Harga Emas Terus Naik, Naik dan Naik!!

Semakin hari harga emas di pasaran dunia semakin naik. Percaya atau tidak dengan nilai emas yang semakin meningkat ini, ramai rakyat Malaysia bakal bergelar JUTAWAN!!! Anda Bagaimana?.

E-Book Tips Pelaburan Silver Ikram Adi!

Teknik Tukar Ganda yang ditunjukkan oleh Ikram Adi benar-benar telah membuka mata ramai pelabur perak yang mana menggunakan teknik ini kita akan dapat keuntungan yang maksima!!

E-Book Tips Pelaburan Emas Luar Biasa!

Teknik dan konsep asas pelaburan emas dalam ebook ini insyaAllah dapat membantu anda untuk mendapat keuntungan yang maksima!!

Pengiraan dan Cara Mengeluarkan Zakat Emas

Pengiraan Zakat Emas dan Cara Mengeluarkan Zakat EmasDalam kita melabur Emas ini kita seharusnya sedar bahawa mengeluarkan zakat adalah satu perkara yang wajib .

Friday, April 30, 2010

CABARAN PENDIDIKAN GURU , CABARAN BIDANG KEGURUAN

Cabaran Pertama:

Selepas tahun 2000, cabaran profesionalisme pendidikan guru semakin hebat apabila kerajaan memutuskan mata pelajaran Matematik dan Sains perlu diajar dalam bahasa Inggeris untuk tahun Satu, Tingkatan Satu dan Tingkatan Enam Rendah. Dengan perubahan ini, struktur kurikulum diubahkan sedikit dan guru-guru yang terlibat terpaksa mengajar dalam bahasa Inggeris. Jadi pelaksanaan ini dilaksanakan sepenuhnya pada tahun 2003.

Bukan mudah untuk memastikan pelajaran ini dijalankan secara berkesan. Dalam pengajaran ini khasnya Tahun Satu, guru-guru sekolah rendah diberikan kemudahan peralatan komputer untuk memudahkan teknik pengajaran. Sementara itu guru-guru yang sedang mengikuti program Diploma Pendidikan di maktab perguruan dan Sarjana Pendidikan di IPTA perlu menjalani kaedah pengajaran dalam bahasa Inggeris dan pensyarah juga perlu menggunakan bahan rujukan bahasa Inggeris dalam kursus-kursus tertentu. Dalam latihan pratikum, guru-guru pelatih perlu mengajar dalam bahasa Inggeris untuk matapelajaran Matematik dan Sains dan bukan lagi bahasa Melayu sebagaimana diamalkan sebelum itu.

Dengan pelaksanaan kaedah ini kerajaan mengharapkan pelajar-pelajar yang didedah dengan kemahiran pengajaran bahasa Inggeris dalam merentasi kurikulum Matematik dan Sains dapat menguasai bahasa Inggeris dengan lebih berkesan sama ada dalam penulisan mahu pun pertuturan. Sebagaimana yang kita tahu, banyak sumber dan ilmu dalam matapelajaran ini boleh diterokai melalui buku bahasa Inggeris.


Cabaran Kedua:

Dalam sistem pembelajaran pada hari ini boleh dikatakan semua dunia menggunakan sistem peperiksaan sebagai ciri-ciri asas untuk mengukur keupayaan dan kebolehan seseorang. Di Malaysia peperiksaan yang penting bagi peringkat sekolah rendah dan menengah ialah PMR, SPM dan STPM. Ketiga peperiksaan ini kesemuanya dianggap penting. Dengan kata lain ia dianggap too exam-orinted. Dengan pengkaedahan ini, semua murid atau pelajar diperlukan banyak mengingat sesuatu fakta, berkebolehan dalam menganalisis dan menyelesaikan sesuatu masalah untuk lulus sesuatu peperiksaan sama ada dalam SPM mahu pun STPM.

Secara terperinci bukan bermakna dengan sistem ini semua pelajar terpaksa mengingati kesemuanya tetapi ada tajuk-tajuk tertentu dalam sesuatu mata pelajaran memerlukan ketajaman, kecekapan otak serta kreativiti dalam menyelesaikan masalah. Dalam matapelajaran bahasa Inggeris dan bahasa Malaysia, sebagai contoh, keperluan dalam kebolehan mengeluarkan idea juga diutamakan. Boleh jadi pada masa hadapan kebanyakan sistem peperiksaan yang ada akan dinilai juga melalui penilaian dalam kerja-kerja kursus sebagaimana yang banyak dilakukan di sekolah-sekolah menengah USA. Dengan cara ini mungkin pelajar tidak terasa tertekan sangat di mana mereka terpaksa mengharapkan kepada penilaian dalam satu peperiksaan akhir sahaja.

Walau bagaiamanapun oleh sebab amalan terhadap pendekatan peperiksaan sudah lama dilaksanakan di Malaysia nampaknya ia sukar diubah dengan serta merta. Kajian yang mendalam perlu dibuat dengan berhati-hati. Tambahan lagi penilaian yang bergantung kepada kerja kursus mungkin dari segi pemberian markah tidak berapa tepat dan kemungkinan guru-guru suka memberi markah yang lebih tinggi kepada pelajar yang mereka sukai. Seterusnya untuk menilai kerja-kerja kursus, sekolah-sekolah memerlukan kemudahan komputer yang lengkap bagi membolehkan pelajar dapat membuat tugasan atau kerja kursus dengan baik. Sekiranya sekolah-sekolah di luar bandar masih lagi kurang kemudahan tersebut kemungkinan pelajar menghadapi masalah. Dengan pelajar yang begitu ramai setiap buah sekolah kemungkinan juga guru-guru yang terlibat dalam penilaian kerja-kerja kursus tidak mempunyai masa yang cukup untuk menilai kecekapan pelajar.

Sebelum kita menerima atau melalui satu dasar baru penilaian dalam sistem peperiksaan, kita seharusnya menerima dahulu hakikat bahawa sistem peperiksaan yang ada sekarang. Pelaksanaan atau pendekatan peperiksaan adalah satu pendekatan yang terbaik untuk melatih pelajar mendisiplinkan diri dengan latihan, hafalan, pembacaan dan juga perbincangan dengan kawan-kawan. Tanpa sistem peperiksaan yang dianggap formal mungkin pelajar tidak bersungguh-sungguh untuk belajar.

Jadi, tanpa penilaian melalui sistem peperiksaan teratur, kita tidak dapat menilai dengan tepat, kebolehan dan ketajaman otak pelajar. Jadi kebolehan pelajar yang berbeza-beza di seluruh Malaysia ini membolehkan pihak kerajaan mengagihkan mereka ke jurusan tertentu dengan adil berdasarkan pencapaian dalam peperiksaan. Dengan kata lain, kalau mereka mahu memasuki jurusan perubatan, tunjukkan bukti bahawa mereka berupaya dalam beberapa penyelesaian masalah dalam soalan Matematik Tambahan dan juga Sains yang dikeluarkan di dalam kertas peperiksaan SPM dan juga STPM



Cabaran Ketiga:

Cabaran ketiga ialah berkaitan pelaksanaan sistem meritokrasi.Jadi dalam perkembangan profesionalisme pendidikan guru pada masa kini memang guru-guru perlu bekerja keras untuk memastikan semua pelajar akan dapat mencapai keputusan yang cemerlang, kalau tidak pelajar tidak akan pergi melanjutkkan pelajaran ke mana-mana. Semenjak dasar meritokrasi yang diperkenalkan tahun 2002, pelajar terpaksa belajar bersungguh-sunguh khasnya semasa berada di Tingkatan Enam. Ia juga memberi cabaran kepada guru-guru, pihak sekolah dan ibu bapa juga sentiasa mengharapkan guru-guru yang berkualiti. Sebenarnya bukan senang bagi setiap orang pelajar mendapat peringkat Perincipal A/B untuk setiap mata pelajaran yang diambil. Begitu juga pelajar yang belajar di kelas Metrikulasi. Sebenarnya idea meritokrasi ditimbulkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Dr, Mahathir pada awal bulan Ogos 2001 bagi memastikan semua pelajar yang berkelayakan atau berkauliti sahaja diterima masuk ke IPTA (Mohd Salleh Lebar).

Dengan pelaksanaan meritokrasi selama dua musim menyaksikan setiap buah sekolah yang mempunyai Tingkatan Enam memerlukan guru-guru yang berkualiti dalam semua matapelajaran yang diajar. Pihak pengetua juga terpaksa menyediakan kemudahan yang cukup bagi memastikan semua pelajar Tingkatan Enam tidak menghadapi masalah dari segi pembelajaran. Jadi apa yang kita lihat selama dua tahun, menunjukkan kebanyakan pelajar yang diterima masuk adalah pelajar-pelajar yang mempunyai semangat belajar yang tinggi dan ada semangat bertanding yang kuat di kalangan pelbagai kaum. Tanpa semangat bertanding dalam semua lapangan, negara kita tidak akan maju. Jadi semangat inilah yang perlu disemai di kalangan pelajar dan peranan guru adalah amat penting. Jadi tugas ini bukan sahaja dipukul oleh guru-guru tetapi juga pensyarah di maktab perguruan khasnya yang menyediakan KPLI dan IPTA yang ada menyediakan Ijazah Sarjana Muda dengan Pendidikan.

Bagi guru-guru yang mengajar di Tingkatan Enam memang menghadapi cabaran yang kuat kerana pada peringkat ini kebanyakan pelajar adalah golongan remaja dan mereka terpaksa membentukkan sikap positif di kalangan pelajar. Mungkin ramai pelajar Tingkatan Enam, pencapaian mereka kurang baik sedikit daripada yang dapat memasuki ke kelas Matrikulasi. Pelajar Melayu yang dapat memasuki ke kelas Matrikulasi adalah pelajar yang terpilih dan mempunyai pencapaian yang tinggi khasnya dalam matapelajaran Sains, Matematik Tambahan, Perakauanan dan juga bahasa Inggeris. Sedangkan pelajar Melayu yang belajar di kelas Tingkatkan Enam, pencapaiannya adalah sederhana. Bagi sesetengah sekolah pula, terdapat kekurangan guru-guru Fizik dan juga Metamatik Tambahan. Sebenarnya apabila berlaku sebarang pertukaran di kalangan guru-guru Matematik dan Sains maka proses pergantiannya mengambil masa sedikit.

