuk teknik nyanyian.

4. Cantumkan suku kata-suku kata itu supaya menjadi beberapa perkataan yang bermakna seperti ka + ki menjadi “kaki” dan ku + ku menjadi “kuku”.

5. Adakan permainan mencantum huruf menjadi suku kata dan mencantum suku kata menjadi perkataan. Pelbagaikan jenis permainan agar murid berasa seronok belajar.

6. Sebagai peneguhan, adakan latih tubi menulis huruf, suku kata dan perkataan dengan pelbagai cara. Pengajaran penulisan hendaklah berdasarkan peringkat-peringkat dan teknik yang betul, termasuk penggunaan kertas bergaris dan alat tulis yang sesuai.

7. Dalam pelajaran kedua, ulang penggunaan vokal a, i, u dan perkenalkan satu atau dua konsonan lagi. Gunakan pola pengajaran yang sama, tetapi dengan teknik yang pelbagai, iaitu huruf → suku kata → perkataan g aktiviti penulisan. Sebagai contoh, suku kata dan perkataan yang berikut dapat dibaca oleh murid setelah dua konsonan diperkenalkan:
ka + ki → kaki
ku + ku → kuku
ba + ba → baba
bu + bu → bubu
ba + bi → babi
bi + bi → bibi
bu + ku → buku
u + bi → ubi
i + bu → ibu
a + bu → abu

8. Buatkan ayat dan latih tubi murid membacanya. Contohnya: ibu baba, ibu abu, bubu abu, kuku kaki abu.

9. Murid boleh melakukan aktiviti membina perkataan tambahan berdasarkan suku kata yang telah dipelajari. Dalam pelajaran seterusnya guru dapat mencipta beberapa ayat lagi untuk dibaca oleh murid. Contohnya: buku abu dan abu buka buku. Jika konsonan s telah diperkenalkan, ayat “abu suka buku” dapat dicipta. Perkataan “abu” dapat digantikan dengan “baba”, “ibu” dan lain-lain sebagai latih tubi.

10. Seterusnya, di samping mengulang bunyi vokal guru boleh memperkenalkan dua atau tiga konsonan lagi seperti t, m, d. Ikuti pola penyampaian pelajaran yang lalu. Antara perkataan yang dibina dan dibaca ialah dada, muda, uda, mata, mama, titi, tadi, madu. Dengan menggunakan perkataan-perkataan ini dan perkataan yang terdahulu, lebih banyak frasa dan ayat dapat dibina dan dibaca oleh murid.

11. Dalam pelajaran keenam, suku kata tertutup dapat diperkenalkan. Dengan ini lebih banyak perkataan dan ayat dapat dibentuk, dibaca dan ditulis.

12. Dalam pelajaran ketujuh, guru boleh memperkenalkan konsonan r, p, n dan melaksanakan pengajaran seperti pola pengajaran sebelumnya.

13. Dalam pelajaran kelapan guru boleh memperkenalkan bunyi vokal e dan o. Bina suku kata yang menggunakan vokal o dahulu. Adakan latihan perbezaan bunyi e pepet dengan e taling dengan pasangan perkataan seperti emak-esok, emas-ekor, beras-besok. Latihan membaca frasa dan ayat seperti “kotak besar itu di situ”. Pelbagai permainan yang berkaitan dengan huruf, suku kata dan perkataan diadakan.

14. Pelajaran seterusnya memperkembang kemahiran murid membunyikan huruf lain seperti l, g, h, f, j, c, y, z, w, q, dan x.

15. Seterusnya perkenalkan bunyi gabungan ng, sy, gh dan ny dalam beberapa pelajaran.

16. Nama huruf diajarkan secara tidak langsung. Penggunaan papan tulis sangat penting. Huruf besar disisipkan dari semasa ke semasa. Latihan mengeja dilakukan sebagai pengukuhan setelah murid boleh membaca. Latihan menulis dianggap sebagai pengukuhan.

Rumusannya, KGBK menggabungkan aktiviti membunyikan huruf, membunyikan suku kata dan dengan membina (membaca) perkataan dan seterusnya frasa/ayat dalam satu unit pengajaran. Pada akhir pelajaran kedua dan seterusnya murid boleh membaca perkataan, frasa atau ayat yang bermakna. Hal ini akan menyebabkan murid berasa seronok belajar.

Apabila diikuti dengan aktiviti menulis dalam setiap akhir pelajaran, murid akan menguasai kemahiran membaca dan menulis serentak. Tegasnya, murid tidak perlu mengenal dan menghafal semua huruf sebelum belajar membaca dan menulis.

KGBK membolehkan pembinaan dan susunan bahan pengajaran-pembelajaran dibuat secara berturutan dan berkembang secara sistematik daripada yang mudah kepada yang sukar. Hal ini memudahkan murid belajar membaca dan menulis.

Contoh bahan terdapat dalam buku Mari Membaca terbitan Utusan Publications (1982), Bahasa Melayu 1 – 3 terbitan Fajar Bakti (2003), Mudah Membaca Bahasa Melayu terbitan Fajar Bakti (2006), dan Ceria 2M Buku 1 dan 2 terbitan Ilmu Bakti (2007).

Perlu diingat bahawa KGBK ialah kaedah bacaan permulaan. Setelah kita membina asas, murid boleh membaca sendiri ayat dan cerita mudah. Selepas itu, kita perlu mendorong murid membaca berbagai-bagai bahan bacaan. Dorongan itu dapat membantu mereka meningkatkan minat dan tabiat membaca serta menjadikan pembacaan sebagai aktiviti sepanjang hayat.


*dipetik dari
SAMBUNG-MENYAMBUNG ﺴﺎﻤﺒﻭڠ۔ﻤﭙﺎﻤﺒﻭڠ Hanya Sulap

Mohd Isa bin Abd Razak ... Pancarkan Akhlak Mulia dalam Penulisan Kita
http://mohdisa-abdrazak.blogspot.com.

Klasifikasi Strategi Pengajaran dan Pembelajaran (MAB)

Apakah Klasifikasi Strategi Pengajaran dan Pembelajaran?

1. Strategi Pemusatan Guru
2. Strategi Pemusatan Murid
3. Strategi Pemusatan Bahan Pelajaran
APAKAH CIRI-CIRI STRATEGI PEMUSATAN GURU?
• Guru memainkan peranan penting
• Komunikasi sehala. Guru banyak bercakap.
• Kepimpinan guru secara autokratik
• Pencapaian objektif guru diutamakan
• Penyebaran ilmu pengetahuan lebih diutamakan daripada penyuburan nilai murni/perkembangan emosi.
• Penyampaian fakta secara menghafal. Pembelajaran berbentuk mengingat/menghafal.
• Interaksi di antara murid adalah pasif.
• Kaedah keseluruhan kelas.
• Murid-murid kurang kreatif/ tidak berinitiatif.
• Kaedah & Teknik – penerangan, demonstrasi, syarahan, kumpulan/pasukan, bercerita, keseluruhan kelas.



Apakah Klasifikasi Strategi Pengajaran dan Pembelajaran?

1. Strategi Pemusatan Guru
2. Strategi Pemusatan Murid
3. Strategi Pemusatan Bahan Pelajaran

APAKAH CIRI-CIRI STRATEGI PEMUSATAN GURU?
• Guru memainkan peranan penting
• Komunikasi sehala. Guru banyak bercakap.
• Kepimpinan guru secara autokratik
• Pencapaian objektif guru diutamakan
• Penyebaran ilmu pengetahuan lebih diutamakan daripada penyuburan nilai murni/perkembangan emosi.
• Penyampaian fakta secara menghafal. Pembelajaran berbentuk mengingat/menghafal.
• Interaksi di antara murid adalah pasif.
• Kaedah keseluruhan kelas.
• Murid-murid kurang kreatif/ tidak berinitiatif.
• Kaedah & Teknik – penerangan, demonstrasi, syarahan, kumpulan/pasukan, bercerita, keseluruhan kelas.


APAKAH CIRI-CIRI STRATEGI PEMUSATAN MURID?
• Murid memainkan peranan penting
• Komunikasi dua hala. Guru menyoal/membimbing.
• Kepimpinan guru secara demokratik. Perbincangan/galakan murid memberi pendapat,
• objektif pencapaian murid diutamakan
• perkembangan murid secara menyeluruh/seimbang ( j.e.r.i.)
• Ujian formatif digunakan bagi membaiki kelemahan murid.
• Penyampaian guru untuk pembelajaran bermakna, memahami & membuat kesimpulan,
• Peluang interaksi di antara murid adalah positif (bekerjasama, bertolak ansur, tolong-menolong)
• Kaedah kumpulan/perbezaan & minat murid dipupuk,
• Murid-murid bersifat kreatif/ berinitiatif.
• Kaedah & Teknik – projek, inkuiri-penemuan, perbincangan, penyoalanan, penyelesaian masalah, simulasi, main peranan, sumbangsaran, kumpulan kecil dsb.

APAKAH CIRI-CIRI STRATEGI PEMUSATAN BAHAN PELAJARAN?
• Bahan pelajaran memainkan peranan penting.Pergantungan kepada bahan untuk mencapai objektif pengajaran.
• Komunikasi/interaksi berlaku antara guru/bahan atau murid/bahan pembelajaran
• Kecekapan/kemahiran penggunaan bahan pengajaran-pembelajaran diutamakan
• Penekanan kepada jasmani, rohani, dan kognitif. Murid dilatih dalam kemahiran, kefahaman dan berdikari.
• Pengajaran bermakna, menarik dan berkesan.
• Peluang interaksi antara muid banyak. Sifat social yang positif dapat dipupuk melalui kaedah kumpulan kecil – ujikaji, projek, perbincangan dsb.
• Pengetahuan abstrak dapat dijadikan konkrit dengan adanya bahan-bahan pelajaran
• Kaedah & Teknik – komputer, bahan cetak, modul, buku teks, buku rujukan, kamus, perakam pita, carta, peta, geraf, spesimen, slaid, video, televisyen, projektor, dsb.

APAKAH PENDEKATAN DAN STRATEGI KESEPADUAN?

• Penggabungjalinan
o Proses penyampaian beberapa kemahiran
o Kecekapan melaksanakan aktiviti – membaca, menulis, menghurai, mengira, mewarna, menyanyi, melukis, melabel, mengarang, becerita, berlakon dsb.
o Mendengar, lisan, membaca dan menulis secara bersepadu
o Kemahiran matematik digabungjalinkan dengan kemahiran bahasa
o Ciri-ciri gabugjalin:
 Integrasi beberapa kemahiran
 Prosesnya bersepadu dan menyeluruh
 Aktiviti dipelbagaikan dengan menarik
 Kemahiran utama menjadi fokus
 Organisasi kemahiran fleksibel
 Kemahiran diintegrasikan saling kukuh mengukuh antara satu sama lain.
o Cara mengguna gabungjalin
 Mengenalpasti kemahiran utama & kemahiran sampingan
 Kemahiran utama diberi fokus
 Kemahiran-kemahiran sampingan dikuasai dahulu untuk kukuhkan kemahiran utama
 Kemahiran utama digunakan di peringkat perkembangan pelajaran, kemahiran sampingan digunakan di semua peringkat pelajaran
 Strategi penggabungjalinan kemahiran hendaklah dirancangkan berdasarkan objektif pelajaran, kebolehan & pencapaian murid.
 Kemahiran-kemahiran diintegrasikan dalam urutan yang sesuai. Setiap kemahiran hendaklah dikaitkan dengan kemahiran yang berikutnya secara lojikal.

• Penyerapan
o Proses mengintegrasikan unsur-unsur isi kandungan daripada dua atau lebih mata pelajaran dalam sesuatu pelajaran
o Isi matapelajaran sains dan kajian tempatan diserap menjadi isi mata pelajaran bahasa.
o Pendidikan moral, Pendidikan seni, Pendidikan jasmani & Muzik juga diserapkan dalam program bahasa sebagai aktiviti sokongan.
o Geografi, Sejarah, Kesihatan dan pendidikan moral diserapkan secara bersepadu dalam Sains /Kajian Tempatan.
o Penerapan Nilai murni , kurikulum akademik disepadukan dengan kokurikulum, kurikulum formal disepadukan dengan kurikulum tak formal.
o Ciri-ciri penyerapan :
 Mengandungi beberap unsur ilmu pengetahuan
 Berbagai unsur diserapkan dalam satu matapelajaran
 Bilangan mata pelajaran dalam penyerapan fleksibel
 Organisasi isi kandungan - Unsur utama dan unsur sampingan
 Proses penyerapan boleh berlaku serentak dengan proses penggabungjalinan.


