Wednesday, April 28, 2010

FAKTOR-FAKTOR PEMBENTUKAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Idea membentuk FPK ini sebenarnya adalah pada 1979 iaitu selepas penerbitan Laporan Jawatankuasa Kabinet yang mengkaji pelaksanaan dasar kerajaan.
“Perkembangan ekonomi pada hari ini adalah pesat. Demikian juga dalam bidang sosial. ... kita berhadapan dengan pelbagai unsur dari dalam dan luar. ... kebanyakan daripada unsur ini adalah baik, tetapi ... yang didatangkan dari luar, yang tidak menyenangkan. Oleh itu, kita menghadapi satu cabaran lain. Iaitu pembangunan kemanusiaan.”
(Laporan Kabinet, 1979:226)


Penenkanan ini telah membawa kepada Penggubalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang dipengaruhi oleh beberapa faktor utama. Faktor pertama ialah faktor agama iaitu islam adalah agama rasmi negara kita. Walaubagaimanapun, agama-agama lain adalah bebas untuk dianuti. Unsur agama ini dapat dilihat dan dihayati dari FPK iaitu: “mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.”

Faktor kedua ialah faktor sosial dimana Malaysia ini adalah negara yang mempunyai pelbagai kaum. Keharmonian dan kemakmuran negara bergantung kepada amalan dan sikap hormat-menghormati antara satu sama lain. Bagi mencapai perpaduan yang diidamkan, sikap-sikap positif ini adalah amat penting. Penenkanan ini dapat dilihat dalam FPK iaitu: “memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.”
Bagi faktor politik, dapat dilihat dalam pembentukan ideologi negara, peranan politik ini amat penting. Bagi mencapai perpaduan kaum dan faktor-faktor lain, faktor politik inilah yang paling besar mempengaruhinya. Faktor keempat ialah faktor ekonomi iaitu rakyat Malaysia yang terlatih dalam pelbagai kemahiran dapat membantu negara memperkembangkan ekonomi dengan menngkatkan daya pengeluarannya. Tujuan ini dapat dicapai dengan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, bertanggungjawab dan berupaya untuk meberi sumbangan terhadap kemakmuran negara. Cita-cita ini ada terdapat dalam PFK.

Faktor individu adalah faktor kelima iaitu potensi individu dapat dikembangkan melalui proses pendidikan. Potensi individu ini meliputi aspek-aspek intelek rohani, emosi dan jasmani. Perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu akan menjadi insan yang seimbang dan harmonis. Insan yang seimbang dan harmonis sentiasa mengamalkan sikap bersyukur, sentiasa menikmati ketenteraman jiwa serta bersedia menghadapi cabaran hidup dengan tenang. Cita-cita melahirkan individu yang seimbang dan harmonis merupakan pernyataan utama dalam FPK

Faktor terakhir ialah faktor sejagat. Penggubalan FPK pula tidak terpisah dengan pengaruh perkembangan sistem pendidikan antarabangsa. Sehubungan dengan itu, idea-idea yang dihasilkan daipada seminar pendidikan antarabangsa pula membawa pengaruhnya keatas FPK. Misalnya, program pendemokrasian pendidikan, persarwajagatan pendidikan dan pendidikan seumur hidup dirancang oleh UNESCO dalam tahun 1980-an telah dimanifestikan dalam pernyataan FPK sebagai “Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan...”. ini jelaslah mencerminkan konsep pendidikan seumur hidup.

Penulis: ar-rifke
Sumber : ariedrifke.blogspot.com

2 comments:

terima kasih, nota yang berguna :-)

thanks . nota anda banyak membantu saya :)

Post a Comment

Share

Sebarkan.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More