Penulis: ar-rifke
Sumber : ariedrifke.blogspot.com

Thursday, April 29, 2010

Spell Checker, Grammar Checker dan Banyak lagi!! English oH English..


Assalamualaikum..
Semua masyarakat di negara kita sudah mengetahui kepentingan bahasa Inggeris ini dalam dunia sekarang. Tanpa bahasa Inggeris ini, seseorang itu akan digerlar kurang dalam kemahiran bahasa dan semakin rendahlah daya saing seseorang individu itu. Hal ini menunjukkan bahawa kebolehan dalam berbahasa Inggeris menjadi pengukur kepada keupayaan dan daya saing seseorang.

Oleh sebab itu, institusi pendidikan negara kita tidak kira peringkat apa pun pasti akan menitik beratkan bahasa Inggeris ini. Ini dapat dilihat seperti usaha kerajaan dahulu memperkenalkan dasar PPSMI iaitu mengajar dan belajar sains dan matematik dalam bahasa inggeris. Selain itu, subjek-subjek di peringkat universiti juga sudah lama diajar didalam bahasa Inggeris. Ini menyebabkan ramai diantara kita berusaha untuk meningkatkan kemahiran dalam bahasa Inggeris seperti kemahiran bertutur, mendengar dan juga menulis. Semua ini memerlukan konsep asas seperti vocabulary yang banyak dan juga kefahaman "grammar" yang tinggi.

Bagi kemahiran mendengar, ianya hanya dapat ditingkatkan sekiranya vocabulary kita banyak dan terus meningkat. Oleh sebab itu, latihan mendengar seperti menonton movies dalam bahasa Inggeris tanpa subtitle merupakan satu latihan yang amat berkesan. Seterusnya, bagi kemahiran bertutur adalah lebih sukar dan menjadi masalah bagi ramai diantara kita. Antara perkara yang boleh dilakukan bagi meningkatkan kemahiran bertutur ialah dengan selalu bercakap dalam bahasa Inggeris. Tidak kira sama ada dengan rakan-rakan, dengan keluarga, dan lain lain lagi. Ini akan membantu kita dimana latihan yang berterusan sedikit sebanyak akan memberi keyakinan dalam diri anda untuk bertutr dalam Inggeris.

Kemahiran menulis pula memerlukan "grammar" yang betul- betul "master". Kesilapan grammar ini adalah perkara paling banyak dilakukan oleh kita. Jadi, pada hari ini aried ingin kongsikan kepada rakan-rakan semua 1 website yang begitu bagus dan telah aried gunakan sehingga sekarang dalam membantu penulisan Inggeris aried. Website yang aried maksudkan ialah website Spellchecker- Online Spell Check Form..

Website Spellchecker ini benar-benar membantu kita dimana antara bantuan yang diberikan ialah pengesan kesalahan menaip seperti salah ejaan perkataan.. Contohnya ejaan calculator daripada calcullator(yang asal). Selain pengesan kesalahan ejaan, website ini juga mampu mengesan banyak kesalahan grammar yang telah kita lakukan. Bukan sahaja mengesan, malahan jawapan atau penggunaan grammar yang betul juga turut dicadangkan. Ini sekaligus memudahkan kerja kita.

Perkara tambahan yang terdapat dalam website ini juga ialah 1 aplikasi untuk menukarkan beberapa perkataan kepada perkataan sinonim dengannya. Ianya dipanggil "Thesaurus". Aplikasi ini sebenarnya sangat membantu bagi menjadikan esei atau penulisan kita menjadi lebih sedap dibaca dan menggunakan ayat-ayat atau perkataan yang lebih "boombastic".

Akhirnya, walaupun pada mulanya penulisan Inggeris anda mungkin agar biasa sahaja. Namun selepas menggunakan spellcheker ini tidak mustahil penulisan anda akan menjadi penulisan yang terbaik dan sekaligus dapat meningkatkan kemahiran Inggeris kita

Penulis: ar-rifke
Sumber : ariedrifke.blogspot.com

Mahu Soalan Spot Falsafah Pendidikan, Dan Perkembangan Kanak-Kanak??

Assalamualaikum....
Tahun ini seperti biasa pasti akan ada setiap batch yang akan mengambil peperiksaan bagi subjek Wajib ini iaitu Falsafah Pendidikan dan Perkembangan Kanak-kanak, Kecerdasan Emosi, Murid alam belajar dan banyak lagi... Ha... Subjek ini memang diakui memerlukan kefahaman dan daya ingatan yang tinggi bagi menghafal teori-teori ataupun falsafah itu sendiri..

Jadi, apa yang perlu dibuat untuk menghadapi peperiksaan atau kertas subjek Falsafah Pendidikan dan Perkembangan Kanak-kanak ini??
Caranya mudah.. Cuba dapatkan soalan-soalan spot dari IPG-IPG lain yang mana yang menjadi penggubal kertas soalan... InsyaAllah pasti sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban pelajar untuk skor dalam peperiksaan...

Bagaimana?? Hm... Bagaimana soalan spot ini boleh membantu? Sudah pasti soalan spot atau JSU(jadual spesifikasi ujian) dapat membantu pelajar dimana pelajar dapat fokus kepada beberapa topik yang dianggap penting sahaja...

Dengan ini, jumlah perkara yang perlu dihafal atau dibaca dapat dikurangkan.. Oleh sebab itu, tidak mustahil untuk pelajar dapat skor didalam peperiksaan kerana mereka begitu fokus dalam mengingati beberapa topik sahaja...

Namun begitu, selalu sahaja berlaku dan kedengaran bahawa kerana mereka tidak begitu menekankan bahagian yang tidak termasuk dalam spot, akhirnya mereka gagal menjawab dengan tepat didalam peperiksaan.. Hal ini berlaku kerana biasanya spot ini mungkin dibuat oleh pelajar-pelajar yang berbincang sesama mereka, bertanya kepada senior mereka ataupun dengan pensyarah mengenai tips-tips atau penekanan yang perlu dibuat.. Oleh sebab itu, pasti akan berlaku perbezaan antara soalan Spot dengan soalan peperiksaan yang sebenar..

Akhir sekali, saya berpendapat bahawa tidak salah untuk para pelajar berbincang sesama mereka bagi membuat spot peperiksaan kerana ini sedikit sebanyak dapat membantu para pelajar dalam membuat ulangkaji.. Namun begitu, pastikan juga setiap topik lain juga dapat difahami dan diingati dengan sempurna...

p/s: Selamat menghadapi peperiksaan

Penulis: ar-rifke
Sumber : ariedrifke.blogspot.com

Wednesday, April 28, 2010

FAKTOR-FAKTOR PEMBENTUKAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Idea membentuk FPK ini sebenarnya adalah pada 1979 iaitu selepas penerbitan Laporan Jawatankuasa Kabinet yang mengkaji pelaksanaan dasar kerajaan.
“Perkembangan ekonomi pada hari ini adalah pesat. Demikian juga dalam bidang sosial. ... kita berhadapan dengan pelbagai unsur dari dalam dan luar. ... kebanyakan daripada unsur ini adalah baik, tetapi ... yang didatangkan dari luar, yang tidak menyenangkan. Oleh itu, kita menghadapi satu cabaran lain. Iaitu pembangunan kemanusiaan.”
(Laporan Kabinet, 1979:226)


Penenkanan ini telah membawa kepada Penggubalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang dipengaruhi oleh beberapa faktor utama. Faktor pertama ialah faktor agama iaitu islam adalah agama rasmi negara kita. Walaubagaimanapun, agama-agama lain adalah bebas untuk dianuti. Unsur agama ini dapat dilihat dan dihayati dari FPK iaitu: “mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.”

Faktor kedua ialah faktor sosial dimana Malaysia ini adalah negara yang mempunyai pelbagai kaum. Keharmonian dan kemakmuran negara bergantung kepada amalan dan sikap hormat-menghormati antara satu sama lain. Bagi mencapai perpaduan yang diidamkan, sikap-sikap positif ini adalah amat penting. Penenkanan ini dapat dilihat dalam FPK iaitu: “memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.”
Bagi faktor politik, dapat dilihat dalam pembentukan ideologi negara, peranan politik ini amat penting. Bagi mencapai perpaduan kaum dan faktor-faktor lain, faktor politik inilah yang paling besar mempengaruhinya. Faktor keempat ialah faktor ekonomi iaitu rakyat Malaysia yang terlatih dalam pelbagai kemahiran dapat membantu negara memperkembangkan ekonomi dengan menngkatkan daya pengeluarannya. Tujuan ini dapat dicapai dengan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, bertanggungjawab dan berupaya untuk meberi sumbangan terhadap kemakmuran negara. Cita-cita ini ada terdapat dalam PFK.

Faktor individu adalah faktor kelima iaitu potensi individu dapat dikembangkan melalui proses pendidikan. Potensi individu ini meliputi aspek-aspek intelek rohani, emosi dan jasmani. Perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu akan menjadi insan yang seimbang dan harmonis. Insan yang seimbang dan harmonis sentiasa mengamalkan sikap bersyukur, sentiasa menikmati ketenteraman jiwa serta bersedia menghadapi cabaran hidup dengan tenang. Cita-cita melahirkan individu yang seimbang dan harmonis merupakan pernyataan utama dalam FPK

Faktor terakhir ialah faktor sejagat. Penggubalan FPK pula tidak terpisah dengan pengaruh perkembangan sistem pendidikan antarabangsa. Sehubungan dengan itu, idea-idea yang dihasilkan daipada seminar pendidikan antarabangsa pula membawa pengaruhnya keatas FPK. Misalnya, program pendemokrasian pendidikan, persarwajagatan pendidikan dan pendidikan seumur hidup dirancang oleh UNESCO dalam tahun 1980-an telah dimanifestikan dalam pernyataan FPK sebagai “Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan...”. ini jelaslah mencerminkan konsep pendidikan seumur hidup.