APAKAH PENDEKATAN DAN STRATEGI PENGAJARAN INDUKTIF?
• Mengumpul dan mentafsir maklumat-maklumat kemudian membuat generalisasi/kesimpulan
• Bermula dengan memberi beberapa contoh yang khusus
• Contoh-contoh mempunyai prinsip yang sama
• Murid dibimbing memikir, mengkaji, mengenalpasti & mentafsir maklumat untuk membuat generalisasi/kesimpulan
• Matematik, bahasa dan sains banyak menggunakan pengajaran induktif
• Kaedah inkuiri-penemuan diamalkan apabila mengajar sains
o Contoh kusus ikan emas, udang, sotong, berudu
o Memerhati & mengkaji – bernafas melalui insang
o Mentafsir dan membuat generalisasi – Haiwan hidup dalam air mempunyai insang untuk bernafas.
• Prinsip Penggunaan Strategi Pengajaran Induktif
o Sediakan contoh-contoh yang sesuai
o Soalan-soalan disediakan untuk membimbing membuat kesimpulan
o Guru tidak menghuraikan isi pelajaran, murid dibimbing untuk mencari kesimpulan
o Jenis contoh khusus dipelbagaikan tetapi mengandungi ciri yang sama
o Contoh-contoh khusus yang dipilih haruslah sesuai & mencukupi.
o Murid-murid digalakkan memberi contoh yang sama
o Guru tidak harus memberi contoh sekaligus
o Sediakan alat bantu mangajar
o Penggunaan deria-deria murid dalam aktiviti – lihat, dengar, hidu & sentuh.
o Pengajaran mengikut urutan yang tepat – contoh-contoh spesifik membawa kepada kesimpulan umum.


APAKAH PENDEKATAN DAN STRATEGI PENGAJARAN DEDUKTIF?

• Strategi Pengajaran Deduktif merupakan kaedah mengajar yang kompleks kerana murid perlu memperolehi kefahaman yang mendalam /mencukupi serta berupaya memilih rumus, hukum, teorem, peraturan yang telah dipelajari dengan tepat untuk diaplikasi pada contoh-contoh khusus.
• Bermula daripada berberapa rumus, prinsip, hukum, teorem/peraturan
• Digunakan kesimpulan baru, generalisasi baru daripda rumus, hukum, peraturan
• Proses pengajaran:
o Prinsip/rumus
o Kaedah deduktif
o Aplikasi rumus/prinsip
o Mendapat rumus baru, prinsip baru dsb.
o Guru memberi tahu murid objektif pelajaran pada peringkat awal,
o Murid dibimbing mengingat kembali hukum, prinsip, teori, peraturan bagi mendapat kesimpulan yang baru/ menyelesaikan masalah.


APAKAH PENDEKATAN DAN STRATEGI PENGAJARAN ELEKTIF/eklektik?

o Elektif bererti pemilihan, eklektik bermakna bercampur
o Gabungan pendekatan digunakan
o Menggabungkan pendekatan indukti dan deduktif
o Banyak digunakan dalam pengajaran sains dan matematik
o Boleh gunakan strategi Pusatan guru, Pusatan murid, Pusatan bahan
o Digunakan dalam aktiviti pemulihan dan pengayaan

APAKAH PENDEKATAN DAN STRATEGI PENGAJARAN TEMATIK?
• Pokok perbicaraan/topic utama contoh tema alam semula jadi, tema perpaduan kaum
• Tema dipecahkan kepada sub-topik untuk perbincangan
o kumpulan pelbagai kebolehan
o sama kebolehan
• Tema yang sama dibincangkan oleh
o kumpulan pelbagai kebolehan
o sama kebolehan
• Tema yang berbeza tetapi saling melengkapi
o kumpulan pelbagai kebolehan
o sama kebolehan
• Selepas perbincangan, dapatan-dapatan dibentangkan oleh wakil kumpulan
• Membuat rumusan
APAKAH PENDEKATAN DAN STRATEGI PENGAJARAN MASTERI (Mastery Learning)?

• Penguasaan, Kemahiran , Cekap, Lengkap
• Maklumbalas pembelajaran, pengubahsuaian, meningkat keberkesanan
• Faktor pencapaian murid:
o Kebolehan asas
o Kuantiti & kualiti pengajaran/pembelajaran
o Kebolehan memahami pengajaran
o Daya usaha pembelajaran berterusan
o Masa pembelajaran
• Strategi pengajaran – adakan objektif yang jelas dan boleh diukur.
• Pilih kaedah & teknik yng berkesan
• Nilai hasil pembelajaran dengan ujian formatif (diagnostic) dan ujian sumatif berdasarkan objektif pelajaran bagi melihat tahap penguasaan pelajaran.
• Aktiviti pemulihan kepada yang belum menguasai sesuatu pelajaran
• Yang lemah diberi pemulihan dan yang mencapaia objektif diberi aktiviti pengayaan.



Tuesday, October 27, 2009

KKE (Pengenalan)


PENGENALAN


Tangisan, gelak ketawa, kesedihan, kegembiraan, kemarahan, kemurungan, ketakutan, perasaan geram, iri hati, benci dan pelbagai emosi serta perasaan lain yang dihadapi oleh manusia ini memberi warna kepada kehidapuan kita. Tanpa perasaan dan emosi, hidup akan menjadi kosong dan bosan. Analogi hidup sedemikian samalah seperti objek-objek kaku yan tidak mengalami apa-apa perubahan yang positif mahupun negatif.

Kecerdasan emosi satu subilmu dalam disiplin psikologi masih baru. Namun emosi atau perasaan sebagai salah satu unsur yang terdapat pada manusia sudah dikaji sejak beratus-ratus tahun yang lalu. Emosi manusia bukan sahaja menjadi subjek kajian dan eksperimen ahli-ahli psikologi dan klinikal. Malah ia turut dilihat dalam pelbagai perspektif sains sosial dan kemanusiaan seperti sosiologi, georgrafi, pendidikan, linguistik, sejarah dan sebagainya.

Emosi menjadi subjek tumpuan dalam disiplin psikologi kognitif dan tingkah laku. Nama-nama seperti Freud, Rogers, Maslow, Gardner terlebih dahulu menkaji fenomena emosi manusia yang diterjemahkan menerusi pelbagai teori dan model mereka. Apabila kecerdasan emosi diperkenalkan kepada dunia sarjana dan pemikir yang mempersoalkan berkenaan keperluan dan signifikasinya kepada “kepintaran manusia”. Hal ini kerana “kepintaran” merujuk kepada kepintaran kognitif yang menggunakan simbol IQ.

Namun begitu, akibat daripada berlakunya begitu banyak “penyakit mental” yang dihadapi oleh negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Jerman, Perancis dan Britain. Pelbagai gejala sosial daripada isu-isu keganasan hingalah isu-isu sekolah dan keluarga menjadikan masyarakat dunia sudah kehilangan “kemanusiaanya”. Justeru itu, kepintaran tidak lagi menjadi faktor dominan sebagai penentu kepintaran manusia. Manusia yang pintar dan bijaksana pada abad ini bukan sahaja mempunyai IQ yang tinggi, malah mempunyai EQ yang tinggi.

Terdapat tiga aspek emosi iaitu cognitive-experiental bermaksud emosi yang dapat dijelaskan dengan perkataan; behavior-expressive atau non-verbal expresssion seperti mimik muka, bahasa tubuh, postur, dan physiological-biochemical iaitu aktiviti otak, suhu badan, kadar denyutan jantung. Hanya aspek behavior-expressive dapat dilihat dengan jelas manakala dua lagi aspek sukar dilihat.

Istilah emotional intelligence mula-mula sekali digunakan pada tahun 1990 oleh Peter Salovey (Universiti Harvard) dan John Mayer (Universiti New Hampshire). Ia dugunakan bagi menjelaskan kualiti-kualiti diri khusus yang terdapat pada emosi yang penting supaya seseorang dapat mencapai kejayaan. Lima tahun kemudian, Daniel Goleman (1995) mempopularkan EQ dalam bukunya Emotional Intelligence dan sekali gus berjaya membangkitkan kesedaran orang ramai berkenaan konsep ini yang bermula dengan implikasinya keatas mendidik kanak-kanak sehinggalah kepentingannya di tempat kerja dan hampir dalam semua interaksi manusia.

Emosi membolehkan manusia mengenal dirinya, orang lain dan ia turut membantu diri kita berinteraksi dengan orang lain dalam aktiviti kehidupan. Ringkasnya, emosi menghidupkan suasana bermasyarakat.


Penulis: ar-rifke
Sumber : ariedrifke.blogspot.com

KKE (Emosi)




EMOSI



Perkataan emosi berasal daripada perkataan latin emover yang bermaksud:
-bergerak
-kegembiraan
-kegusaran

Kamus Dewan (1994) mendefinisikan emosi sebagai perasaan pada jiwa yang kuat seperti:
-sedih
-marah
-dll.

Oxford Advanced Lerners’ Dictionary (1995) menyatakan emosi sebagai satu perasaan yamh kuat dalam pelbagai jenis, contohnya:
-kasih sayang
-keriangan
-benci
-takut
-cemburu
-keseronokan
Ataupun berlakunya gangguan pada perasaan.

The Oxford Dictionary of Current English (1986) menyatakan emosi sebagai perasaan yang kuat dari dalaman terutamanya daripada aspek mental atau naluri, seperti:
-kasih sayang
-takut
Oleh itu, bolehlah disimpulkan bahawa emosi sebagai salah satu daripada ciri jiwa manusia yang boleh mempamerkan perasaan yang kuat yang berpunca daripada psikologi atau mental seseorang dan emosi boleh berlaku secara naluri bergantung pada sesuatu situasi.

Pada hari ini, emosi lebih mudah digambarkan pengalaman subjektif seperti:
-cinta
-marah
-suka
-resah
-tertekan
-dll.


Penulis: ar-rifke
Sumber : ariedrifke.blogspot.com

KKE (JEnis EMosi)

Emosi Positif



Sebarang emosi yang boleh membawa perasaan gembira dan optimistik boleh digolongkan sebagai emosi positif. Contohnya seperti cinta, keyakinan, sanjungan, penghormatan, kebanggaan, kepuasan, bertangungjawab dan sebagainya.

Emosi positif sangat penting kepada individu yang mengalami tekanan seperti pesakit atau sesiapa sahaja yang mempunyai tekanan hidup. Emosi positif ini mempunyai kuasa pengubatan yang kuat.




GEMBIRA
Perasaan seronok, puas hati, suka hati, sukacita, senang hati, besar hati, bahagia, girang, meriah.



TERPESONA
Perasaan terpikat atau tertarik hati, menarik perhatian.





CINTA
Perasaan sangat sayang, berahi, dukacita yang biasanya dialami oleh manusia terhadap sesuatu.





BERHARAP
Perasaan menginginkan sesuatu, menjangka akan mendapat sesuatu, berhasrat untuk mendapat sesuatu atau meminta sesuatu terjadi.





BANGGA
Perasaan megah dengan sesuatu perkara atau pencapaian.











EMOSI NEGATIF



Emosi negatif ialah sebarang perasaan yang membawa perasaan yang tidak baik atau kurang selesa atau destruktif.

Sebagai contohnya ialah perasaan seperti marah, murung, kecewa, takut, bersalah, tersinggung dan sebagaiya. Emosi negatif boleh membawa perasaan pesimistik iaitu perasaan yang boleh membawa banyak masalah kesihatan



MARAH
Perasaan panas hati, berang, gusar, dan menyebabkan peredaran darah badan meningkat.






SEDIH
Perasaan susah, hiba dalam hati, hati terasa pilu dan perasaan berduka cita.





TAKUT
Perasaan bimbang atau ragu-ragu, atau tidak berani menghadapi sesuatu yang akan membahayakan diri.





BERSALAH
Perasaan yang dirasa bila melakukan sesuatu yang tidak betul seperti melanggar peraturan atau sebagainya.





CEMBURU
Perasaan tidak senang melihat kebolehan orang lain, iri hati terhadap sesuatu, rasa terancam.


Penulis: ar-rifke
Sumber : ariedrifke.blogspot.com

KKE (Faktor Yg Mempengaruhi KE)




CARA MENINGKATKAN KECERDASAN EMOSI



Umpan Yang Positif Daripada Orang Lain
Pihak lain adalah cermin bagi membina dan membentuk emosi seseorang. Kritikan, nasihat, pandangan dari pihak lain yang positif dapat membantu seseorang memperbaiki emosinya. Ia boleh dilakukan dengan cara:

1. Menguku dan menggambarkan diri sendiri (konsep diri)
- Konsep ini berkait rapat dengan persepsi pada harga diri sendiri. Seseorang individu dapat mengukur dan menggambarkan siapa sebenar dirinya menerusi pihak lain ataupun dirinya sendiri memberi label khusus kepada harga diri sendiri.
2. Menilai harga diri (harga diri)
- Penilaian ke atas diri sama ada positif ataupun negatif dapat meletakkan dimana “harga diri” seseorang itu. Jika penilaian yang negatif diberikan kepada diri sendiri, kesannya keatas emosi turut negatif. Begitulah sebaliknya. Penilaian keatas diri boleh dibuat oleh orang lain ataupun oleh diri sendiri. Setiap indiidu itu, sepatutnya lebih peka dengan perubahan yang telah, sedang dan akan berlaku kepada dirinya.


