Tuesday, July 20, 2010

PUNCA-PUNCA MASALAH DISIPLIN

a)DIRI MURID
Personaliti seseorang murid adalah berbeza
Murid kurang yakin dan mempunyai konsep kendiri akademik yang rendah

b)KAEDAH SERTA BAHAN PENGAJARAN YANG TIDAK SESUAI
Kebosanan disebabakan kegagalan guru menjadikan sesuatu aktiviti pembelajaran itu menarik, bersesuaian dengan masa, mencabar dan berkaitan.

c)KEADAAN FIZIKAL BILIK DARJAH
Bilik yang terlalu panas atau terlalu sesak, gelap atau cahaya yang tidak mencukupi, kerusi dan meja yang kurang sesuai akan mewujudkan masalah disiplin.
Bilik darjah tidak kondusif untuk proses pengajaran dan pembelajaran

d)SUASANA SOSIOEMOSI YANG KURANG SIHAT
Guru autokratik dan dominant akan mengakibatkan murid-muridnya sentiasa berada dalam keadaan emosi yang tertekan, bimbang serta takut pada gurunya.
Guru perlu menjejaskan keupayaan murid untuk menerima pelajaran yang disampaikan.
Corak persahabatan di kalangan murid tidak sihat maka wujudlah kelompok tertutup, pengasing, murid yang tersingkir dan sebagainya.

e)KESIHATAN MURID
Badan sihat otak cergas maka dapat memberi tumpuan penuh terhadap pengajaran guru.
Gangguan emosi, tidak cukup rehat akan menyebabkan murid berasa gelisah atau rimas.

f)KUALITI GURU
Guru yang berinisiatif serta kreatif, bahan serta alat bantuan mengajar akan menarik minat kanak-kanak.
Guru yang kurang tegas serta tidak tetap pendiriannya sukar mendapat penghormatan murid-murid.

g)PERSEKITARAN SEKOLAH
Bilangan murid yang ramai merumitkan guru mengawal disiplin murid-murid.
Kesannya - setengah-setengah murid tidak dilayani oleh guru.
Pihak sekolah yang amat menekankan peperiksaan, bentuk dan struktur ganjaran dan hukuman, sikap dan harapan guru, kesemuanya akan menggalakkan masalah disiplin di kalangan murid-murid yang lemah dari segi akademik.

h)KELUARGA
Ibubapa yang sibuk mengejar kekayaan, menghadiri majlis dan aktiviti sosial menyebabkan ibubapa tidak dapat memberikan perhatian yang sewajarnya kepada anak-anak mereka.

i)RAKAN SEBAYA
Interaksi rakan sebaya akan terbawa-bawa ke dalam bilik darjah.
Contoh, sifat-sifat social positif rakan sebaya juga akan menghasilkan seorang individu yang amat menekankan nilai moral dalam satu-satu masyarakat.

0 comments:

Post a Comment

Share

Sebarkan.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More