Penulis: ar-rifke
Sumber : ariedrifke.blogspot.com

KONSEP DAN MATLAMAT FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Istilah falsafah berasal daripada dua perkataan Yunani iaitu philos dan Sophia. Philos bermaksud mencintai manakala Sophia pula bermaksud kebijaksaan. Kesimpulan yang dapat dibuat daripada makna kepada dua perkataan ini, falsafah dapat diertikan sebagai perihal mencintai kebijaksanaan.E.D Miller mengatakan falasafah boleh ditakrifkan sebagai usaha untuk berfikir secara rasional dan kritis terhadap perkara-perkara penting. Oleh itu, falsafah noleh diertikan sebgai satu usah untuk berfikir yang rasional dan kritis terhadap perkara yang penting mengenai pendidikan.

Antara tafsiran Sharifah Alawiah Alsagoff dalam bukunya falsafah Pendidikan ( 1984 ) ialah falsafah adalah pertimbangan asas dan andaian mengnai pertimbangan terhadap perkara yang penting. Baginya juga, falsafah memeprsoalkan prinsip-prinsip reality, ilmu dan nilai. Baginya juga, falsafh adalah cenderung mengumpulkan rumusannya kepada bentuk mazhab-mazhab atau sisitem-sistem pemikiran.

Oleh itu, falsafah dapat diertikan sebagai pemikiran atau pandangan yang benar, rasional dan bernas. Pemikiran atau pandangan ini dihasilkan daripada usaha kajian ahli falsafah dengan cara saintifik, sistematik dan logical. Tujuan falsafah ialah mencari dan membukti kebenaran dan memberi arah tujuan atau pedoman untuk perkara-perkara yang penting dalam kehidupan.
Seperti mana yang telah diketahui, matalamat sebenar FPK adah sangat jelas iaitu untuk menghasilkan individu secara menyeluruh, bersepadu, seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani. Matlamat ini sebenarnya adalah satu gabungan antara rukunegara, dasar ekonomi baru, dan dasar pendidikan kebangsaan yang mana ianya mempunya matlamat dan asas yang sama.

Penulis: ar-rifke
Sumber : ariedrifke.blogspot.com

IMPLIKASI FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN DALAM SISTEM PENDIDIKAN NEGARA

Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang telah diumumkan secara rasmi pada tahun 1988 telah dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti faktor agama, sosial, politik, ekonomi, individu, dan faktor sejagat. Faktor-faktor ini telah menjadikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan mempunyai matlamat-matlamat yang tersendiri untuk dicapai. Justeru itu, segala aktiviti, perancangan, dan pencapaian hendaklah selari dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan sememangnya telah memberi beberapa implikasi terhadap sistem pendidikan di negara kita seperti implikasi terhadap kurikulum sekolah yang merangkumi beberapa aspek seperti perubahan sukatan subjek pelajaran yang berteraskan kepada program bersepadu seperti Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM).
Selain itu, kurikulum sekolah juga dilihat telah mengalami perubahan dari segi bahan-bahan pengajaran yang lebih menitikberatkan nilai-nilai murni yang diserapkan kedalam semua subjek bagi mencapai matlamat untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis. Perubahan kurikulum sekolah juga dapat dilihat dalam sistem pendidikan negara kita yang mula berorientasikan ke arah pendidikan umum dan perubahan sukatan pelajaran yang sesuai bagi mengasah kemahiran pelajar dalam bidang teknologi, teknik dan vokasional.
Implikasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang seterusnya ialah terhadap pendidik iaitu perubahan peribadi pendidik selari pandangan dan visi positif dalam menjalankan tugas atau profession bagi mencapai tujuan dan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Selain itu, perubahan positif ini telah mengubah P & P pendidik seterusnya melahirkan pendidik yang inovatif, berpengetahuan luas, berakhlak mulia, dan berketrampilan.
Seterusnya ialah implikasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan terhadap institusi pendidikan di negara kita. Dalam institusi pendidikan sekarang, dapat kita lihat perubahan seperti perubahan kemudahan-kemudahan supaya para pelajar mendapat peluang bagi mengembangkan lagi potensi yang ada dalam diri mereka dari segi intelek, rohani, emosi, sosial dan jasmani secara seimbang.
Selain itu, akitiviti budaya sekolah juga mengalami perubahan untuk memupuk nilai-nilai murni dalam jiwa para pelajar. Perubahan iklim sekolah yang kondusif juga telah melahirkan para pelajar yang menghargai ilmu dan melahirkan budaya-budaya positif seperti budaya membaca di kalangan mereka.
Sebagai rumusannya, semua pihak memainkan peranan yang penting dalam menyusun atur strategi bagi mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan supaya memberi impak positif dalam perkembangan sistem pendidikan di negara kita ini.

Penulis: ar-rifke
Sumber : ariedrifke.blogspot.com

IMPLIKASI FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN DALAM SISTEM PENDIDIKAN NEGARA

Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang telah diumumkan secara rasmi pada tahun 1988 telah dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti faktor agama, sosial, politik, ekonomi, individu, dan faktor sejagat. Faktor-faktor ini telah menjadikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan mempunyai matlamat-matlamat yang tersendiri untuk dicapai. Justeru itu, segala aktiviti, perancangan, dan pencapaian hendaklah selari dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan sememangnya telah memberi beberapa implikasi terhadap sistem pendidikan di negara kita seperti implikasi terhadap kurikulum sekolah yang merangkumi beberapa aspek seperti perubahan sukatan subjek pelajaran yang berteraskan kepada program bersepadu seperti Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM).
Selain itu, kurikulum sekolah juga dilihat telah mengalami perubahan dari segi bahan-bahan pengajaran yang lebih menitikberatkan nilai-nilai murni yang diserapkan kedalam semua subjek bagi mencapai matlamat untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis. Perubahan kurikulum sekolah juga dapat dilihat dalam sistem pendidikan negara kita yang mula berorientasikan ke arah pendidikan umum dan perubahan sukatan pelajaran yang sesuai bagi mengasah kemahiran pelajar dalam bidang teknologi, teknik dan vokasional.
Implikasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang seterusnya ialah terhadap pendidik iaitu perubahan peribadi pendidik selari pandangan dan visi positif dalam menjalankan tugas atau profession bagi mencapai tujuan dan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Selain itu, perubahan positif ini telah mengubah P & P pendidik seterusnya melahirkan pendidik yang inovatif, berpengetahuan luas, berakhlak mulia, dan berketrampilan.
Seterusnya ialah implikasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan terhadap institusi pendidikan di negara kita. Dalam institusi pendidikan sekarang, dapat kita lihat perubahan seperti perubahan kemudahan-kemudahan supaya para pelajar mendapat peluang bagi mengembangkan lagi potensi yang ada dalam diri mereka dari segi intelek, rohani, emosi, sosial dan jasmani secara seimbang.
Selain itu, akitiviti budaya sekolah juga mengalami perubahan untuk memupuk nilai-nilai murni dalam jiwa para pelajar. Perubahan iklim sekolah yang kondusif juga telah melahirkan para pelajar yang menghargai ilmu dan melahirkan budaya-budaya positif seperti budaya membaca di kalangan mereka.
Sebagai rumusannya, semua pihak memainkan peranan yang penting dalam menyusun atur strategi bagi mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan supaya memberi impak positif dalam perkembangan sistem pendidikan di negara kita ini.

Penulis: ar-rifke
Sumber : ariedrifke.blogspot.com

PERANAN MRSM TAHFIZ ULUL ALBAB KOTA PUTRA DALAM MENJAYAKAN HASRAT FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA

Bagi mencapai segala matlamat yang perlu dicapai oleh negara kita, langkah awal perlulah bermula dari sistem pendidikan. Sistem pendidikan yang terancang dan teratur akan melahirkan masyarakat yang berilmu pengetahuan, beramal serta mempunyai wawasan yang jelas. Selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan, kesepaduan diantara pemerolehan ilmu pengetahuan, penguasaan kemahiran saintifik, dan pemupukan nilai murni perlulah dilaksanakan oleh guru dan setiap pelajar.
Semua ini menunjukkan bahawa bukan sahaja guru-guru yang berperanan dalam menjayakan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, tetapi murid-murid dan pihak kementerian pelajaran Malaysia juga sebenarnya memainkan peranan yang besar dalam menggapai hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Perkara ini penting kerana matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah matlamat yang amat besar iaitu untuk memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh bagi melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsiah. Falsafah Pendidikan Kebangsaan juga berperanan untuk meningkatkan kreativiti dan inovasi di kalangan pelajar, meningkatkan budaya ilmu, membudayakan sains dan teknologi, membudayakan pembelajaran sepanjang hayat, menyediakan sistem pendidikan yang lebih cekap, berkesan, dan bertaraf dunia, dan menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan.
Selaras kehendak kerajaan Malaysia dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini, sekolah saya iaitu MRSM Tahfiz Ulul Albab Kota Putra telah memainkan peranan penting bagi bersama-sama menjayakan matlamat-matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pelbagai aktiviti sukan, sistem pengajaran dan pembelajaran, program-program kemasyarakatan, dan pelbagai lagi telah di atur dengan begitu teliti bagi melancarkan semua urusan dan seterusnya membantu para pelajar mengembangkan potensi individu mereka.
Selama saya menimba ilmu pengetahuan di MRSM Tahfiz Ulul Albab Kota Putra itu, saya telah melalui dan melihat pelbagai aktiviti sekolah bagi bersama-sama memainkan peranan dalam mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan selaras dengan misi dan visi sekolah saya iaitu “Meningkatkan dan menambahkan bilangan pelajar yang cerdas dan cemerlang pencapaian akademik khususnya dalam bidang sains dan matematik serta bersahsiah tinggi dan cenderung ke arah keusahawanan” dan “menjadi pusat kecemerlangan bertaraf dunia dan berupaya menyediakan prasarana pendidikan yang mantap untuk melahirkan tenaga manusia yang berkualiti dan bijaksana ke arah pembentukan golongan profesional dan usahawan bumiputera pada zaman maklumat”.
Misi dan Visi ini jika dilihat pasti tidak lengkap tanpa objektifnya dan objektif-objektif penubuhan MRSM Tahfiz Ulul Albab Kota Putra ialah untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dalam akademik, cergas fizikal, sempurna sahsiah, berdaya saing, saintifik dan global. Objektif seterusnya ialah untuk mewujudkan suasana persekolahan yang kondusif dan memberangsangkan untuk pengajaran dan pembelajaran dan mewujudkan sistem pengurusan yang cekap. Objektif keempat ialah untuk melahirkan pelajar yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam teknologi maklumat serta cekap berkomunikasi dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Melahirkan pelajar yang boleh berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif serta memastikan seluruh warga MRSM menghayati dan mengamalkan budaya MRSM ialah satu objektif sekolah yang penting. Objektif pelengkap kepada semuanya ialah untuk melahirkan pelajar yang cinta akan agama, bangsa dan negara.
Menurut Sabri Mohamad Sharif(2009), beliau berpandangan bahawa perkatan “Ulul Albab” itu sendiri melambangkan pelbagai kriteria seperti generasi berakal fikiran, beroleh hikmah dan bertawaqal, orang yang bersungguh-sungguh menuntut ilmu, sentiasa merenung dan memikirkan kejadian alam serta sentiasa memilih kebaikan. Generasi Ulul Albab inilah yang ingin dilahirkan oleh MRSM Tahfiz Ulul Albab Kota Putra seiring dengan unsur-unsur Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Dalam mencapai misi, visi, dan objektif sekolah, pihak MRSM telah bertungkus lumus bagi mencapai hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang terkandung dalam misi, visi dan objektifnya. Antara aktiviti di MRSM Tahfiz Ulul Albab Kota Putra yang menjadi pemangkin kepada perkembangan potensi pelajar dari segi intelek ialah perlaksanaan program “Pesta Schoolwide Enrichment Module (SEM) Type 3” bagi pelajar tingkatan 5. (Sila lihat gambar 1 dalam lampiran.) Pesta SEM Type 3 ini sebenarnya satu perkara wajib bagi pelajar tingkatan 5 untuk memenuhi salah satu syarat bagi melayakkan diri mendapat sijil graduasi MRSM. Pesta SEM Type 3 ini sebenarnya satu program dimana para pelajar dipecahkan kepada kumpulan-kumpulan kecil yang terdiri dari 5 orang ahli dan mereka perlu mencipta satu rekaan sama ada berkaitan komputer, binaan bangunan, membuat kajian, mereka cipta ciptaan baru dan sebagainya. Program ini yang dipantau oleh seorang guru penasihat bagi satu kumpulan perlu menyiapkan hasil kerja mereka selama setahun dan perlu dibentangkan pada masa yang ditetapkan. Dorongan dari program ini menjadikan intelek para pelajar lebih terbuka dan masing-masing dilihat berlumba-lumba bagi mencipta kejayaan.
Selain itu, pihak sekolah juga banyak menyediakan program yang membantu perkembangan pelajar dari segi rohani dalam konteks kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Pihak sekolah telah mewajibkan setiap pelajar untuk solat secara berjemaah di masjid sekolah. Perkara yang lebih menariknya di MRSM Tahfiz Ulul Albab Kota Putra ini ialah pihak sekolah telah mengadakan program bacaan al-quran pada setiap petang iaitu sebelum waktu maghrib. Semua ini melatih para pelajar agak lebih rapat, percaya dan patuh kepada Pencipta Yang Maha Berkuasa.
Program hafaz al-quran di sekolah saya adalah satu-satunya program yang ada di seluruh MRSM. Program ini yang mewajibkan para pelajar menghafaz sehingga 6 juz surah al-quran bagi pelajar tingkatan 3 dan 10 juz bagi pelajar tingkatan 5 merupakan satu program yang dilihat pasti mengubah pandangan sesetengah pihak yang beranggapan pelajar-pelajar yang mempunyai intelek yang hebat adalah pelajar yang pencapaian rohaninya kurang.
Menurut Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Saifuddin Abdullah, pengambilan pertama pelajar Tingkatan Satu program berkenaan pada 4 Januari lalu membabitkan 186 pelajar yang terpilih daripada keseluruhan lebih 900 permohonan dari seluruh negara. Beliau berkata, dengan pengambilan itu, ia bermakna MRSM akan melahirkan generasi Ulul Albab pertamanya, apabila pelajar terbabit mencipta kejayaan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di samping menghafaz 30 juzuk al-Quran dalam tempoh lima tahun lagi. "Masanya sudah tiba untuk MRSM mengorak langkah melahirkan ilmuwan dan saintis Islam baru yang profesional, progresif dan futuristik. Mereka perlu benar-benar berwibawa untuk melahirkan pemikiran Islam dalam Sains dan bidang strategik yang berkaitan, iaitu dengan ilmu yang bersepadu, integriti murni dan kerangka yang perkasa.
Hal ini menunjukkan betapa komitednya MRSM Kota Putra dalam menjayakan dan mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Program ini yang dibantu oleh beberapa pakar dari luar dilihat berjaya membuka satu lembaran baru dan seterusnya membantu melahirkan rakyat Malaysia yang percaya dan patuh kepada Tuhan serta berakhlak mulia. (Sila lihat gambar 2 dalam lampiran.)
Melahirkan rakyat Malaysia yang dapat berketrampilan merupakan satu lagi tugas pihak sekolah yang amat mencabar. Bagi tujuan tersebut, pihak MRSM Tahfiz Ulul Albab Kota Putra telah mewujudkan beberapan badan yang dapat melatih para pelajar agak mempunyai sahsiah yang baik. Antaranya ialah Badan Wakil Pelajar(BWP) yang bertanggungjawab terhadap para pelajar serta membantu mengurus dan menjalankan pelbagai aktiviti MRSM. Sebagai BWP, segala masalah pelajar berhubung bidang kuasanya perlulah diselesaikan oleh mereka. Lembaga Disiplin Pelajar(LDP) turut dibentuk bagi membantu BWP dan guru mengawal masalah disiplin yang mungkin ditimbulkan oleh para pelajar. Badan-badan ini sebenarnya banyak membantu pelajar dalam mengenal erti tanggungjawab dan apa yang penting adalah salah satu langkah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berketrampilan.
Berasaskan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan dan mampu memanfaatkan ilmu untuk diri dan orang lain, sekolah saya telah mengadakan pelbagai program. Antara programnya ialah program mentor-menti iaitu program yang melibatkan guru memilih pelajar-pelajar yang cemerlang dalam setiap subjek untuk dijadikan mentor kepada para pelajar lain. Program ini dilihat sangat berjaya dari segi pencapaian akademik para pelajar dan dari sudut Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin melahirkan rakyat yang bukan sahaja berilmu tetapi mampu menyebarkan ilmu pengetahuan. Dari sudut perkembangan potensi individu pelajar, program ini mampu melahirkan para pelajar yang mempunyai intelek yang tinggi dimana mereka mampu menyebarkan ilmu yang ada kepada rakan-rakan.
MRSM Tahfiz Ulul Albab Kota Putra juga banyak membantu memperkembangkan potensi para pelajar melalui penganjuran ceramah-ceramah dan kem motivasi oleh pakar-pakar motivasi yang terkenal di Malaysia seperti Dr. Mohd Shukri Abdullah dan ramai lagi. Baru-baru ini juga angkasawan negara pertama negara kita telah datang ke MRSM Tahfiz Ulul Albab Kota Putra dan para pelajar telah mendapat peluang untuk berinteraksi bersama Dr. Sheikh Muszhaphar Shukor. Peluang sebegini sebenarnya banyak mempengaruhi para pelajar terutama melibatkan perkembangan intelektual mereka. (Sila lihat gambar 3 dalam lampiran.)
Antara perkara yang mungkin langsung tidak ada dalam sistem sekolah harian biasa berbanding MRSM ialah sistem pengajaran yang melibatkan praktikal secara kursus dalam pengajian agama islam bagi melahirkan belia yang berilmu pengetahuan, patuh kepada Tuhan, dan berakhlak mulia. Semua ini adalah seiring kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Perkara yang dimaksudkan ialah seperti praktikal menunaikan haji yang wajib dilakukan pelajar tingkatan 4 dan sembelihan binatang. Sebagai contoh praktikal menunaikan haji ialah para pelajar akan berpakaian ihram, bermula dengan niat ihram sehinggalah selesai kesemuanya.(Sila lihat gambar 4 dalam lampiran) Praktikal ini sebenarnya membantu para pelajar untuk lebih mudah mengingati pelajaran dan membentuk jiwa mereka agar terpaut dengan ajaran agama yang sebenar.
Dalam menjayakan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, perkembangan emosi individu amat penting dan perlu dititikberatkan. Keistimewaan sekolah saya disini ialah sistem MRSM yang mewajibkan adanya “Minggu Aktiviti” dalam satu semesta selama satu minggu. Pelbagai aktiviti dilakukan dalam Minggu Aktiviti ini seperti sukaneka, malam bakat, dan banyak lagi aktiviti-aktiviti menarik. Pada minggu ini, semua kelas akademik dibatalkan dan para pelajar benar-benar diberi peluang untuk berehat dan melapangkan dada mereka. Lawatan akademik ke pusat-pusat pengajian tinggi seperti Universiti Teknologi Petronas(UTP) juga merupakan salah satu aktiviti MRSM. Aktiviti ini banyak memberi pelajar pendedahan awal, memberi gambaran kepada pelajar tentang masa depan mereka serta menaikkan semangat para pelajar untuk belajar hingga berjaya ke menara gading. Semua input ini merupakan salah satu cara untuk MRSM melahirkan generasi mengikut kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan. (Sila lihat gambar 5 dalam lampiran.)
MRSM telah memainkan peranan yang penting dalam memperkembangkan potensi individu dari segi jasmani dan secara menyeluruh dan bersepadu. Seperti sekolah harian biasa, sukan tahunan merupakan salah satu aktiviti yang wajib para pelajar ikuti. Namun begitu, di MRSM para pelajar diwajibkan untuk beriadah pada setiap petang sama ada berlari, bermain permainan, dan banyak lagi aktiviti yang para pelajar boleh lakukan. Tujuan utama pelaksanaannya adalah untuk melahirkan para belia negara yang sihat dan serta membantu para pelajar lebih cerdas. Selain itu, kemudahan untuk beriadah yang lengkap banyak membantu serta memudahkan para pelajar untuk beriadah pada setiap petang.
Selain perlaksanaan tersebut, pada setiap bulan akan diadakan aktiviti senamrobik yang wajib untuk dihadiri oleh guru-guru serta para pelajar.(Sila lihat gambar 5 dalam lampiran) Kehadiran para guru bersama-sama pelajar banyak membatu memperbaiki hubungan dua hala mereka dan mengeratkan silatrurrahim. Semua ini selaras dengan kehendak Falsafah pendidikan yang mahu melahirkan insan yang seimbang dan harmonis. (Sila lihat gambar 6 dalam lampiran.)
Kesimpulan yang dapat dinyatakan disini ialah MRSM Tahfiz Ulul Albab Kota Putra telah memainkan peranan yang penting dalam menjayakan matlamat Falsafah Pendidikan Negara kita. Aktiviti yang telah dijalankan adalah berasaskan garis panduan Falsafah Pendidikan Negara sama ada dapat dilihat secara langsung atau tidak. Saya berharap sekolah-sekolah lain bersama-sama berkongsi ilmu dalam menggapai matlamat negara.