Pengukuran EQ
Seseorang itu dapat mengetahui tahap EQ dengan cara mengambil ujian-ujian tertentu yang berkaitan dengan EQ dalam pekerjaan, motivasi diri, pergaulan, komunikasi, dan sebagainya. Ujian-ujian ini boleh dilakukan menerusi buku-buku EQ yang terdapat di pasaran ataupun melakukannya secara online.


Kerja Kelompok
Kerja kelompok atau kerja berkumpulan dapat mempertingkatkan kepintaran emosi seseorang. Kerja berkelompok memerlukan setiap individu meletakkan nilai kebersamaan dan emostif dalam melakukan kerja.


Belajar Bersama
Belajar bersama baik bagi meletakkan emosi kita dalam emosi orang lain. Bekerjasama turut memberi kelebihan kepada kita supaya lebih memahami emosi orang lain dan dalam masa yang sama mampu mengendalikan emosi sendiri dalam proses mencapai matlamat bekerjasama itu tadi.


Kasih Tak Bersyarat
Kita harus membuktikan keikhalasan kita menyanyangi seseorang lahir daripada emosi dan perasaan yang suci dan bukannya kerana faktor-faktor lain. Kaoh tak bersyarat dalam interaksi dan pergaulan sehari-hari membuatkan pihak lain lebih bertoleransi dan percaya pada diri kita.





















PERSPEKTIF KONVENSIONAL PERSPEKTIF KONTEMPORARI

• Tanda kelemahan
• Tiada tempat dalam pengurusan
• Elakkan emosi

• Keliru
• Elakkan individu yang beremosi

• Tumpukan kepada minda
• Gunakan perkataan yang neutral emosi
• Menggangu penilaian yang dibuat
• Mengganggu kita
• Tiada kemusnahan

• Menghalang atau memperlahankan taakulan
• Menghalang proses pengawalan

• Melemahkan sikap
• Menghalang data yang objektif

• Menyulitkan proses perancangan
• Mengurangkan autoriti • Tanda kekuatan
• Penting kepada pengurusan
• Emosi menyemarakkan pembelajaran
• Memberi penjelasan
• Dapatkan individu yang emosinal
• Dengar bisikan emosi
• Gunakan bahawa yang beremosi
• Perlu untuk membuat penilaian yang baik
• Memberikan motivasi
• Memberi kehidupan yang sebenar
• Mempercepat proses taakulan

• Membina kepercayaan hubungan
• Mengaktifkan nilai etika
• Memberi maklumat yang penting dalam maklum balas
• Menghasilkan kreatiiti dan inovasi
• Meningkatkan pengaruh tanpa autoriti




10 TABIAT ORANG YANG berEQ TINGGI



Melabelkan Perasaannya Sendiri
“Saya rasa tidak sabar”. LAWAN “Ini tidak masuk akal”.
“Saya rasa dilukai dan pahit”. LAWAN “Anda orang yang peka”.
“Saya rasa takut”. LAWAN “Kamu memandu seperti orang bodoh”.
“Saya rasa gembira”. LAWAN “Hanya anda yang bersuka ria”.


Membezakan Pemikiran Dengan Perasaan
Pemikiran
“Saya kira…”
“Pada pandangan saya…”
“Saya fikir itu semua karut..”
“Saya tidak percaya bahawa..”

Perasaan
“Saya rasa: (perkataan perasaan)
“Apa yang saya alami…”
“Masih dapat saya rasakan…”
“alangkah sekiranya..”


Bertanggungjawab di atas Perasaan Sendiri
“Saya rasa cemburu.” LAWAN “Kamu membuat saya rasa cemburu”
“Sebenarnya saya telah melakukan kesilapan” LAWAN “Ini semua silap awak”
“Saya rela meletak jawatan”. LAWAN “Bukan salah saya…”
“Saya yakin dengan keputusan juri itu”. LAWAN “Itu semua bohong dan fitnah belaka”.
Gunakan Perasaanya Untuk Membuat Keputusan
“Apakah perasaan saya jika saya melakukan ini?”
“Apakah perasaan saya jika saya tidak…”
“Saya yakin ia akan berhasil sekiranya…”


Menghormati Perasaan Orang Lain
“Apakah Perasaan anda jika saya buat ini?”
“Marahkah anda jika…”
“Bolehkah saya meneruskan usaha ini tanpa kamu?”
“Lebih baik anda yang meneruskan projek ini kerana…”
“Apa kata anda mengetuai kumpulan ini…”


Berasa Bertenaga dan Asertif
“Saya berasa lebih sihat pada hari ini…”
“Saya berasa gembira apabila mendengar berita berkenaan…”
“Saya yakin saya mampu melakukannya kurand daripada 5 saat…”
“Inilah saat terbaik untuk saya membuktikan bahawa..”
“Saya senang sekali menjalankan tugas ini…”


Mengesahkan Perasaan Orang Lain
“Saya bersetuju dengan anda bahawa…”
“Benarlah kata anda berkenaan…”
“Saya mengakui bahawa apa yang anda sarankan itu sangat bagus dan berkesan”




Berlatih Mendapatkan Nilai Positif Daripada Emosi Negatif
“Apakah perasaan saya?” DAN “Apakah yang boleh membantu saya berasa lebih baik?”
“Apakah perasaan anda?” DAN “Apakah yang boleh membantu anda berasa lebih baik”
“Saya juga memiliki bakat dan kreativiti yang setanding dengan…”
“Tempat kerja saya amat kondusif dan menyeronokkan”
“Jika saya mencuba kali ini tentu hasilnya akan lebih baik”.
“Lebih baik saya menggunakan pendekatan ini kerana…”


Tidak Menasihati, Mengawal, Mengarah, Mengkritik, Mengadili Atau Membebel
“Kan lebih baik kalau anda…”
“Kenapa anda tidak menggunakan cara ini kerana inilah yang saya gunakan”.
“Pilih antara dua….saya ataupun dia!”
“Saya tidak gemar melihat anda berpakaian seperti itu.”


Tidak Menghiraukan Orang Yang Tidak Menerima Atau Menghormati Perasaannya
“Saya yakin dengan apa yang saya lakukan…”
“Hasil yang say perolehi ini sesuai dengan kemampuan dan bakat yang saya miliki”
“Saya amat menyedari bahawa pengalaman saya masih sedikit berbanding…”
“Saya gembira apabila saya…”


Penulis: ar-rifke
Sumber : ariedrifke.blogspot.com

KKE (Strategi Mengurus Emosi)



Menangguh Kehendak

Salah satu cara untuk menghadapi masalah emosi. Sebagai contoh, seseorang yang berhajat kuat untuk memasuki universiti akan menangguh menyambung pelajarannya kerana bimbang gagal dalam permohonannya. Sekiranya dia terima surat dukacita dia akan batal rancangan penyambungan dan akan mencuba suatu hari nanti bila dia rasa dia akan berjaya dalam permohonannya.


Redha

Cara mencari redha dalam agama atau kaedah spiritual untuk mengatasi perasaan kecewa atau kegagalan dalam sesuatu. Orang yang menghadapi satu krisis atau koflik sering kali akan menjadi lebih bertakwa atau lebih alim dan cuba cari keamanan dan sokongan daripada sembahyang dan aktiviti agama. Memang tidak boleh dinafikan bahawa agama boleh memberi keredhaan yang diingini untuk menghadapi konflik.


Rasionalisasi Pemikiran

Proses dimana individu itu memikir beberapa alasan terhadap kegagalannya dalam usaha mencapai sesuatu. Kadang-kadang alasan-alasan atau sebab-sebab yang difikirkan itu tidak begitu nyata. Tapi itu adalah cara untuk mengecualikan diri daripada melakukan kesilapan dan kekurangannya.

Cara lain ialah mengaku kalah dengan mudah. Seorang yang tidak dapat promosi akan kata dia rasa selesa dengan kerja semasa itu dan dia tidak perlu kerja lain. Kerja itu yang paling sesuai untuknya dan dia tidak akan berganjak daripada kedudukannya.

Mengelak daripada tanggungjawab dan mengambil masalah kepada orang lain atau benda adalah cara yang seterusnya. Pelajar yang gagal dalam tugasannya akan menyalahkan pusat sumber kerana ia tidak mempunyai rujukan yang dikehendakinya.


Sublimasi

Cara penyelarasan dimana kita gantikan sesuatu kegaggalan dengan alternatif lain. Jika alternatif itu tidak baik seperti kehendak asal ia dipanggil gantian. Jika gantian kita baik atau setaraf dengan kehendak asal kita panggilnya sebagai sublimasi. Semua jenis mekanisme berlepas adalah jenis gantian ini. Contohnya ialah berjudi atau minum arak untuk lupakan kegagalan atau masalah. Contoh sublimasi adalah seperti seperti seorang wanita yang tak dapat kahwin kerana halangan kemudian jadi aktivis sosial yang membawa banyak perubahan dan kemajuan dalam lapangan kebajikan. Kehampaan yang dihadapi itu disublimasi kepada satu perkara yang bermanfaat.


Meluahkan Emosi Kendiri Dalam Bentuk Penulisan

Meluahkan emosi dalam bentuk karya seperti karangan, puisi, atau ain-lain adalah satu cara sublimasi untuk menangani emosi. Banyak karya dan hasil pusi yang teragung dihasilkan oleh penulis-penulis yang mengalami masalah emosi.


Sesaran

Cara lain untuk melaraskan ancaman kepada emosi kita. Sesaran berlaku apabila kita mengalih perasaan kita daripada satu orang atau objek kepada orang lain atau objek lain.


Alat Berfikir Jenis CoRT 1

Bermaksud “Cognitive Research Thrust 1” yang dipelopori oleh Bernice MacCarthy untuk membolehkan individu itu menilai sesuatu keadaan untuk membuat keputusan yang munasabah. Diantara alat berfikir yang digunakan ialah:
o PMI ( Plus, Minus, Interesting )
o CAF ( Consider All Factors )
o C & S ( Consequence & Sequal )
o AGO ( Aims, Goals & Objectives )
o FIP ( First Important Priorities )
o APC ( Alternatives, Possibilities & Choices )
o OPV ( Other People’s Views )

Apabila dihadapi dengan satu konflik emosi CAF dan C&S serta APC boleh digunakan untuk menilai kesan emosi tertentu. Sebagai contoh, seorang peniaga cuba pelbagai jenis pelaburan tetapi gagal bleh guna CAF untuk menilai serta mencari sebab-sebab pelaburannya gagal.


Terapi Zikir, Alat muzik Dll

Bacaan ayat suci atau doa boleh menolong seseorang itu melihat sesuatu masalah itu dengan lebih jelas. Begitu juga dengan muzik klasik atau Baroque yang boleh melihat masalah itu dengan pelbagai perspektif.


Penulis: ar-rifke
Sumber : ariedrifke.blogspot.com

KKE (Bibliografi)

SUMBER RUJUKAN



A.J.Michael. Kompetensi Kecerdasan Emosi; Untuk Pelajar Kursus Persediaan Program Ijazah Saujana Muda Pendidikan(PPISMP)

Haji Abdul Fatah Hasan. Pemikiran Keseluruhan Otak; Dalam Pengurusan Pendidikan dan Kaitannya Dengan Jecerdasan Emosi (Emotional Intelligent-E.Q). Utusan Publications & Distrubutors Sdn. Bhd.

Mohd Azhar Abd. Hamid. Siri Pembangunan Diri. EQ; Panduan Meningkatkan Kecerdasan Emosi. Pts Professional Publishing Sdn. Bhd.

Mahmood Nazar Mohamed. Penghantar Psikologi, Satu Pengenalan Asas Kepada Jiwa dan Tingkah Laku Manusia. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur.

Siti Hawa Munji. Ma’rof Redzuan. Penghantar psikologi. Fajar Bakti Sdn. Bhd.


Rujukan internet

http://penulisan2u.blogsport.com/2008/07/cerpen-andai-mampu-ku-ubah-segalanya.html


Penulis: ar-rifke
Sumber : ariedrifke.blogspot.com

KKE (ANALISIS CERPEN ANDAI MAMPU KU UBAH SEGALANYA)

ANALISIS CERPEN ANDAI MAMPU KU UBAH SEGALANYA



SYUHADA



Situasi 1:
i) "Adam! Kau ni, tak sedar-sedar ke? STPM dah dekat sangat. Kau pula, asyik memonteng saja. Sedarlah sikit,"

ii) Syuhada terkebil-kebil menanggapi kemarahannya.

Jenis emosi Marah
Cadangan cara menguruskan emosi dalam situasi ini Emosi marah ini sangat bahaya dan jika tidak dikawal, akan membawa kesan yang negatif. Cadangan untuk menguruskan emosi jenis ini ialah dengan cara sentiasa berfikiran positif ataupun menggunakan alat berfikir jenis CoRT 1.


Situasi 2:
i) Tanpa banyak bicara, kepala Adam ditunjal, membuat lelaki itu sedikit terdorong ke belakang. Syuhada kaku melihat.

ii) "Kau berambus dari rumah aku. Berambus!,"tengkingnya membuat Syuhada tersentak.


