Tuesday, July 20, 2010

FAKTOR FIZIKAL, KEMANUSIAAN DAN TEKNIKAL YANG MEMPENGARUHI PENGURUSAN BILIK DARJAH

FAKTOR FIZIKAL

a)SAIZ BILIK DARJAH
Ukuran bilik darjah yang dianggap sesuai untuk menampung 40 orang murid-murid adalah 7 x 9 meter atau diperbesar lagi.

b)SUASANA AM BILIK DARJAH
Bilik darjah dihias, ruang-ruang pembelajaran disediakan untuk mempamerkan hasil-hasil kerja murid, alat bantu mengajar, carta, keping gambar yang berwarna-warni,l model dan objek yang lain.
Papan kenyataan serta almari juga disediakan.

C)PERALATAN
Kerusi dan meja murid-murid, kerusi dan meja guru, papan kenyataan, juga rak-rak buku, almari dan bahan pengajaran dan pembelajaran.

D)KEADAAN CAHAYA DAN UDARA BILIK DARJAH
Mempunyai tingkap dan pintu yang mencukupi untuk membolehkan pengedaran udara yang secukupnya di dalam bilik darjah.
Cahaya yang cukup supaya tidak menjejaskan penglihatan murid-murid dan tidak menyebabkan mereka cepat berasa letih dan mengantuk.


FAKTOR KEMANUSIAN

A)KASIH SAYANG
guru perlu menyayangi kanak-kanak.

B)KEADILAN
Bersikap adil dan tidak pilih kasih. Semua murid dilayan secara saksama

b)DEMOKRASI
Guru tidak melantik ketua darjah tetapi meminta murid-murid memilihnya. Guru sanggup mendengar serta menerima pendapat yang baik daripada murid-murid.

c)BERTIMBANG RASA
Dapat membentuk murid yang bersikap sedemikian terhadap kawan-kawan mereka.

d)KELUCUAN
Guru yang bergurau dari semasa ke semasa dapat menghilangkan kebosanan murid.
Guru tidak boleh menggunakan sindiran terhadap murid-muridnya. Ini akan menyebabkan murid-murid berasa rendah diri atau terhina.


FAKTOR TEKNIKAL
Perkara yang terlibat adalah seperti kemahiran guru, computer, projector overhed, transparensi, slaid, pita rakaman dan sebagainya. Guru harus meningkatkan lagi kemahirannya.
Alat Bantu mengajar yang digunakan secara berkesan akan menyebabkan pengajaran-pembelajaran lebih bermakna, berkesan serta menarik.

0 comments:

Post a Comment

Share

Sebarkan.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More