Penulis: ar-rifke
Sumber : ariedrifke.blogspot.com

UNSUR-UNSUR PENTING DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Falsafah Pendidikan Kebangsaan merupakan satu landasan negara kearah membentuk satu sistem pendidikan yang seimbang. Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menjadi asas dan sumber inspirasi kepada semua rangka kearah pembangunan pendidikan ini sebenarnya mempunyai beberapa unsur-unsur penting yang perlu difahami oleh setiap ahli masyarakat sama ada warga pendidik, para pelajar, mahupun sesiapa sahaja rakyat Malaysia.
Unsur yang pertama ialah “Pendidikan Suatu Usaha Berterusan”. Ungkapan “tuntutlah ilmu sampai keliang lahad” merupakan satu ungkapan yang sangat sesuai bagi menterjemah isi penting ini. Pendidikan merupakan satu proses yang berterusan sepanjang hayat iaitu bermula dari bayi sehinggalah kita meninggal dunia. Proses pemerolehan, pemindahan pengetahuan dan penerapan nilai-nilai murni dalam pendidikan merupakan satu perkara yang tidak dapat dipisahkan lagi. Pendidikan sudah bermula sejak kita berada dirumah lagi, seterusnya pendidikan secara formal di sekolah, institut pengajian tinggi dan sebagainya.
Jika dilihat dari perspektif lain, pendidikan suatu usaha berterusan ini membolehkan berlakunya perkembangan ilmu yang kritikal, seimbang dan mampu untuk melahirkan modal insan yang menjadi matlamat utama negara kita pada masa sekarang. Sehubungan dengan itu, pendidikan secara berterusan merupakan satu elemen penting dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Unsur kedua Falsafah Pendidikan Kebangsaan ialah memperkembang potensi individu. Potensi individu ini boleh dibahagikan pula kepada 4 iaitu unsur intelek, jasmani, emosi, dan rohani. Melalui pendidikanlah potensi individu boleh di perkembangkan dan di gilap. Unsur jasmani ialah unsur fizikal individu iaitu berkaitan anggota tubuh badan. Perkembangan dan kecerdasan fizikal amat penting untuk kecerdsan mental kerana ianya merupakan satu perkara yang amat berkait rapat. Unsur emosi pula ialah berkaitan dengan jiwa individu yang mana memberi kawalan kuat kepada semangat perpaduan dan sebagainya. Perkembangan emosi yang sempurna mampu untuk mengawal tingkah laku yang baik.
Unsur rohani pula merangkumi unsur berkaitan kalbu iaitu hubungan antara manusia dengan penciptanya. Unsur rohani ini lebih menjurus kepada amalan keagamaan. Unsur terakhir ialah unsur intelek iaitu berkaitan daya berfikir. Intelek penting kerana dengan unsur intelek, pelbagai masalah sukar dapat diselesaikan dengan tepat. Semua unsur-unsur ini membantu dalam perkembangan potensi individu dan menjadi asas kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Perkembangan potensi individu telah membawa kepada perkembangan unsur ketiga iaitu perkembangan potensi secara menyeluruh dan bersepadu. Perkembangan secara menyeluruh dan bersepadu ini merangkumi perkembangan individu yang maksima pada jalan atau cara yang tepat bagi membantu menggilap potensi yang ada dalam diri individu tersebut.
Unsur keempat ialah insan yang seimbang dan harmonis. Maksud seimbang dan harmonis disini ialah insan yang berilmu pengetahuan, mempunyai akhlak mulia, percaya dan yakin kepada tuhan, mempunyai jiwa dan fikiran yang tenteram, sihat tubuh badan, serta matang dari segi emosi dan sosialnya. Insan yang seimbang dan harmoni ini mempunyai jasmani, emosi, rohani dan intelek yang telah diperkembangkan secara kritikal dan bersepadu. Hal ini dapat dilihat dalam kehidupan harian atau tingkah laku individu yang bertanggungjawab, menghormati orang lain, mempunyai kesedaran kendiri yang tinggi dan mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan tenang dan cepat.
Unsur seterusnya iaitu unsur kelima ialah kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Perkara ini memberi penekanan kepada beberapa perkara penting seperti mengakui wujudnya Pencipta, mengakui manusi dan alam dijadikan oleh Pencipta, mengetahui tentang percaturan yang telah dilakukan oleh Tuhan, faham bahawa manusia dijadikan untuk menjadi khalifah di muka bumi ini dan bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukan, menjauhi kemungkaran dan melakukan kebaikan, mengikuti dan mengamalkan ajaran agama, dan yang terakhir sekali ialah sentiasa mengukuhkan kepercayaan beragama.
Rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan ialah unsur seterusnya iaitu unsur keenaam. Berilmu pengetahuan yang dimaksudkan disini ialah mereka yang sentiasa bersedia berkongsi ilmu dan menggunakan ilmu untuk manfaat bersama. Antara ciri-ciri individu yang berilmu pengetahuan ialah individu yang mencintai ilmu pengetahuan, minat mentelaah, berfikiran global, berusaha berkongsi ilmu dan menambah ilmu pengetahuan yang sedia ada.
Unsur yang ketujuah ialah rakyat Malaysia yang berketrampilan iaitu rakyat yang bukan sahaja berilmu pengetahuan, malahan rakyat yang mahir dalam melakukan tugasan dan mampu menjadi rakyat yang inovatif. Selain itu, rakyat yang berketrampilan juga merupakan rakyat yang melaksanakan amanah yang diberikan kepadanya dengan adanya kemahiran yang tepat dan bersesuaian dengan kehendak. Rakyat Malaysia yang berakhlak mulia merupakan unsur yang seterusnya dimana perkara utama yang dituntut adalah rakyat yang mampu untuk menilai mana satu yang baik dan mana satu yang buruk. Kebolehan berfikir jauh dalam menimbang kesan dan akibat sesuatu perkara dan yakin dalam perkara murni yang dilakukan merupakan ciri-ciri yang perlu ada dalam rakyat Malaysia yang berakhlak mulia.
Mengetahui tugas dan tanggungjawab merupakan amanah yang wajib dilaksanakan dengan sempurna merupakan ciri-ciri yang perlu ada dalam unsur ke sembilan iaitu unsur rakyat Malaysia yang bertanggungjawab. Undang-undang, perlembagaan negara perlulah dihoramati dan dipatuhi agar keamanan negara, perpaduan kaum dan kemasyhalatan masyarakat dapat dijaga dan diteruskan. Rakyat Malaysia yang mampu menikmati kesejahteraan diri iaitu yang berupaya menangani masalah hidup, mampu berfikir secara waras, mempunyai tubuh badan sihat dan mempunyai kemahiran dalam menjalin perhubungan yang baik dengan orang lain merupakan ciri-ciri bagi unsur kesepuluh.
Unsur yang terakhir iaitu unsur ke sebelas ialah rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan kepada masyarakat, agama, dan negara. Wujudnya rakyat Malaysia yang mampu memberi sumbangan akan membantu pembangunan negara dengan melahirkan keluarga yang harmoni dan mempunyai nilai-nialai murni seperti semangat kerjasama dan perpaduan. Perkara yang lebih penting ialah adanya rakyat yang mampu menguasai teknolongi dan ilmu-ilmu lain bagi memaksimakan pembangunan negara kita.
Kesimpulannya, bagi melahirkan modal insan yang seimbang dan harmonis, pencapaian dalam aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani perlulah dititikberatkan dahulu kerana 4 elemen inilah yang menjadi pemangkin sebenar dalam pembangunan modal insan selaras kehendak negara kita bagi mencapai Wawasan 2020.