Jenis emosi Terkejut
Cadangan cara menguruskan emosi dalam situasi ini Emosi jenis ini tidak begitu memberikan kesan negatif. Oleh sebab itu, saya mencadangkan agar ketika situasi ini, cara terbaik untuk menguruskan emosi ialah dengan menrasionalkan pemikiran.


Situasi 3:
i) Syuhada turut diam. Rasa bersalah dengan salah faham yang berlaku. Tidak sepatutnya Cikgu Hussein memarahi Adam tanpa usul periksa.

Jenis emosi Rasa bersalah
Cadangan cara menguruskan emosi dalam situasi ini Emosi ini juga sangat berbahaya kerana memberikan kesan negatif yang lama. Cara terbaik untuk menguruskan emosi jenis ini ialah dengan cara redha dan luahkan emosi ini dalam bentuk penulisan atau karya supaya emosi ini cepat dilupakan.


Situasi 4:
i) Entah ke mana, dia pun tidak tahu. Lelaki itu hilang bersama marah yang menggunung padanya. Kalaulah dia dapat berjumpa dengan Adam dan jelaskan segala-galanya.

ii) "Adam. Janganlah fikir lagi. Pulanglah jumpa nenek,"


Jenis emosi Berharap
Cadangan cara menguruskan emosi dalam situasi ini Emosi jenis ini akan memberikan satu kesan negatif sekiranya berakhir dengan apa yang diharapkan tidak kesampaian. Cara terbaik untuk menguruskan emosi ini ialah dengan tidak meletakkan satu pengharapan yang terlalu tinggi terhadap sesuatu benda atau perkara.


Situasi 5:
i) Sungguh memilukan dia menatap wajah bersih bayi yang menanggung dosa ibu atau barangkali bapanya. Menderita HIV positif sebaik dia mengenal dunia. Apalah salah bayi itu? Dia mengeluh perlahan. Membuang rasa sebak yang bertenggek di hati.

ii) Air mata menitis perlahan. Terbayang wajah comel bayi lelaki berusia dua tahun itu. Sepatutnya anak sekecil itu girang melayan dunianya sendiri, bukan hidup sengsara berdepan dengan maut. Dan semalam, penderitaan anak kecil itu berakhir sudah.

iii) Syuhada diam sambil menahan air mata dari menitis. Sayu melihat keadaan Adam.

Jenis emosi Sedih
Cadangan cara menguruskan emosi dalam situasi ini Emosi sedih pula satu emosi yang dapat memberikan satu kesan negatif yang lama. Oleh sebab itu, saya mencadangkan agar redha menerima kenyataan dan terapi yang terbaik ialah zikrullah.


Situasi 6:
i) "Sampai hati dia buat saya macam ni, nek. Bertahun saya tunggu untuk bersama dengan dia,"

Jenis emosi Kecewa
Cadangan cara menguruskan emosi dalam situasi ini Kecewa juga satu emosi negatif. Bagi menguruskan emosi ini, berfikiran positif terhadap apa yang berlaku adalah salah satu cara yang berkesan.



ADAM

Situasi 1:
i) "Hey! Perempuan. Ada aku kacau kau tak? Tak ada kan? So, kau jangan nak masuk campur urusan aku. Aku tak suka. Kalau kau nak report kat Cikgu bodoh perasan bagus tu, silakan. Aku tak halang. Pergilah. Jangan pedulikan aku," marah Adam dengan wajah yang memerah.

ii) "Hah! Sudahlah! Pergi jahanamlah dengan tengking kau! Pergi jahanamlah dengan marah kau! Aku dah bosanlah! Bosan! Dan, kau, Syuhada! Jangan masuk campur urusan aku!,"tiba-tiba Adam menjerit sama.

iii) Adam merengus sambil membanting pintu sekuat hati.

iv) Dia marahkan sikap tidak bertanggungjawab ayahnya, dia marahkan ibunya yang tidak pernah mangambil berat tentangnya. Dia marah dengan hidupnya yang tidak pernah mengecap setitik bahagia sebagai seorang anak.


Jenis emosi Marah
Cadangan cara menguruskan emosi dalam situasi ini Emosi marah ini sangat bahaya dan jika tidak dikawal, akan membawa kesan yang negatif. Cadangan untuk menguruskan emosi jenis ini ialah dengan cara sentiasa berfikiran positif ataupun menggunakan alat berfikir jenis CoRT 1.


Situasi 2:
i) "Aku dah musnah Su. Aku kehilangan satu demi satu insan yang aku sayang,"

ii) Air mata Adam menitis tiba-tiba. Sayu mendengar cerita Syuhada tentang nenek kesayangannya.

Jenis emosi Sedih
Cadangan cara menguruskan emosi dalam situasi ini Emosi sedih pula satu emosi yang dapat memberikan satu kesan negatif yang lama. Oleh sebab itu, saya mencadangkan agar redha menerima kenyataan dan terapi yang terbaik ialah zikrullah.



Situasi 3:
i) "Aku rindu anak aku Su. Dia dah tak ada.

ii) "Aku rindu Daniel..

Jenis emosi Rindu
Cadangan cara menguruskan emosi dalam situasi ini Rindu adalah satu emosi yang boleh diuruskan dengan cara tidak terlalu memikirkan sesuatu perkara itu dan melakukan perkara yang berfaedah.


Situasi 4:
i) "Dia pergi semalam. Kalaulah aku tidak ada penyakit ini, anak aku takkan mati Su. Sepatutnya aku bagi dia kebahagiaan. Sepatutnya aku bagi dia kasih sayang. Tapi, aku bagi dia penyakit maut. Aku bunuh dia..

Jenis emosi Bersalah
Cadangan cara menguruskan emosi dalam situasi ini Emosi ini juga sangat berbahaya kerana memberikan kesan negatif yang lama. Cara terbaik untuk menguruskan emosi jenis ini ialah dengan cara redha dan luahkan emosi ini dalam bentuk penulisan atau karya supaya emosi ini cepat dilupakan.


Situasi 5:
i) "Aku malu. Lagipun aku tak mahu menyusahkan sesiapa lagi. Biarlah aku habiskan sisa hidup aku di sini,"

Jenis emosi Malu
Cadangan cara menguruskan emosi dalam situasi ini Emosi jenis ini boleh diuruskan dengan berfikiran positif dan juga yakin pada diri sendiri.


Situasi 6:
i) Dengan rasa kecewa, dia membawa diri dan membiarkan kata hati menguasai dirinya. Terus hanyut di dalam hidup yang tidak ada masa depan. Menjadi hamba dadah selama bertahun-tahun, sehinggalah dia ada Daniel.

Jenis emosi Kecewa
Cadangan cara menguruskan emosi dalam situasi ini Kecewa juga satu emosi negatif. Bagi menguruskan emosi ini, berfikiran positif terhadap apa yang berlaku adalah salah satu cara yang berkesan.


Situasi 7:
i) "Kita kahwin?,"
Dia ternganga mendengar cadangan dari seulas bibir yang manis itu. Syuhada menentang matanya menunggu jawapan.

Jenis emosi Terkejut
Cadangan cara menguruskan emosi dalam situasi ini Emosi jenis ini tidak begitu memberikan kesan negatif. Oleh sebab itu, saya mencadangkan agar ketika situasi ini, cara terbaik untuk menguruskan emosi ialah dengan menrasionalkan pemikiran.


Situasi 8:
i) "Kemenangan aku kali ni.. Kekalahan kau kali ni.. semuanya demi cinta aku pada kau.

Jenis emosi Bangga
Cadangan cara menguruskan emosi dalam situasi ini Emosi positif ini boleh diuruskan dengan tidak terlalu lama memikirkannya kerana jika terlalu lama, emosi ini akan memberikan kesan negatif pula.



NENEK


Situasi 1:
i) "Adam!,"suara nenek sedikit meninggi. Mendengar suara itu, dia berpatah semula.

ii) "Adam! Nenek tak pernah ajar kau jadi biadap macam ni!,"


Jenis emosi Marah
Cadangan cara menguruskan emosi dalam situasi ini Emosi marah ini sangat bahaya dan jika tidak dikawal, akan membawa kesan yang negatif. Cadangan untuk menguruskan emosi jenis ini ialah dengan cara sentiasa berfikiran positif ataupun menggunakan alat berfikir jenis CoRT 1.


Situasi 2:
i) . Setiap saat dia menanti kepulangan kau. Rendang daging setiap tahun terhidang di meja bila hari raya. Sebab tak nak kau hampa kalau-kalau kau pulang tiba-tiba makanan kegemaran kau tu, tak ada.

Jenis emosi Berharap
Cadangan cara menguruskan emosi dalam situasi ini Emosi jenis ini akan memberikan satu kesan negatif sekiranya berakhir dengan apa yang diharapkan tidak kesampaian. Cara terbaik untuk menguruskan emosi ini ialah dengan tidak meletakkan satu pengharapan yang terlalu tinggi terhadap sesuatu benda atau perkara.



Situasi 3:
i) Wajah tua itu basah dengan air mata. Memeluk tubuh kurus satu-satunya cucu yang amat dia rindui.

Jenis emosi Gembira
Cadangan cara menguruskan emosi dalam situasi ini Emosi gembira adalah satu emosi positif, jadi pengurusannya juga mudah. Cara terbaik menguruskan emosi jenis ini ialah dengan menerimanya dengan redha dan bersyukur.


Situasi 4:
i) "Kau ke mana cu? Kau tak ingat nenek ke?,"suara itu seperti belati yang hatinya.

Jenis emosi Rindu
Cadangan cara menguruskan emosi dalam situasi ini Rindu adalah satu emosi yang boleh diuruskan dengan cara tidak terlalu memikirkan sesuatu perkara itu dan melakukan perkara yang berfaedah.


Penulis: ar-rifke
Sumber : ariedrifke.blogspot.com

KKE (REFLEKSI TAHAP KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI WATAK-WATAK)

REFLEKSI TAHAP KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI WATAK-WATAK



Saya telah menghayati cerpen Andai Mampu Ku Ubah Segalanya ini dengan sebaik-baiknya dan telah dapat mengenalpasti beberapa situasi mencabar yang telah dihadapi oleh watak-watak dalam cerpen ini. Cerpen yang telah saya pilih ini mempunya pelbagai situasi menarik yang dapat saya kenal pastinya.

Cerpen ini mempunyai 3 watak penting iaitu Syuhada sebagai watak utama, seterusnya Adam dan Nenek. Tiga watak ini telah memainkan peranan yang besar dalam menghidupkan tema atau jalan cerita cerpen ini. Syuhada dalam novel ini digambarkan seorang yang mempunyai tahap kesedaran kendiri yang tinggi. Sebagai watak utama, pastinya mempunyai pelbagai situasi yang dihadapi. Antaranya ialah emosi marah. Dalam cerpen ini, dilihat Syuhada mampu menguruskan emosi marah ini dengan baik dimana emosi ini dikawal dirinya tanpa membawa mudarat yang lebih besar. Syuhada juga mengalami emosi terkejut dan dia telah berjaya mengawal emosinya dengan baik. Walaupun dalam keadaan begitu, dia masih dapat meneruskan apa yang ingin dilakukannya dan tidak terpesong kepada benda lain. Namun begitu, Syuhada juga dilihat gagal mengawal emosinya dimana dia berasa amat bersalah dengan perkara silam. Perkara-perkara silam yang pahit masih lagi dia ingati dan membuatkan dirinya sedih dan pilu. Sikap dan emosinya yang selalu berharap menyebabkan pada akhirnya dia mengalami perasaan kecewa. Sikap ini menggambarkan kelemahan dirinya yang terlalu mengharapkan sesuatu perkara berlaku tetapi sedih apabila apa yang diharapkan tidak tercapai. Syuhada juga mudah berasa sedih dan emosi ini menggambarkan betapa sensitifnya syuhada itu. Dia begitu mudah tersentuh dengan perkara-perkara yang berlaku di sekitarnya.

Watak Adam dalam cerpen ini pula digambarkan seorang yang begitu banyak menemui kegagalan dalam menguruskan emosinya atau dengan kata lain mempunyai tahap kopetensi kecerdasan emosi yang begitu rendah. Begitu banyak tekanan emosi yang dilaluinya menyebabkan dia menjadi lemah dan terus terpengaruh dengan emosi negatifnya itu. Adam telah memusnakkan hidupnya setelah gagal menguruskan tekanan emosi yang telah dihadapinya. Bermula dengan masalah keluarga, dia telah hilang keyakinan dan terus memberontak. Segala kesalahan dan kekhilafan yang telah dilakukannya dahulu diakhiri dengan satu penyesalan. Kegagalan Adam dalam menguruskan emosinya telah menyebabkan seluruh hidupnya musnah bermula dibangku sekolah sehingga dia berkahwin dan sekarang. Emosi kemarahannya yang membuak-buak tidak diuruskan dengan sempurna dan impaknya dia terus mengikut langkah salah yang seterusnya membawa malapetaka kepadanya. Walaupun begitu, dilihat dari segi positifnya, dia masih lagi gembira dengan adanya Daniel,Nenek dan Syuhada. Dia disina bersyukur dan masih lagi tahu menguruskan emosinya.

Nenek yang digambarkan dalam cerpen ini pula dilihat seorang tua yang mempunyai tahap kesedaran kopetensi kecerdasan emosi yang sederhana. Ketika dia marah, dia masih lagi boleh mengawal perasaannya dan tidak melakukan perkara yang melampai batas seperi yang dilakukan oleh Adam. Sebagai seorang yang berpengalam, nenek tidak lari dari mengalami konflik dalam menguruskan emosi. Dia dilihat begitu berharap dan mahu Adam pulang kerumah sehingga setiap tahun dia akan menunggu kepulangan Adam dengan menghidangkan makanan kegemaran cucunya itu. Sikapnya dilihat terlalu berlebihan dan agak menyakitkan dirinya sendiri bagi menghadapi kenyataan sebenar.

Kepelbagaian emosi bagi setiap watak dalam cerpen ini begitu menguji cara meguruskan emosi dengan tepat. Dapat dilihat, cerpen ini begitu harmoni kerana keseimbangan atau kewujudan emosi-emosi negatif dan positif yang dihadapi oleh watak-watak. Tahap kecerdasan emosi yang berbeza-bez antara watak meperlihatkan lagi keseimbangan dan keunikan jalan cerita cerpen Andai Mampu Ku Ubah Segalanya ini.


Penulis: ar-rifke
Sumber : ariedrifke.blogspot.com

KKE (REFLEKSI INTROSPEKTIF PERKEMBANGAN TAHAP KOPETENSI KECERDASAN EMOSI DIRI)

REFLEKSI INTROSPEKTIF PERKEMBANGAN TAHAP KOPETENSI KECERDASAN EMOSI DIRI.



Cerpen yang menarik ini semestinya memerlukan kebolehan yang tinggi dalam menguruskan kepelbagaian konflik emosi yang dihadapi oleh setiap watak. Sekiranya saya berada dalam situasi atau konflik yang dihadapi oleh watak-watak dalam cerpen ini, pasti saya akan cuba menguruskan emosi ini dengan sebaik-baiknya.

Jika saya berada di situasi Syuhada iaitu sebagai watak utama dalam cerpen ini, pasti berat beban yang perlu dipikul. Namun sebaik-baiknya ialah dengan mengikut cara dan langkah yang tepat. Ketika emosi marah melanda iaitu ketika Adam tidak mahu mendengar nasihatnya, saya akan bersabar dan berfikiran positif bahawa Adam akan berubah dan cepat insaf. Melalui cara ini, segala beban emosi tidak akan dirasai lagi. Perasaan bersalah yang dihadapi perlulah dibuang dan tidak lagi diingati. Perkara yang lepas, perlulah dibiarkan lepas dan yang akan datang perlulah dilalui dengan tabah. Jadikan semua yang lepas sebagai pengajaran. Emosi yang terlalu berharap juga akan saya buang kerana bermula dengan emosi berharap inilah nanti akan lahirnya satu emosi kekecewaan yang sangat perit untuk dirasa.

Pada situasi Adam, saya benar-benar perlu yakin pada Allah s.w.t dan terus bersabar dengan segala dugaan yang telah dihadapi. Emosi marah yang dirasai akan saya lepasakan dengan banyakkan berzikir dan banyak mengingatiNYA. Perkara yang sedih tidak akan saya ratapi tetapi akan saya redha atas kehendak tuhan yang mencipta alam ini. Kekecewaan yang dihadapi akan saya gunakan kaedah sublimasi iaitu akan saya lakukan perkara yang lebih bermanfaat dan akan mendatangkan juga faedah kepada orang lain agar kekecewaan saya terubat.
Sebagai Nenek yang banyak pengalaman, saya akan mengawal emosi marah saya dengan betul supaya Adam atau sesiapa sahaja tidak akan kecik hati. Oleh sebab itu, saya akan sentiasa berfikiran positif bagi mengawal emosi marah ini. Pengharapan saya yang tinggi kepad Adam untuk pulang pula akan saya tangguhkan hasrat itu atau redha dengan sikap Adam yang telah membawa diri serta redha dengan apa yang telah dan apa yang akan berlaku.

Kesimpulannya, jika saya berada dalam situasi-situasi watak-watak dalam cerpen ini, saya pasti akan cuba mengurus emosi yang di hadapi dengan sebaik-baiknya supaya satu hari nanti diri saya tidak akan mendapat kesan negatif dari tindakan yang saya lakukan dahulu ketika menguruskan emosi. Dengan cara ini, satu hidup yang sihat, aman dan damai akan dapat dirasai dengan sempurna.


Penulis: ar-rifke
Sumber : ariedrifke.blogspot.com

CerPen "Andai Mampu Ku Ubah Segalanya"




"Adam!,"
"Adam! Tunggulah!,"
"Apa lagi? Tolonglah. Jangan campur hal aku boleh tak?,"
"Baik kau masuk kelas. Kalau tak aku report kat Cikgu Hussein,"
Adam menoleh.
"Ada aku kisah? Reportlah. Aku tak hairan pun. Dia nak buat apa kat aku? Nak rotan aku? Aku tak heran. Nak maki aku? Aku tak kisah. Nak gantung sekolah aku? Nak buang sekolah? Lagi aku suka. Kau jangan menyibuklah perempuan. Kau ingat , kau pengawas, kuasa kau besar sangat ke? Nak marah-marah aku? Nak tengking-tengking aku? Aku tak heran!,"Adam menjerit kuat. Membuat Syuhada tersentap.
"Adam! Kau ni, tak sedar-sedar ke? STPM dah dekat sangat. Kau pula, asyik memonteng saja. Sedarlah sikit,"
"Hey! Perempuan. Ada aku kacau kau tak? Tak ada kan? So, kau jangan nak masuk campur urusan aku. Aku tak suka. Kalau kau nak report kat Cikgu bodoh perasan bagus tu, silakan. Aku tak halang. Pergilah. Jangan pedulikan aku," marah Adam dengan wajah yang memerah. Syuhada membalas renungan itu. Dia tidak akan mengalah. Tidak akan. Adam melangkah laju ke arah pagar sekolah.
"Aku jumpa nenek kau,"Syuhada menjerit agak kuat. Jeritan yang membuat langkah Adam terhenti serta merta. Segera dia berpaling dengan wajah yang menyinga. Perempuan ni, memang penyibuk!
"Kau ni kan..,"geram suaranya sambil jari telunjuknya menunding ke muka Syuhada.
"Adam!,"satu jeritan kuat dari belakang membuat dia menoleh. Muka Cikgu Hussein bagai singa lapar melangkah laju ke arahnya. Tanpa banyak bicara, kepala Adam ditunjal, membuat lelaki itu sedikit terdorong ke belakang. Syuhada kaku melihat. Adam pula tunduk menahan marah yang menggila.
"Kau ingat kau dah hebat sangat ke? Dengan perempuan pun kau nak ajak bertumbuk ya? Nak jadi samseng ya? Kalau dah rasa diri tu samseng sangat, berhenti sekolah. Jangan nak menyusahkan semua orang kat sekolah ni," bagai halilintar suara Cikgu Hussein, guru disiplin yang berhati beku itu menjerit. Membuat telinga Adam berdesing. Syuhada dapat melihat Adam mengenggam kuat jemarinya sendiri. Barangkali mencari sekelumit kesabaran menanggapi kemarahan Cikgu Hussein.
"Kau dengar tak? Aku dah lama sabar dengan kau ni, tahu tak?! Ini, apa kes pula ni? Nak memonteng?!,"
"Cikgu..,"
"Awak diam Syuhada. Saya bercakap dengan Adam!,"
"Hah! Sudahlah! Pergi jahanamlah dengan tengking kau! Pergi jahanamlah dengan marah kau! Aku dah bosanlah! Bosan! Dan, kau, Syuhada! Jangan masuk campur urusan aku!,"tiba-tiba Adam menjerit sama. Berlalu pergi meninggalkan Cikgu Hussein yang terdiam. Barangkali tergamam apabila ditengking pelajar sendiri. Syuhada turut diam. Rasa bersalah dengan salah faham yang berlaku. Tidak sepatutnya Cikgu Hussein memarahi Adam tanpa usul periksa.
"Doktor,"
Syuhada menoleh. Kenangan berlalu pergi.
"Ya. Ada apa?,"
"Patient katil 5 nak jumpa Doktor,"
"Nak jumpa saya? Kenapa?,"
Jururawat pelatih di hadapannya cuma menggeleng. Syuhada mengangguk perlahan. Hari pertama dia bertugas di sini, sudah ada pesakit yang ingin bertemu dengannya? Aneh. Dia memandang sekitar ruang wad. Entah kenapa berada di sini, membuat dia tiba-tiba teringatkan Adam. Lelaki itu menghilang bertahun- tahun lamanya. Entah ke mana, dia pun tidak tahu. Lelaki itu hilang bersama marah yang menggunung padanya. Kalaulah dia dapat berjumpa dengan Adam dan jelaskan segala-galanya.

*****************************************************************************************
Syuhada berdiri di tepi katil nombor 5. Semalam dia tidak sempat berjumpa dengan pesakit ini kerana ada panggilan kecemasan. Seorang bayi yang tidak berdosa menghembuskan nafas terakhir di hadapannya semalam. Sungguh memilukan dia menatap wajah bersih bayi yang menanggung dosa ibu atau barangkali bapanya. Menderita HIV positif sebaik dia mengenal dunia. Apalah salah bayi itu? Dia mengeluh perlahan. Membuang rasa sebak yang bertenggek di hati. Walau bertahun dia menjadi doktor, rasa sebak yang hadir bila berdepan dengan kes sebegitu tidak dapat dia elak.
"Selamat pagi," Syuhada menyapa pesakit yang sedang membelakanginya itu. Pesakit itu menoleh dan Syuhada mengerutkan kening memandang wajah cengkung di hadapannya. Dia kenal lelaki ini.
"Su,"lelaki itu bersuara pilu. Tidak! Dia kenal suara itu.
"Adam?,"soalnya separuh meneka.
Lelaki itu tersenyum sedikit. Namun, senyuman itu tidak dapat membasuh sejuta kedukaan yang terpancar jelas di wajahnya.
"Adam?,"sekali lagi Syuhada bersuara sambil terduduk di kerusi di sebelah katil Adam. Apa Adam buat di wad ini? Wad yang memang khas untuk penderita HIV/Aids. Tidak! Tidak mungkin.
"Kau apa khabar, Su?,"
Syuhada menatap wajah Adam yang cengkung. Berbezanya lelaki ini hari ini.
"Kenapa? Kenapa sampai macam ni, Adam?,"soal Syuhada seperti tidak dapat menerima kenyataan yang dia sedang berdepan dengan Adam. Memang dia ingin berjumpa dengan lelaki ini. Tetapi, bukan dalam situasi begini. Bertahun-tahun dia menunggu saat ini. Dan, ternyata apabila saat ini akhirnya menjelma, dia menjadi lebih sedih dari sebelumnya.
"Kau sepatutnya sudah dapat jangka akan bertemu aku di sini,"
"Aku cari kau. Aku tunggu kau,"
"Untuk apa, Su? Apa yang kau harapkan dari manusia tidak berguna seperti aku?,"
"Kau hukum diri kau sendiri. Kau terlalu mengikut kata hati. Kau pendendam,"
"Ya, aku tahu. Dan, aku dah dapat natijah dari sikap aku dulu. Aku terlalu mengikut kata hati. Betul kata kau. Aku pendendam. Juga betul kata kau. Tapi, kau tetap pentingkan aku. Tetap sabar merayu aku agar berubah. Kau sama dengan nenek aku. Tak tahu kenapa,sejak akhir-akhir ini, aku asyik teringatkan kau. Rupa-rupanya sebab kau sebenarnya berada terlalu hampir denganku,"Adam bersuara perlahan.
Syuhada tunduk. Kemudian dia mengangkat muka perlahan. Sedikit tersentap melihat ada air mata yang mengalir laju di pipi Adam. Kenapa lelaki ini menangis?
"Adam? Kenapa ni?,"
"Aku dah musnah Su. Aku kehilangan satu demi satu insan yang aku sayang,"
"Kenapa kau cakap macam tu?,"
"Aku rindu anak aku Su. Dia dah tak ada.,"Adam bersuara sebak sambil menyapu air mata yang menitis lagi.
Syuhada terpaku.
"Anak? Tak ada? Maksud kau?,"
"Dia pergi semalam. Kalaulah aku tidak ada penyakit ini, anak aku takkan mati Su. Sepatutnya aku bagi dia kebahagiaan. Sepatutnya aku bagi dia kasih sayang. Tapi, aku bagi dia penyakit maut. Aku bunuh dia..,"dalam esakan Adam meluahkan apa yang terbuku di hati. Dia perlukan seseorang untuk melepaskan segala seksaan yang ditanggung. Bertahun-tahun dia menangung segalanya keseorangan. Semenjak dia tinggalkan Syuhada, satu-satunya insan yang sudi menjadi pendengar setiap kisah dukanya. Juga satu-satunya wanita yang dia cintai Semenjak wanita yang dikahwini hanya kerana ada benihnya di rahim perempuan itu, pergi meninggalkannya untuk selama-lamanya sebaik Daniel mengenal dunia ini.
"Daniel?,"solaku putus-putus. Adam mengangguk. Oh Tidak! Daniel Adam yang ku pangku semalam rupa-rupanya milik Adam yang aku kenal ini. Air mata menitis perlahan. Terbayang wajah comel bayi lelaki berusia dua tahun itu. Sepatutnya anak sekecil itu girang melayan dunianya sendiri, bukan hidup sengsara berdepan dengan maut. Dan semalam, penderitaan anak kecil itu berakhir sudah.
"Aku rindu Daniel.. Su?,"
"Tuhan lebih sayangkan dia, Adam. Kau kena redha,"Syuhada bersuara setenang mungkin. Namun, dalam suara yang tenang itu, air mata laju merembes di birai mata. Kenapa jalan sebegini yang kau pilih, Adam? Padahal dulu, kau sudah berjanji akan tinggalkan segalanya dan mulakan hidup yang baru. Selepas menabur janji yang membahagiakan itu, lelaki ini terus hilang dari hidupnya. Sangkanya cuma satu, Adam marah melihat kemesraan dia dengan Faizal. Adam salah sangka dan pergi bersama salah sangka itu.
"Aku bersalah..,"
"Jangan salahkan diri sendiri, Adam. Kau musnah kerana kau tak sudah-sudah menyalahkan diri kau atas semua yang terjadi. Atas apa yang terjadi pada mak kau. Pada ayah kau. Juga pada nenek kau. Cukup-cukuplah tu,"
Adam diam. Termenung melayan air matanya yang tidak mahu berlalu pergi. Air mata pilu yang membasuh sejuta penyesalan yang tidak berkesudahan.

********************************************************************************************

"Nenek.. apa perempuan ni buat kat sini? Adam tak suka dia datang sini,"
"Adam.. tak elok cakap macam tu. Syuhada datang elok-elok. Kenapa nak marah -marah dia?,"
Adam merengus sambil membanting pintu sekuat hati.
"Adam!,"suara nenek sedikit meninggi. Mendengar suara itu, dia berpatah semula.
"Apa yang kau nak korek dari nenek aku hah?! Nak jaja cerita keluarga aku? Nak jadi spy Cikgu Syok Sendiri tu?,"
Syuhada terkebil-kebil menanggapi kemarahannya.
"Kau berambus dari rumah aku. Berambus!,"tengkingnya membuat Syuhada tersentak.
"Adam! Nenek tak pernah ajar kau jadi biadap macam ni!,"
"Dia datang cuma nak tahu kepincangan keluarga kita nek,"
"Aku datang sebab aku nak tolong kau. Kau marahlah aku. Kau tengkinglah aku. Kau buatlah apa yang kau suka. Aku tak akan mengalah. Aku akan tetap tolong kau,"Syuhada bersuara berani. Adam merenung tajam sepasang mata yang redup itu. Dan mata itu cukup berani menentang renungannya yang penuh kebencian. Dia tidak faham kenapa gadis ini terlalu degil. Sudah pelbagai cara dia gunakan untuk buat gadis ini mengalah. Namun, semakin dia memberontak semakin kuat pula keazaman gadis ini. Sudahnya dia terduduk di bangku di halaman rumahnya.
"Kenapa kau degil sangat?,"soalnya akhirnya. Dan, dia melihat segaris senyuman kemenangan di wajah Syuhada yang manis itu. Senyuman yang membuka kemuliaan gadis itu untuk menyelami kesengsaraan yang dia alami.
"Jauh termenung,"
Adam berpaling. Syuhada tersenyum dI tepi katil. Nampak sungguh manis dan bergaya gadis itu di dalam uniform doktornya. Dia gembira gadis ini menjadi seorang insan yang berjaya. Namun, di sebalik kegembiraan itu ada terselit sedikit bimbang. Bimbang dengan kedegilan Syuhada yang seperti akan berulang lagi. Dia mengukir senyum yang layu.
"Dah fikirkan?,"
Adam diam. Sudah menjangka soalan itu bakal keluar dari mulut Syuhada.
"Aku malu. Lagipun aku tak mahu menyusahkan sesiapa lagi. Biarlah aku habiskan sisa hidup aku di sini,"
"Kau tak tahu macam mana keadaan nenek. Dia tunggu kepulangan kau. Sama seperti aku menunggu kau,"
"Untuk apa aku pulang? Untuk menyusahkan dia lagi? Aku tak mahu Su, keadaan aku macam ni, aku tak akan mampu bahagiakan nenek,"
"Tapi, kau boleh hapuskan rindunya yang bertahun itu. Setiap saat dia menanti kepulangan kau. Rendang daging setiap tahun terhidang di meja bila hari raya. Sebab tak nak kau hampa kalau-kalau kau pulang tiba-tiba makanan kegemaran kau tu, tak ada. Aku kasihan tengok dia, Adam. Pulanglah. Dia sudah tak ada sesiapa lagi. Dia cuma ada kau,"
"Aku malu. Aku tak nak susahkan dia lagi,"
"Pulanglah ke kampung Adam. Nenek kau memang sedang tunggu. Aku dah ceritakan semuanya pada dia. Dia nak jumpa kau. Dia nak jaga kau,"
Air mata Adam menitis tiba-tiba. Sayu mendengar cerita Syuhada tentang nenek kesayangannya. Dia silap. Dia silap kerana terlalu menurut rasa marah. Kerana terlalu menurut rasa kecewa. Dia menjadi seorang yang gagal. Dan kegagalannya memalapkan hidup neneknya juga. Kalaulah dia menggunakan akalnya dulu, pasti saat ini dia mampu limpahkan sejuta kebahagiaan pada perempuan tua itu. Membalas limpahan kasih sayang yang tidak pernah surut padanya.
Dia marahkan sikap tidak bertanggungjawab ayahnya, dia marahkan ibunya yang tidak pernah mangambil berat tentangnya. Dia marah dengan hidupnya yang tidak pernah mengecap setitik bahagia sebagai seorang anak. Dia menjadi anak terbiar. Ayahnya leka di meja judi. Mabuk dan pulang dengan jerit pekik. Sedikit tidak kena, pasti berbirat tubuh ibu dan tubuhnya menjadi mangsa tali pinggang lusuh ayahnya yang keparat. Ibunya pula terus di buai keseronokan dalam mencari duit yang tidak tahu akan status halal haramnya. Dia tahu ibunya rela dalam terpaksa. Sikap ayah yang mengubah ibu jadi begitu. Menjadi pelayan di kelab malam di bandar. Cukup buruk reputasi keluarganya di mata masyarakat. Membuat dia menjadi canggung berdepan dengan teman-teman sekolah. Kata-kata penghinaan membuat dia suka memberontak. Kawan-kawan yang tidak jemu menjirus api kemarahan membuat dia menjadi pelajar bermasalah di mata guru disiplin. Dan, sikap Cikgu Hussein yang suka menghukum tanpa mengambil tahu siapa yang salah ,siapa yang betul lebih memburukkan keadaan. Dia benar-benar liar selepas itu.
"Adam..,"
Adam tersentak. Kenangan berlalu pergi. Dia pandang wajah Syuhada. Gadis inilah yang telah mengubahnya. Tidak jemu mendekatinya. Menasihatinya. Memberi semangat padanya. Perhatian yang membibitkan rasa sayang di hatinya. Namun, saat dia boleh lupakan segala kepahitan yang dia lalui. Saat dia menemui semangat untuk menjalani kehidupan yang baru bersama azam yang baru, penghinaan dan kata-kata amaran daripada ayah Syuhada menyentap segalanya. Terlalu kecewa dia dengan kata-kata orang tua itu.
"Kau jangan gangu anak aku. Aku tak suka Syuhada rapat dengan kau. Dia budak baik. Tak layak berkawan dengan budak hisap dadah macam kau. Bapak kaki judi. Kaki mabuk. Mak jadi pelayan jantan. Kau pula dengan perangai setan. Aku nak kau jauhkan diri dari anak aku. Aku tak tahu apa kau dah buat pada dia, sampai dia jadi macam ni. Yang aku tahu, mulai saat ini, bayang kau pun aku tak nak ada dekat dengan anak aku. Kalau boleh berambus dari kampung ni. Faham!,"
Dia pejamkan mata. Mana mungkin dia lupakan kata-kata dari ayah gadis yang amat dia sayang itu. Cukup terguris hatinya. Dengan rasa kecewa, dia membawa diri dan membiarkan kata hati menguasai dirinya. Terus hanyut di dalam hidup yang tidak ada masa depan. Menjadi hamba dadah selama bertahun-tahun, sehinggalah dia ada Daniel. Sehinggalah akhirnya dia kehilangan Daniel dan dia terlantar di sini.
"Adam. Janganlah fikir lagi. Pulanglah jumpa nenek,"
Adam terus membisu. Melayan perasaan bersama rasa bersalah yang tidak bertepi. Bersama rasa menyesal yang amat dalam, sehingga dia sendiri tidak menemui dasar noktah penyesalan itu.
*****************************************************************************************

"Kenapa kau degil sangat? Kenapa kau tak pernah berputus asa nak dekat dengan aku? Muka tembok ya?,"soalan itu pernah dia lontarkan dalam nada separuh bergurau setelah dia terpaksa mengalah pada kedegilan seorang Syuhada.
"Mungkin sebab kau ni, lelaki bertuah,"
Pendek sahaja jawapan yang gadis itu berikan bersama senyum keramat yang membuat hari-harinya menjadi cerah. Mungkin betul kata Syuhada. Dia seorang yang bertuah. Dan, permintaan tidak masuk akal dari gadis itu, benar-benar membuat dia yakin, sebenarnya dia memang sangat bertuah. Cuma dia lewat untuk menghargai apa yang dianugerahkan padanya. Permintaan Syuhada kali ini, benar-benar gila.
"Kita kahwin?,"
Dia ternganga mendengar cadangan dari seulas bibir yang manis itu. Syuhada menentang matanya menunggu jawapan. Dia tunduk. Kalah pada renungan Syuhada yang amat yakin. Yang amat berani. Dan seperti selalu, gadis ini cukup nekad.
"Kau gila Su,"
"Terserah kau nak cakap apa. Bertahun-tahun aku tunggu kau. Aku cintakan kau. Cinta yang tak pernah berkubur di hati ini,"
"Sejak bila?,"
"Sejak keras kepala kau tak pernah hilang untuk dengar setiap nasihat aku. Sejak aku lihat begitu banyak penderitaan yang kau pendam sendirian. Sejak aku lihat kasih sayang kau yang tak berbelah bagi pada nenek. Dan sejak kau sudi tersenyum berkongsi rasa dengan aku,"
"Tapi, akhirnya aku tetap kecewakan kau. Kecewakan nenek,"
"Lupakan semuanya. Kita kahwin dan aku akan jaga kau,"
"Aku, penghidap HIV positif. Dan sekarang aku menderita Aids. Kau jangan main-main Su,"
"Setiap apa yang aku cakap selama ni, ada ke yang aku main-main?,"
"Itulah yang membuat aku takut. Kau seorang yang nekad. Dan, nekad kau kali ni, menakutkan aku. Aku tak akan biarkan kau musnahkan masa depan kau semata-mata kerana aku yang memang sudah tidak punya masa depan ni. Kau berhak mendapat lelaki yang lebih baik. Aku tak layak langsung untuk kau,"
"Aku mahu jaga kau Adam. Aku mahu hidup dengan kau. Kau tak tahu betapa sepinya hidup aku bertahun-tahun bila kau tidak ada bersama aku. Aku rindu saat kita bersama,"
"Kau gila, Su,"
"Cinta tak pernah gila. Cinta cuma perlukan sedikit pengorbanan,"
"Ayah kau tak akan terima aku,"
"Aku yang hendak berkahwin. Tak mungkin dia boleh halang. Dia pernah pisahkan kita sekali. Aku tak akan biarkan semua tu berulang lagi,"
"Maksud kau?,"
"Ayah aku terlepas cakap bila aku beritahu aku nak kahwin dengan kau. Aku tak sangka, rupa-rupanya kau hilang kerana ayah aku. Kerana penghinaannya. Dia perlu tebus kesilapannya pada kau. Dia telah padamkan semua semangat kau untuk menjadi manusia. Kan?,"
"Itu bukan alasan untuk kau musnahkan masa depan kau. Aku tak akan setuju,"
"Kau tahu aku tak akan pernah mengalah,"
Adam mengeluh panjang. Terasa perit di dadanya. Perlahan dia bersandar ke katil. Batuk-batuk kecil sedikit mengganggu lamunannya. Dua hari Syuhada tidak muncul di hadapannya. Entah kenapa dia berasa lega bila gadis itu tidak muncul. Mungkin kerana dia takut dia akan kalah lagi pada Syuhada. Dia tidak mahu kalah kali ini. Kalau dia kalah, bermakna Syuhada akan musnah. Dia tidak mahu Syuhada menjadi isterinya walau cintanya menggunung untuk gadis itu. Saat ini, bukan lagi saat untuk dia menikmati kemanisan bercinta. Dia, cuma insan tidak berguna yang bakal mengharungi hari-hari terakhir sebelum dijemput ke alam yang kekal abadi. Dalam melayan batuknya, dia terpandang wajah Syuhada. Wajah itu nampak murung. Kenapa? Langkah gadis itu pun, sedikit lemah. Tercegat di hadapannya tanpa suara.
"Kenapa Su?,"soalnya perlahan. Syuhada nampak sedikit terganggu dengan soalan itu. Berdehem perlahan sambil melabuhkan punggung ke kerusi.
"Ayah kau,"
Adam diam. Sudah lama dia tidak mendengar perkataan itu. Malah dia sudah lupa pada perkataan itu.
"Ayah kau, Adam,"
"Kenapa dengan dia?,"soal Adam kaku.
"Dia dah tak ada. Dia diserang sakit jantung. Kau tak nak pulang uruskan jenazah dia? Nenek kau cakap dia nak uruskan pengebumian jenazah ayah kau. Pulanglah ya,"
"Dia bukan ayah aku. Dia pembunuh ibuku,"Adam bersuara tanpa perasaan. Syuhada menatap wajah lelaki itu. Masih ada sisa dendam di hati lelaki ini.
"Dia sudah pun mendapat hukuman atas perbuatannya. Sudah bertahun-tahun dia di penjara. Lupakanlah perkara yang sudah berlalu tu. Walau macam mana pun, dia tetap ayah kau. Satu-satunya anak nenek kau. Kasihan nenek menghadapi semua ini sendirian. Kalau kau ada, dia pasti lebih kuat. Kita balik ya?,"
"Aku tak boleh lupa apa yang dia buat pada mak aku. Apa salah mak aku sampai dia sanggup tikam mak aku berbelas kali? Berbelas kali, Su. Aku .. aku.. tak boleh lupa Su," tiba-tiba air mata menitis laju membasahi pipinya. Sukar untuk dia lupakan apa yang telah ayahnya lakukan dalam keadaan mabuk, bertahun-tahun yang lepas. Tidak dapat dia lupakan juga jeritan ibunya menahan kesakitan dan dia meraung kuat saat nyawa terpisah dari badan ibunya. Memeluk erat mayat ibunya yang kaku. Bapanya telah berjaya menambah satu lagi gelaran padanya. Anak Pembunuh!
"Kau belajar memaafkan. Itu saja yang boleh buat kau tenang,"
Adam diam sambil mengesat air mata dengan hujung selimutnya. Tidak ada kenangan manis rupa-rupanya di dalam hidupnya. Kalau ada pun cuma sedikit. Syuhada, nenek dan Daniel. Itu sahaja kenangan manisnya. Dan, semuanya cuma muncul untuk seketika. Hilang kerana kekhilafan dirinya. Salah siapa? Dia menangis lagi. Salah dirinya sendiri. Andai dia dapat melawan perasaannnya yang memberontak dan menggunakan akal yang dianugerahkan Ilahi, pasti dia boleh hidup bahagia bersama Syuhada saat ini. Membahagiakan nenek yang sudah tua. Dan mendengar hilai tawa anak-anak kecil seperti Daniel. Tetapi..
"Aku bodoh Su! Kenapa jalan ini yang aku pilih? Kenapa?,"
Syuhada diam sambil menahan air mata dari menitis. Sayu melihat keadaan Adam.
********************************************************************************************
Wajah tua itu basah dengan air mata. Memeluk tubuh kurus satu-satunya cucu yang amat dia rindui. Syuhada tunduk sambil menyapu air mata yang turut sama membanjiri pipi. Adam tersesak-esak di bahu nenek tua itu. Sekali lagi dia kalah pada Syuhada. Sekali lagi Syuhada mampu melembutkan hatinya.
"Kau ke mana cu? Kau tak ingat nenek ke?,"suara itu seperti belati yang hatinya.
"Maafkan Adam nek. Adam malu nak jumpa nenek. Adam takut nenek jadi bahan cemuh orang nanti,"
"Nenek dah lali dengan cemuh orang. Nenek tak kisah. Nenek cuma nak Adam ada dengan nenek. Kita dah tak ada sesiapa Dam. Cuma tinggal kita berdua saja,"
Adam leraikan pelukan yang erat. Memandang sekeliling halaman rumah yang sudah bertahun-tahun dia tingglkan. Tiada apa yang berubah.
"Adam.. berehatlah. Kau penat tu. Tolong uruskan pengkebumian ayah kau tadi. Pergilah rehat,"Syuhada bersuara memberi arahan. Sedikit risau melihat keadaan Adam yang lelah. Batuk lelaki itu juga sudah semakin menjadi-jadi. Dalam keadan yang lemah, Adam berkeras mahu menghantar jenazah bapanya sehingga ke liang lahad.
"Betul kata Su tu. Pergilah naik atas. Rehat,"
Adam menggeleng perlahan.
"Ada sesuatu yang aku nak cakap dengan kau,"ujarnya sambil menikam wajah Syuhada dengan renungannya yang redup. Syuhada mengerutkan kening. Menunggu bicara yang bakal keluar dari mulutnya.
"Aku sayangkan kau. Kau sahabat aku. Kau kekasih kau. Sejujurnya, dari dulu aku memang sentiasa mencintai kau. Hingga akhir hayat aku, perasaan itu tak akan berubah. Tapi, aku bukan manusia kejam yang sanggup nak musnahkan masa depan orang yang aku sayang,"
"Maksud kau?,"
"Kita tak akan kahwin,"
"Aku tak akan mengalah. Kau pun tahu kan?,"
"Aku tahu kau akan mengalah pada aku kali. Mungkin untuk kali pertama dan terakhir. Tapi, aku pasti kau akan mengalah.
Syuhada merenung wajah Adam tidak berkelip. Berdebar untuk mendengar kata-kata Adam yang seterusnya. Dan, nenek tua itu menjadi pemerhati bicara mereka berdua.
"Apa kau nak buat?,"soal Syuhada lambat-lambat.
"Pilihan untuk kau pilih,"
"Apa dia?,"
"Kita akan kahwin, tapi, aku tak akan berada di sini, bersama nenek. Kalau kau lupakan niat kau tu, aku akan berada di sini sehingga ke nafas terakhirku. Bersama dengan nenek. Pilihan di tangan kau,"
Syuhada terduduk. Sampai hati Adam memberi kata putus yang memedihkan itu dia memandang wajah tua nenek Adam yang terlalu mengharapkan kepulangan cucunya itu. Kenapa pilihan itu yang Adam berikan?
"Kau kejam,"
"Aku akan lebih kejam kalau aku ikut kata kau sekali lagi. Tempat kau bukan bersama dengan orang seperti aku,"
"Aku berhak tentukan apa yang aku inginkan dalam hidup aku,"
"Kau boleh tentukan apa yang kau mahu sekarang. Kahwin dengan aku. Atau melihat nenek gembira,"
Syuhada pandang wajah tua itu sekali lagi. Sudah pasti dia tidak sanggup melihat wanita tua ini kehilangan Adam lagi. Tapi, dia juga ingin memiliki lelaki itu. Ingin memiliki cinta Adam. Ingin menjaga Adam. Ingin menebus kesilapan yang ayahnya lakukan pada Adam. Ingin bersama Adam sehingga ke akhir nyawa lelaki itu. Pilu menyucuk dasar hati. Sampai hati Adam menolak dengan cara yang tidak dapat dia tewaskan lagi. Betul kata Adam. Kali ini dia kalah. Buat pertama kali Adam menang. Buat pertama kali juga dia kalah. Tanpa dipinta, air mata mengalir di pipinya. Dia mencari bahu nenek dan menghamburkan tangisannya di situ.
"Mungkin betul tindakan Adam tu cu,"
"Sampai hati dia buat saya macam ni, nek. Bertahun saya tunggu untuk bersama dengan dia,"
Air mata lelaki Adam sekali lagi menitis membasahi pipi mendengar rintihan gadis kesayangannya.
"Kemenangan aku kali ni.. Kekalahan kau kali ni.. semuanya demi cinta aku pada kau. Kau yang kata cinta memerlukan pengorbanan kan? Mungkin inilah pengorbanan itu,"
Syuhada tersedu lagi. Dia tidak sanggup menghadapi pengorbanan seperti ini. Dia bakal kehilangan lelaki ini sekali lagi.Tanpa sempat dia noktahkan dengan satu ikatan yang suci. Sampai hati Adam…..

TAMAT

PKK (PENGENALAN)



1.0 PENGENALAN

Sharifah A. Alsagoff(1987) dalam buku Mok Soon Sang(2009) menghuraikan psikologi perkembangan sebagai kajian terhadap faktor-faktor yang menentukan tingkah laku manusia dan perubahan kebolehan, personaliti, motivasi dan ciri-ciri sosial mengikut peringkat masa tertentu, dari masa pralahir(dalam kandungan) hingga dewasa.

Psikologi perkembangan kanak-kanak kepada guru atau bakal guru adalah satu perkara yang amat penting kerana melalui pembelajaran inilah guru-guru dapat memahami perkembangan fizikal, mental dan emosi muridnya demi membolehkan guru menyediakan rancangan mengajar yang sesuai dan berkesan. Kajian perkembangan kognitif murid-murid membolehkan guru menggunakan kaedah mengajar yang sesuai mengikut kebolehan mereka. Selain itu, kajian perbezaan individu ini juga akan memberi panduan kepada guru dalam mendisiplinkan murid-murid dengan lebih berkesan.

Secara holistiknya, kajian perkembangan kanak-kanak ini akan menjadikan guru lebih memahami perubahan personaliti dan konsep kendiri muridnya. Pelbagai isu dan maklumat akan dibincangkan secara lebih terperinci lagi nanti.


Penulis: ar-rifke
Sumber : ariedrifke.blogspot.com

PKK (PERKEMBANGAN KANAK-KANAK)

2.0 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK


2.1 KONSEP

Perkembangan ialah satu proses yang berlaku secara berterusan dari peringkat lahir hinggalah peringkat kematangan. Menurut Crow dan Crow, perkembangan merupakan perubahan secara ‘kualitatif’ serta cenderung ke arah yang lebih baik dari segi pemikiran, rohani, moral dan sosial. Menurut Karl E. Garrison pula, perkembangan terhasil daripada tindakan yang saling berkait antara perkembangan jasmani dan pembelajaran. Semua perkembangan itu, iaitu berbentuk struktur, kemahiran tingkah laku ataupun sahsiah, adalah mengikut beberapa aturan semula jadi dan sifat-sifat yang sejagat.

Secara ringkasnya, perkembangan juga boleh disifatkan sebagai pengaliran yang saling berkait antara perubahan kuantitatif dan perubahan kualitatif yang menuju ke arah tertentu. D.S. Wright dan Ann Taylor mentakrifkan perkembangan sebagai perubahan yang berlaku dalam warisan hayat (baka) dan organisasi kepada struktur organisma dalam keadaan yang saling berkait serta berhubung dengan pertambahan umur. Menurut Atan Long pula, perkembangan ialah perubahan kualitatif. Ia tidak dapat diukur secara kuantitatif tetapi jelas dilihat perubahan telah berlaku kerana sifat baru berlainan daripada peringkat yang lebih awal. Tambahan pula, perkembangan sentiasa berlaku secara berterusan dari permulaan percambahan hingga ke akhir hayat organisma. Ini bermakna, perkembangan bukan sahaja membawa sesuatu organisma ke peringkat yang lebih matang, tetapi perkembangan terus berlaku walaupun pada peringkat kematangan yang maksimum.

Kesimpulannya, perubahan itu bersifat kualitatif iaitu perubahan dari segi fungsi. Proses perkembangan membawa perubahan ke arah sifat-sifat yang sejagat serta mengikut aturan semula jadi Menurut kajian yang di buat oleh ahli psikologi, perkembangan manusia yang terdiri daripada aspek perubahan jasmani, kognitif, emosi, sosial dan rohani adalah dipengaruhi oleh 2 faktor utama iaitu faktor baka dan faktor persekitaran. 2 faktor utama ini dikaitkan dengan pertumbuhan iaitu perubahan fizikal tubuh badan manakala perkembangan pula pada asasnya ialah perubahan tingkahlaku mental individu.

Perbezaan antara pertumbuhan dan perkembangan sebenarnya dapat diterangkan melalui perbezaan beberapa aspek iaitu aspek jasmani, mental, emosi dan juga sosial. Jika dilihat dari aspek jasmani, pertumbuhan ditafsirkan kepada pertumbuhan saiz fizikal, berat badan, organ deria dan lain-lain. Manakala perkembangan pula ditafsirkan sebagai kemahiran menggunakan pertumbuhan fizikal seperti berjalan, berlari, menonton televisyen, mendengar muzik dan sebagainya. Perbezaan dari aspek mental bagi pertumbuhan boleh ditafsirkan sebagai peningkatan keupayaan berfikir manakala perkembangan mental bermaksud kemahiran berfikir, mengingat, mengira, menganalisis dan lain-lain.

Pertumbuhan dalam aspek emosi pula digambarkan sebagai perasaan seronok, gembira, duka, sedih dan sebagainya. Berbeza pula dengan perkembangan emosi, ia ditafsirkan kepada kemahiran untuk mengawal perasaan dalam pelbagai keadaan. Akhir sekali ialah perbezaan pertumbuhan dengan perkembangan dari aspek sosial. Bagi pertumbuhan, ia dilihat sebagai meluaskan komunikasi, perhubungan dan pergaulan dengan orang lain manakala bagi Perkembangan sosial pula, ianya ditaktifkan kemahiran mendisiplin dan penyesuaian diri dalam pergaulan dengan orang lain.








2.2 PRINSIP

Corak pertumbuhan dan perkembangan adalah sebenarnya sama sahaja tetapi kadarnya berbeza bagi setiap individu. Pertumbuhan juga berlaku hingga satu tahap tertentu sahaja dan akan mula berhenti dan merosot, tetapi perkembangan akan berlaku secara berterusan hingga akhir hayat. Menurut Mok Soon Sang(2009), pertumbuhan dikatakan berlaku dalam dua arah iaitu dari atas ke bawah dan dari tengah ke tepi. Perkembangan dan pertumbuhan ini sebenarnya adalah saling berinteraksi. Sebagai contohnya, pertumbuhan jasmani atau fizikal yang kurang sihat boleh menjejaskan perkembangan rohani, emosi dan sosial.

Perkembangan dan pertumbuhan sebenarnya boleh dibahagikan kepada beberapa peringkat seperti peringkat pralahir (prenatal) iaitu ketika dalam kandungan selama 9 bulan(sila rujuk gambar 1 dalam bahagian lampiran), peringkat bayi iaitu ketika berumur 0 hingga 2 tahun, peringkat awal kanak-kanak ketika berumur 2 hingga 3 tahun, peringkat pertengahan iaitu ketika kanak-kanak berumur 6 hinga 9 tahun, peringkat akhir kanak-kanak iaitu ketika berumur 9 hingga 11 tahun, peringkat awal remaja ketika berumur 11hingga15 tahun, peringkat pertengahan remaja iaitu ketika berumur 16 hingga18 tahun, peringkat akhir remaja ketika berumur 18 hingga 21 tahun, peringkat dewasa ketika berumur 21 hingga 60 dan peringkat tua selepas berumur 60 tahun keatas.

Menurut Haliza Hamzah(2009), prinsip asas perkembangan kanak-kanak terbahagi kepada lima. Prinsip pertama ialah “proses perkembangan yang berlaku mengikut aturan”. Contohnya ialah seorang bayi yang pada peringkat awalnya hanya duduk dengan bantuan, kemudiannya diikuti dengan merangkak. Selepas itu, kebolehan berdiri dan seterusnya berjalan. Perkembangan ini juga bermula daripada konkrit kepada abstrak dan hal ini dapat dilihat terutamanya dalam perkembangan kognitif dan bahasa.

Prinsip kedua pula ialah “perubahan yang berlaku dalam pertumbuhan dan perkembangan yang beransur daripada keadaan umum kepada objek yang lebih spesifik”. Contohnya, seorang bayi kecil hanya boleh memegang dan menggenggam objek dengan tapak tangan sebelum menggunakan jarinya. Hal ini dapat memperlihatkan pertumbuhan berlaku dengan otot-otot kasar sebelum beransur ke pertumbuhan otot-otot halus.

Prinsip seterusnya ialah prinsip “pertumbuhan dan perkembangan merupakan satu proses yang berlaku secara berterusan”. Hal ini telah berlaku dalam proses perkembangan kanak-kanak yang menambah kemahiran sedia. Kemahiran yang sedia ada padanya adalah satu asas untuk pencapaian kemahiran-kemahiran baru pada masa yang akan datang.

Prinsip asas yang keempat ialah “corak dan aturan perkembangan yang hampir sama namun kadar perkembangan manusia adalah berbeza bagi setiap individu”. Keadaan ini merujuk kepada perkembangan kanak-kanak itu pada satu jangkamasa dan usianya. Sebagai contoh, terdapat kanak-kanak yang boleh berjalan pada usia 10 bulan manakala ada yang dapat berjalan pada usia 18 bulan. Perkara ini adalah satu faktor yang membawa kepada perbezaan antara manusia yang kita dapat lihat di dalam sesebuah bilik darjah.
Prinsip yang terakhir ialah perkembangan yang bergantung kepada hasil interaksi antara kematangan dan pembelajaran. Kematangan adalah kemunculan potensi yang sedia ada di dalam diri seseorang individu, misalnya merangkak, duduk, berjalan dan kemudiannya berlari. Perkembangan ini biasanya dipengaruhi oleh genetik. Pembelajaran merupakan hasil latihan, proses peniruan, atau identifikasi serta memerlukan usaha.

Proses pembelajaran membolehkan seseorang itu mengembangkan potensi sedia ada di dalam dirinya. Sebagai contoh otot dan saraf anggota badan yang sempurna membolehkan seseorang itu berenang namum dia hanya boleh berenang sekiranya berlatih atau meniru beserta dengan usaha


Penulis: ar-rifke
Sumber : ariedrifke.blogspot.com

PKK FAKTOR-FAKTOR PERKEMBANGAN KANAK-KANAK)

3.0 FAKTOR-FAKTOR PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Mengikut kajian ahli psikologi, perkembangan kanak-kanak dipecahkan kepada 5 aspek iaitu aspek jasmani, kognitif, emosi, sosial dan rohani. Kelima-lima aspek ini pula adalah berasakn kepada 2 faktor yang utama iaitu dipengaruhi oleh faktor baka dan faktor persekitaran. Perkembangan ini biasanya dikaitkan dengan perkembangan atau perubahan fizikal tubuh badan. Ahli psikologi juga telah berpendapat bahawa tiada individu di dunia ini yang mempunya kadar perkembangan yang sama dan menjadikan faktor baka(nature) dan faktor persekitaran( nurture) sebagai penyebab ketidaksamaan kadar perkembangan individu.


3.1 BAKA (NATURE)


Baka ialah gen-gen yang diperturunkan melalui ibu bapa kepada anak-anaknya. Persekitaran pula merujuk kepada semua pengalaman luar individu tersebut. Kedua-dua faktor ini mempunyai ciri-ciri yang tertentu. Terdapat persamaan yang serupa bagi setiap pertumbuhan. Bagaimanapun, proses perkembangan setiap individu adalah berbeza. Perbezaan ini dapat dilihat melalui aspek fizikal, kognitif, emosi, sosial dan jasmani.

Pengaruh genetik atau baka keatas pertumbuhan dan perkembangan manusia ini sebenarnya dipelopori oleh Johann Gregor Mendel(1822-1889) di Austri. Menurut Norman L. Munn, dan Ee Ah Meng (1996) baka merupakan ciri-ciri yang diturunkan melalui ibu bapa kepada anak-anaknya melalui gen. Manakala R. Hilgard pula menyatakan bahawa baka ialah ciri-ciri biologi yang diturunkan melalui ibu bapa kepada anak-anaknya melalui gen. Amran Schienfed mengatakan bahawa baka menentukan persamaan antara ibu bapa dengan anak-anaknya, di kalangan ahli dalam satu kumpulan keluarga dari segi sifat-sifat seperti kebolehan , minat dan kawalan emosi.

Faktor baka atau nature lebih dikenali sebagai gen yang terdiri daripada nukleoprotein yang menentukan baka atau ciri keturunan. Kedudukan nukleoprotein terletak di atas lokus kromosom, yang berupa benang halus yang terdapat dalam nukleus sel sperma (jantan) juga sel ovum (betina). Mengikut kajian, kromosom mengadungi bahan DNA dan RNA dan masing-masing membawa gen-gen yang mengandungi sifat-sifat baka. Gen akan menguasai perkembangan manusia dan memberi sifat unik kepada setiap manusia.(sila lihat gambar 2 dalam bahagian lampiran). Tidak dinafikan bahawa pertumbuhan dan perkembangan individu dipengaruhi oleh faktor genetik individu tersebut. Sebagai contoh saiz dan bentuk badan, ketinggian, rambut dan warna.

Kajian ahli-ahli psikologi Galton(1865), Goddard(1890), Newman(1937) dab Sheldon(1962) telah membuktikan bahawa setiap individu mempunyai kecerdasan dan intelek yang berbeza. Perbezaan kecerdasan di antara individu boleh diperhatikan daripada prestasi pelajar dalam sesuatu kelas. Kajian ahli-ahli psikologi sering mengaitkan perbezaan kecerdasam individu dengan kecerdasan ibu bapa mereka. Biasanya, ibu bapa yang bijak pandai akan melahirkan anak-anak yang juga bijak pandai. Emosi seseorang juga diwarisi daripada baka ibu bapa. Misalnya, ibu bapa yang mempunyai emosi yang kurang stabil dan bersifat pemarah akan melahirkan anak yang agresif dan autokratik.






3.2 PERSEKITARAN (NURTURE)

Faktor kedua pula ialah persekitaran atau nurture. Faktor ini merujuk kepada keadaan semasa proses perkembangan kanak-kanak. Ini termasuklah pengalaman sebelum dan selepas lahir. Keadaan sebelum lahir merujuk kepada corak pemakanan, gaya hidup dan kesihatan si ibu. Keadaan selepas lahir pula adalah dipengaruhi oleh cara pemakanan, sosio ekonomi, tahap pendidikan, keluarga, rakan-rakan, ibadat, media dan persekitaran dunia.

Mengikut teori Ekologi Bronfenbrenner (1979,1989), menjelaskan bahawa perkembangan kanak-kanak merangkumi lima jenis sistem ekologi iaitu mikrosistem, mesosistem, ekosistem, makrosistem, dan kronosistem. Menurut Bronfenbrenner, kelima-lima sistem ekologi ini adalah mempengaruhi perkembangan kanak-kanak.

Mikrosistem merujuk kepada persekitaran terdekat dimana kanak-kanak lebih banyak menghabiskan masa dan interaksi secara langsung di dalam persekitaran itu. Sebagai contoh hubungan interaksi secara langsung antara kanak-kanak dengan ibu bapa, guru dan rakan-rakan. Orang-orang dalam mikrosistem ini memainkan peranan yang tidak kurang penting di dalam perkembangan kanak-kanak.

Mesosistem pula merujuk kepada kaitan antara perhubungan dengan 2 mikrosistem. Hal ini bermaksud satu mikrosistem boleh mempengaruhi interaksi dengan mikrosistem yang lain. Misalnya keadaan yang berlaku di rumah boleh mempengaruhi sikap atau tingkah-laku di sekolah dan sebaliknya. Mengikut Bronfenbenner juga, kanak-kanak yang diberikan galakan untuk berinteraksi dan berkomunikasi dalam mesosistem ini menunjukkan prestasi yang lebih baik daripada kanak-kanak yang kekurangan peluang.


Ekosistem merupakan pengalaman dengan persekitaran yang tidak melibatkan kanak-kanak secara langsung tetapi keputusan yang diambil dalam persekitaran tersebut memberi kesan kepada kanak-kanak tersebut. Misalnya sekolah dengan pasar raya. Kaedah pengurusan, kemudahan dan peraturan-peraturan yang dikuatkuasa oleh tempat membeli belah secara tidak langsung mempengaruhi perkembangan sosial kanak-kanak tersebut.

Makrosistem pula adalah perkembangan individu yang melibatkan norma-norma, nilai dan amalan masyarakat itu sendiri. Misalnya dalam sesetengah masyarakat, peranan jantina dititikberatkan (Santrock,2008). Di sesetengah negara, kaum lelaki diberi peranan yang lebih dominan dimana mereka diberi peluang pelajaran dan pekerjaan-pekerjaan yang penting.

Kronosistem pula melibatkan perubahan perkembangan dalam suatu tempoh masa. Sebagai contoh situasi kanak-kanak hari ini lebih berfokus kepada permainan-permainan komputer jika dibanding dengan kanak-kanak pada zaman dahulu kala yang lebih gemar bermain di persekitaran rumah.
Secara keseluruhannya, kelima-lima aspek ini adalah saling berinteraksi antara satu sama lain. Setiap unsur-unsur ini mempengaruhi perkembangan individu, maka setiap individu pasti mempunyai tahap perkembangan yang berbeza-beza.


Penulis: ar-rifke
Sumber : ariedrifke.blogspot.com

Share

Sebarkan.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More