Penulis: ar-rifke
Sumber : ariedrifke.blogspot.com

Monday, April 26, 2010

Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu

Perjanjian Persekutuan

Perjanjian Persekutuan telah digubal oleh Sidang Pleno Inggeris-Melayu sejak antara Jun-Disember 1946. Di akhir mesyuaratnya Sidang Pleno telah menghasilkan apa yang dikenali sebagai Blue Book setebal 100 muka surat.[1]

Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu telah ditandatangani pada 21 Januari 1948 di King House dan diumumkan oleh kerajaan British . Perjanjian ini ditandatangani oleh Raja-Raja Melayu, dan Sir Edward Gent, sebagai wakil Kerajaan British . Perjanjian ini adalah sebagai persediaan ke arah penubuhan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948. Perjanjian ini penting kerana ia memansuhkan Malayan Union dan menyatukan negeri-negeri Melayu dalam sebuah Persekutuan untuk pertama kali. Kedudukan Raja-Raja Melayu juga telah dikembalikan.

Antara 1946 - 1948, 11 negeri ini membentuk tanah jajahan British yang dipanggil Malayan Union. Disebabkan bantahan orang Melayu yang dipimpin oleh Dato Onn Jaafar, Malayan Union dibubarkan dan digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu, yang mengembalikan kedudukan simbolik raja-raja Melayu. Malayan Union dibubarkan secara rasmi pada 21 Januari 1948.[2]

Dalam Perjanjian Persekutuan ini, walaupun negeri-negeri Melayu menjadi negeri naungan British, Pulau Pinang dan Melaka kekal menjadi tanah jajahan. Seperti Malayan Union, persekutuan ini tidak dianggotai Singapura, yang sebelum ini dianggap sebagai sebahagian dari Malaya.

Persekutuan Tanah Melayu ini mendapat kemerdekaan daripada Negara-negara Komanwel British pada 31 Ogos 1957. Pada 1963, Persekutuan tanah Melayu bersama-sama dengan Singapura, Sarawak dan Borneo Utara (yang dinamakan semula sebagai Sabah) membentuk sebuah persekutuan baru bernama Malaysia. Singapura kemudiannya dikeluarkan dari Malaysia dan membentuk sebuah republik sendiri pada 9 Ogos 1965.

Ahli persekutuan

* Perlis
* Kedah
* Pulau Pinang
* Perak
* Selangor
* Negeri Sembilan
* Melaka
* Johor
* Pahang
* Terengganu
* Kelantan


Sistem kerajaan

Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu ini diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi British yang mempunyai kuasa-kuasa eksekutif dengan dibantu dan dinasihati oleh Majlis Mesyuarat Kerja Persekutuan Tanah Melayu dan Majlis Mesyuarat Undangan Persekutuan Tanah Melayu.

* Majlis Mesyuarat Kerja Persekutuan mengandungi 7 orang ahli rasmi dan 7 orang ahli tidak rasmi.

* Majlis Mesyuarat Undangan Persekutuan pula mengandungi Pesuruhjaya Tinggi sebagai Presiden Majlis, 14 orang ahli rasmi serta 50 orang ahli tidak rasmi yang mewakili Negeri-negeri Selat, golongan peniaga dan semua kaum. Selain daripada itu 9 orang Yang Di Pertua Majlis Mesyuarat Negeri, (Menteri Besar) dan 2 orang wakil dari Negeri-negeri Selat menjadi ahli tidak rasmi.

* Majlis Raja-Raja Melayu akan menasihatkan Pesuruhjaya Tinggi mengenai dasar imigresen.Residen British digantikan dengan seorang Menteri Besar di tiap-tiap negeri dalam Persekutuan.


Syarat kerakyatan

Syarat-syarat Kerakyatan di bawah Persekutuan Tanah Melayu ini diperketatkan lagi melalui kuatkuasa undang-undang dan naturalisasi secara memohon. Dengan kuatkuasa undang-undang mereka yang berikut secara otomatis boleh menjadi warganegara;

1. Rakyat kepada Sultan pada mana-mana negeri.
2. Rakyat British yang dilahirkan di Pulau Pinang atau Melaka dan telah tinggal dalam Persekutuan selama 15 tahun terus-mencrus.
3. Rakyat British yang dilahirkan di Persekutuan dan bapanya dilahirkan di Persekutuan atau tinggal selama 15 tahun terus-menerus.
4. Sesiapa juga yang dilahirkan di Persekutuan dan bertutur dalam bahasa Melayu serta mengikut adat istiadat Melayu dalam kehidupan sehari-hari.
5. Sesiapa juga yang dilahirkan di Persekutuan Tanah Melayu di mana kedua ibubapanya dilahirkan serta telah tinggal selama 15 tahun berterusan.

Melalui proses naturalisasi (secara memohon) pula seseorang itu boleh menjadi warganegara sekiranya;

1. dilahirkan di Persekutuan dan telah tinggal sekurang-kurangnya selama 8 tahun daripada 12 tahun di Persekutuan Tanah Melayu sebelum permohonan dibuat dan
2. Telah tinggal di Persekutuan selama 15 tahun daripada 20 tahun sebelum ia membuat permohonan.

Dalam kedua-dua perkara itu (melalui proses naturalisasi) pemohon- pemohon mestilah berkelakuan baik, bersumpah taat-setia dan menjelaskan tujuannya hendak menetap di Persekutuan, dan mengetahui bahasa Melayu dengan baik atau bahasa Inggeris dengan baik.

Persekutuan Tanah Melayu melalui perlembagaannya menjamin hak-hak dan kedudukan istimewa orang-orang Melayu serta hak, kuasa dan kedaulatan Raja-Raja Melayu di negeri masing-masing.

Majlis Mesyuarat Undangan Persekutuan Tanah Melayu

Dewan Perundangan Persekutuan Tanah Melayu mengadakan persidangan pertama di Dewan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur pada 1948. Ia dirasmikan oleh Pesuruhjaya Tinggi British Sir Edward Gent. Turut hadir ialah Menteri Negara bagi Hal Ehwal Tanah Jajahan, Lord Listowel. Dewan Perundangan Persekutuan itu adalah termaktub dalam Bahagian Empat, Perlembagaan Persekutuan 1948. Ahli majlis mestilah terdiri daripada :

1. Pesuruhjaya Inggeris sebagai Presiden
2. 3 orang Ex-Officio iaitu Ketua Setiausaha, Setiausaha Kewangan dan Peguam Negara
3. 11 orang ahli rasmi
4. 34 orang ahli tidak rasmi.

Semua ahli majlis itu kecuali ahli Ex-Officio mestilah warganegara Persekutuan Tanah Melayu ataupun rakyat British. Dalam tahun 1948 terdapat :

1. 28 orang wakil Melayu termasuk semua Menteri Besar
2. 14 orang wakil Cina
3. 6 orang wakil India
4. 14 ahli bangsa Eropah yang menjadi ahli rasmi.


* Setiausaha Negara A.T. Newboult ialah orang yang pertama berucap
* Dato' Onn Jaafar selaku wakil orang-orang Melayu
* Dr. Ong Chong Keng selaku wakil orang-orang Cina
* S.B. Palma wakil orang-orang India
* Lord Listowel selaku wakil Raja Inggeris
* Presiden Sir Edward Gent.

Dato' Onn Jaafar menegaskan bahawa rakyat Persekutuan Tanah Melayu tidak ingin melihat campurtangan dan kuasa luar dalam hal ehwal Persekutuan Tanah Melayu. Wakil orang-orang Cina pula menjelaskan bahawa orang-orang Cina akan taat setia kepada Persekutuan Tanah Melayu. Dalam Persidangan Dewan Perundangan Persekutuan yang pertama ini beberapa Jawatankuasa kecil telah dibentuk iaitu :

* 'Standing Committee On Finance'
* Jawatankuasa Pemilihan
* Jawatankuasa Keistimewaan.

Persidangan pertama itu telah meluluskan Rang Undang-Undang Perbandaran Kuala Lumpur, Rang Undang-Undang Pemindahan Kuasa dan Rang Undang-Undang Peminjaman dan Hutang. Dalam persidangan itu, wakil-wakil tidak rasmi yang baru telah menunjukkan kebolehan yang baik dalam perbahasan di Dewan tersebut. Dengan cara inilah pihak kerajaan Inggeris membimbing warganegara Persekutuan Tanah Melayu untuk terus maju ke arah berkerajaan sendiri dan mencapai kemerdekaan

Pendaftaran PKMM ditolak

Pada 1950, Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu menolak pendaftaran Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) sebagai sebuah parti politik yang sah. PKMM mempunyai dua sayap iaitu Angkatan Pemuda Insaf dan Angkatan Wanita Sedar. Asalnya PKMM tidak condong kepada komunisme. Setelah Mokhtaruddin Lasso dilantik sebagai presiden PKMM yang pertama pada bulan Oktober 1946, parti ini dipengaruhi oleh komunis. Kesatuan Melayu Muda (KMM) bergabung dengan PKMM, dan Dr Burhanuddin Helmi menjadi presiden PKMM yang kedua.Dr Burhanuddin membawa PKMM ke arah pembentukan Melayu Raya iaitu gabungan Indonesia dan Tanah Melayu. Pada Disember 1947, Ishak Haji Mohamed menjadi presiden PKMM ke-3 dan PKMM beralih dari komunisme kepada nasionalistik. PKMM cenderung anti-UMNO dan anti penjajah.PKKM menubuhkan Pusat Tenaga Rakyat atau singkatannya PUTERA iaitu gabungan Parti-parti Politik radikal Melayu dan kemudian bergabung pula dengan All-Malaya Council of Joint Action atau AMCJA yang menentang habis-habisan Perjanjian Persekutuan 1948 bagi penubuhan Persekutuan Tanah Melayu. PKMM menuduh pegawai-pegawai yangf dilantik dalam Persekutuan Tanah Melayu sebagai 'boneka', menari mengikut rentak 'Pejabat Jajahan'. Bagi PKMM tidak ada unsur "menyediakan Tanah Melayu sebagai kerajaan yang demokratik".

Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Persekutuan_Tanah_Melayu

Dasar Pecah dan Perintah

Jurang perbezaan ekonomi dan sosial kalangan kaum di Malaysia sering dikatakan akibat dasar pecah dan perintah (devide and rule) oleh penjajah Inggeris. Terdapat dua keadaan yang memungkinkan keadaan ini:

1. Inggeris sengaja memisahkan kaum-kaum bagi mengelakkan dan menyekat sebarang usaha penyatuan yang membawa risiko penentangan terhadap penjajahan.

2. Inggeris perlu mengekalkan penduduk peribumi di kampung-kampung serta mengekalkan aktiviti pertanian orang Melayu bagi memastikan bekalan makanan penduduk Tanah Melayu tidak terjejas. Tindakan membawa masuk pekerja asing adalah bagi mengelakkan penduduk pribumi meninggalkan aktiviti pertanian.

Peranan Dasar Ekonomi Baru dalam usaha pihak kerajaan untuk mencapai matlamat integrasi nasional

1. Mewujudkan peluang pekerjaan untuk semua golongan terutama yang menganggur.

2. Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara semua kaum dan antara kawasan (bandar dan luar bandar).

3. Memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat melalui pelajaran, latihan, kesihatan, kemudahan infrastruktur dan lain-lain.

Kesan Dasar Pecah dan Perintah

1. Penduduk Melayu telah dibiarkan di kawasan pedalaman untuk mengerjakan sektor pertanian tradisional.

2. Kaum Cina ditempatkan di bandar dan lombong bagi menjalankan aktiviti perniagaan dan perlombongan.

3. Kaum India ditempatkan di estet untuk mengerjakan ladang-ladang British.

Oleh kerana petempatan dan kawasan tumpuan mereka dalah berbeza, maka tidak wujud interaksi antara tiga kaum utama ini. Melalui dasar ini British telah melairkan perasaan prasangka dan memperkukuh keperibadian setiap kumpulan etnik yang terus menjarakkan jurang perpaduan antara kaum.

sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Dasar_Ekonomi_Baru

DEB, Dasar Ekonomi Baru

Dasar Ekonomi Baru (DEB) merupakan satu program sosioekonomi di Malaysia yang diperkenalkan pada tahun 1971 oleh Perdana Menteri Tun Abdul Razak Dato' Hussein. Matlamat tersurat DEB adalah untuk mencapai perpaduan negara dan integrasi nasional dan ia telah digubal dalam konteks strategi serampang dua mata untuk:

* mengurangkan dan akhirnya membasmi kemiskinan dengan meningkatkan pendapatan dan menambah peluang-peluang pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum; dan
* mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat Malaysia untuk memperbetulkan ketidak seimbangan ekonomi supaya dapat mengurang dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.

Dasar ini telah digantikan dengan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) pada 1991. Walaupun begitu elemen-elemen dasar ini masih lagi wujud dan akan diganti secara beransur-ansur apabila bumiputera sudah mempunyai keyakinan diri.

Latar belakang

Perlaksanaan dasar pecah dan perintah Inggeris telah mengeruhkan perpaduan masyarakat di Tanah Melayu. Pengelasan kaum merujuk pekerjaan dan sistem pelajaran yang berbeza mengelakkan interaksi antara penduduk di Tanah Melayu yang terdiri daripada 3Teks kod rumpun utama iaitu bangsa Melayu, Cina dan India. Melalui dasar ini orang Melayu kebanyakannya menetap di kawasan luar bandar (kampung) dan bekerja sebagai nelayan dan petani, orang Cina menetap di kawasan bandar dan kawasan perlombongan serta bekerja sebagai peniaga dan pelombong bijih timah, manakala orang India kebanyakannya tinggal di kawasan ladang-ladang dan bekerja sebagai buruh, secara tidak langsung telah mewujudkan perasaan curiga mencurigai antara satu sama lain yang merupakan bom jangka yang menjadi teras peristiwa 13 Mei 1969.

Peristiwa berdarah yang berlaku pada 13 Mei 1969 telah mendedahkan manifestasi sebenar perasaan tiga etnik yang terbesar di Malaysia. Semenjak negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, didapati bangsa Melayu masih tertinggal jauh dari segi penguasaan ekonomi dan pendidikan di Tanah Melayu memandangkan majoriti orang Melayu tinggal di luar bandar. Manakala orang Cina pula lebih terkehadapan dengan menguasai bidang perniagaan dan bidang ekonomi lain memandangkan mereka tinggal di kawasan bandar dan menguasai kawasan perlombongan. Lantas timbul kesedaran di kalangan orang Melayu yang dapat merasakan bahawa mereka telah tertinggal dan tertindas di bumi sendiri akibat kemiskinan. Bagi masyarakat Cina dan India pula, mereka bimbang tentang syarat-syarat hak kerakyatan walaupun sebahagian daripada mereka telah bersedia untuk menumpahkan kesetiaan kepada Tanah Melayu.

Semenjak pendudukan Jepun pada perang Dunia Kedua, pihak Jepun mengamalkan dasar yang anti-Cina dan pro-Melayu telah membangkitkan kemarahan dan prasangka orang Cina terhadap orang Melayu. Apabila Jepun menyerah kalah dan sebelum ketibaan Inggeris, orang Cina yang kebanyakannya merupakan anggota Bintang Tiga (Parti Komunis Malaya) telah mengambil kesempatan untuk membalas dendam. Turut memburukkan keadaan adalah kerana, kebanyakan orang Cina menganggotai Parti Komunis Malaya manakala Orang Melayu kebanyakan menganggotai pasukan keselamatan ketika zaman darurat pada 1948–1960.

Penyingkiran Singapura dari Malaysia pada tahun 1965 akibat konsep "Malaysia untuk orang Malaysia" yang yang secara tidak langsung turut mempertikai kedudukan dan hak istimewa orang Melayu telah diapi-apikan oleh Lee Kuan Yew menyemarakkan perasaan anti-Cina dan anti-Melayu. Kejadian-kejadian tersebut akhirnya menyebabkan berlakunya peristiwa berdarah pada 13 Mei 1969. Ia telah mengorbankan banyak nyawa dan harta-benda adalah manifestasi hubungan antara kaum di Tanah Melayu yang sememangnya retak menanti belah. Peristiwa 13 Mei 1969 berlaku sebaik sahaja keputusan pilihan raya umum 1969 diketahui.

Kacau bilau dan pertumpahan darah yang berlaku pada 13 Mei 1969 itu telah memaksa kerajaan untuk mengisytiharkan perintah darurat. DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ketika itu dan atas nasihat Perdana Menteri dengan serta-merta telah mengisytiharkan darurat di seluruh negara. berkuat kuasa 16 Mei 1969. Pengisytiharan ini telah menyebabkan sistem kerajaan berparlimen digantung. Atas perakuan Perdana Menteri, Yang di-Pertuan Agong telah melantik Tun Razak bin Dato Hussein, Timbalan Perdana Menteri pada waktu itu sebagai pengarah Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang bertanggungjawab menjalankan kuasa pemerintahan bagi Persekutuan berdasarkan kuasa yang diwakilkan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Majlis Perundingan Negara telah ditubuhkan bagi memastikan keberkesanan MAGERAN, Majlis Perundingan Negara yang bertanggungjawab untuk membincang dan meneliti isu-isu perpaduan negara serta mencari jalan menyelesaikan masalah masyarakat berbilang kaum. Majlis ini mendapati satu masalah yang paling ketara yang dikenal pasti ialah struktur masyarakat majmuk di Malaysia. Adalah didapati masyarakat Malaysia masih terbahagi atas dasar keturunan, agama dan pekerjaan. Perpaduan yang hendak dicapai bukan sahaja melibatkan penyatuan kaum sahaja tetapi adalah didapati penyatuan ekonomi dan sosial juga perlu dilakukan. Sehubungan dengan itu Majlis Perundingan Negara telah bersetuju membentuk satu ideologi negara yang kemudiannya dikenali sebagai Rukun Negara yang mempunyai lima prinsip utama iaitu:

* Kepercayaan kepada Tuhan
* Kesetiaan kepada Raja dan Negara
* Keluhuran Perlembagaan
* Kedaulatan Undang-Undang
* Kesopanan dan Kesusilaan

Dasar Ekonomi Baru juga dibentuk menerusi Majlis Perundingan Negara sebagai jentera penggerak untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat. Majlis Perundingan Negara juga telah mencadangkan kepada kerajaan untuk mewujudkan Jabatan Perpaduan Negara untuk melaksanakan aktiviti berbentuk muhibbah Majlis Muhibah dan Pejabat Muhibah di peringkat pusat, negeri, daerah dan kawasan telah ditubuhkan di bawah peruntukan Peraturan-Peraturan Perlu (Majlis-Majlis Muhibah) 1969 yang telah diwartakan pada 18 Julai 1969.

sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Dasar_Ekonomi_Baru

Peristiwa 13 Mei 1969

Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 ialah rusuhan kaum yang berlaku dan kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Tragedi ini yang mengakibatkan kehilangan nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan "Pilihan Raya Umum 1969" merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia.

Isu perkauman dalam pilihan raya 1969

Pra-pilihanraya 1969, parti-parti politik Gerakan dan DAP telah memainkan isu perkauman dengan lantang. Ia adalah lantaran dari slogan "Malayan Malaya" yang diperkenal oleh Lee Kuan Yew sebelum Singapura dikeluarkan dari Persekutuan Malaysia pada 1965.

Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik dari kalangan parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal sensitif berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu sebagai (Bumiputera) dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah menimbulkan perasaan perkauman dan syak wasangka.

Pada pilihanraya umum 1969Parti Perikatan yang dianggotai oleh (UMNO-MCA-MIC) telah gagal memperolehi majoriti 2/3 diparlimen, walaupun masih berjaya membentuk kerajaan persekutuan. Hal ini disifatkan oleh parti pembangkang sebagai satu kemenangan yang besar buat mereka. Jumlah kerusi yang dimenanginya dalam Dewan Rakyat (Parlimen) telah menurun daripada 89 kerusi pada tahun 1964 kepada 66 kerusi pada tahun 1969.

Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Progresif Rakyat (PPP) menang 25 buah kerusi dalam Dewan Rakyat manakala PAS menang 12 kerusi.

Terjadinya Perisitwa 13 Mei 1969 adalah rententan dari provokasi pihak pembangkang yang dimulakan sejak malam 10 Mei 1969 untuk meraikan kemenangan mereka. Penyokong-penyokong Parti DAP telah mengutuk dan menghina orang-orang Melayu semasa mengadakan perarakan di jalan-jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Ia berlarutan hingga ke 13 Mei 1969, bila mana sekumpulan orang melayu yang sudah hilang sabar mengambil tindakan balas.

Pembangkang meraikan kemenangan

Peristiwa ini berlaku berikutan pengumuman keputusan Pilihanraya Umum pada 10 Mei 1969.

Dr. Tan Chee Khoon dari parti Gerakan telah menang besar di kawasan Batu, Selangor. Beliau minta kebenaran polis untuk berarak meraikan kemenangan parti tersebut di Selangor yang menyaksikan 50:50 di Selangor. Perarakan tersebut menyebabkan kesesakan jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Perarakan hingga ke Jalan Campbell dan Jalan Hale dan menuju ke Kampung Baru. Sedangkan di Kampung Baru, diduduki lebih 30,000 orang Melayu yang menjadi kubu UMNO, berasa terancam dengan kemenangan pihak pembangkang. Di sini letaknya rumah Menteri Besar Selangor ketika itu, Dato' Harun Idris.

Dikatakan kaum Cina yang menang telah berarak dengan mengikat penyapu kepada kenderaan mereka sebagai lambang kemenangan mereka menyapu bersih kerusi sambil melaungkan slogan. Ada pula pendapat yang mengatakan penyapu tersebut sebagai lambang mereka akan menyapu ('menyingkir') orang-orang Melayu ke laut. Dalam masyarakat Melayu, penyapu mempunyai konotasi yang negatif (sial). Ada yang mencaci dan meludah dari atas lori ke arah orang Melayu di tepi-tepi jalan.

Rumah Menteri Besar Selangor

UMNO telah mengadakan perarakan balas pada pagi 13 Mei 1969 yang mengakibatkan terjadinya peristiwa ini. Hal ini adalah kerana perasaan emosi yang tinggi dan kurangnya kawalan dari kedua-dua pihak. Perarakan ini tidak dirancang.

Orang Melayu berkumpul di rumah Menteri Besar Selangor di Jalan Raja Muda Abdul Aziz di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Dato' Harun Idris selaku Menteri Besar Selangor ketika itu cuba mententeramkan keadaan. Rupa-rupanya, mereka yang berkumpul telah membawa senjata pedang dan parang panjang dan hanya menunggu arahan daripada Dato' Harun Idris untuk mengamuk. [perlu rujukan]

Ketika berkumpul, cerita-cerita tentang kebiadapan ahli parti Gerakan tersebar dan meluap-luap. Jam 3.00 petang datang berita kejadian pembunuhan orang Melayu di Setapak, hanya dua kilometer dari rumah Menteri Besar Selangor. Terdapat cerita-cerita lain mengenai seorang wanita mengandung dibunuh dan kandungannya dikeluarkan dari perut dengan menggunakan besi penggantung daging babi.Sebelum menghembuskan nafas terakhir wanita tersebut sempat memasukkan semula janin yang terkeluar itu ke dalam perutnya.

4.00 petang dua penunggang motosikal Cina yang melalui Jalan Kampung Baru telah dipancung. Sebuah van membawa rokok dibakar dan pemandunya dibunuh. Pemuda-pemuda Cina yang dikatakan dari PKM dan kongsi-kongsi gelap telah bertindak balas. Mereka membunuh orang-orang Melayu di sekitar Kuala Lumpur. Rupa-rupanya orang Cina dan pemuda Cina ini lengkap dengan pelbagai senjata besi, tombak dan lembing berparang di hujung seperti dalam filem lama Cina.

Cerita-cerita seperti ini yang tidak diketahui sama ada benar atau tidak telah menyemarakkan lagi api permusuhan di antara Melayu dan Cina. Rusuhan besar terjadi. Perintah darurat dikeluarkan, semua orang tidak dibenarkan keluar dari rumah. Pasukan polis berkawal di sekitar Kuala Lumpur. Tentera dari Rejimen Renjer lebih awal dikerahkan menjaga keselamatan sekitar Kuala Lumpur.

Panggung Odeon

Pemuda-pemuda Cina dari kongsi-kongsi gelap telah bertindak mengepung Panggung Odeon, di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Beberapa iklan disiarkan dalam bahasa Cina di skrin pawagam menyuruh penonton dari kalangan Cina keluar dari panggung. Penonton Melayu di panggung tersebut langsung tidak tahu membaca tulisan bahasa cina. Kesan daripada itu, pemuda-pemuda cina tersebut telah menyerbu masuk ke dalam panggung dan menyerang dan menyembelih penonton yang ada. Hampir semua penonton di dalam panggung tersebut mati di dalam keadaan yang sangat mengerikan. Ini termasuklah dua orang Askar Melayu yang tinggal di Sungai Ramal, Kajang. Manakala di pasar pula askar melayu telah menembak orang cina yang melanggar perintah berkurung dengan kereta perisai mereka. Di lebuh raya persekutuan pula, penduduk melayu Kampung Kerinchi telah membuang pasu di atas lebuhraya tersebut dan mengakibatkan kesesakan lalulintas dan kemalangan. Pemilik kereta berbangsa cina ditetak dan dibunuh. Seluruh keluarga peniaga cina yang menjual bunga berdekatan habis dibunuh. Di lapangan terbang Sungai Besi waktu itu yang merupakan lapangan terbang antarabangsa, askar melayu telah menembak orang Cina yang baru balik dari luar negeri dengan tanggapan bahawa mereka melanggar perintah berkurung.

Seorang polis bernama Rahim yang tinggal di Kuala Lumpur yang turut menonton wayang di Odeon terkena tetakan di kepala dan berpura-pura mati. Beliau masih hidup hingga sekarang. Sementara Mohd Radzi mengalami pengalaman yang sama di Pawagam Federal, Jalan Chow kit, Kuala Lumpur ketika menonton filem The Came To Rob Las Vegas arahan antonio Isasi Isasmendi. Akibat daripada tindakan sebegini, orang-orang Melayu mulai bertindak balas, dan dikatakan kepala orang Cina yang dibunuh diletakkan di atas pagar.

Abdul Rafai Alias bersama rakan-rakannya dari Semenyih yang datang ke Kuala Lumpur turut terperangkap dan terkejut dengan rusuhan kaum yang tidak disangka-sangka pada 13 Mei itu. Beliau turut melangkah-langkah mayat mereka yang telah terbunuh di atas jalan.

Khabar angin mengatakan Tentera Sabil dari Sungai Manik hendak datang ke Kampung Baru tetapi tersekat. Begitu juga dengan Tentera Selempang Merah dari Muar dan Batu Pahat tersekat dan disekat oleh polis di Balai Polis Kajang dan Cheras.

Ada 4 kiai di sekitar Kampung Baru mengedarkan air jampi dan tangkal penebat, iaitu ilmu kebal dengan harga yang agak mahal. Sesiapa yang memakainya menjadi kebal dan boleh terbang. Apa yang pasti, Askar Melayu juga telah menyelamatkan orang Melayu di Kampung Baru ketika itu. Mungkin juga ramai yang pernah mendengar kisah parang terbang yang terbang di Kampung Cheras Baru dan penggal kepala orang Cina.

Namun rusuhan kaum tidak terjadi di Kelantan, Terengganu dan Pahang. Di Perak, Kedah, Pulau Pinang serta Perlis tiada sebarang pergaduhan. Negeri Johor dan Negeri Sembilan juga tidak terjadi apa-apa kerana telah diberi amaran oleh PKM. Cuma ada sedikit kekecohan di Melaka. Di Betong ada tembakan dilepaskan oleh PKM dan mereka memberi amaran jika askar melayu menembak orang cina, mereka akan memberi senjata api kepada orang cina.

Ada yang menyifatkan pergaduhan ini sebenarnya adalah pergaduhan "politik" Datuk Harun dengan sokongan Tun Razak yang tidak berpuas hati dengan Tunku Abdul Rahman bukannya perkauman kerana pemimpin cina Parti Perikatan seperti, Tan Siew Sin, Ong Yoke Lin telah "lari" bersama dengan Tunku Abdul Rahman ke Cameron Highlands. Sebelum peristiwa itu masyarakat Melayu dan Cina boleh hidup dalam keadaan yang harmoni. Seperti dinyatakan pergaduhan tidak belaku di negeri seperti Kelantan, Pahang dan Kedah. Jika ia merupakan isu perkauman, pastinya pada hari itu orang cina dan melayu akan berbunuhan sesama sendiri di negeri tersebut seperti di selatan thai.

Angka korban
Polis dan tentera sedang mengawal Panggung Odeon yang menjadi sasaran rusuhan.

Angka rasmi menunjukkan 196 mati, 439 cedera, 39 hilang dan 9,143 ditahan. 211 kenderaan musnah. Tapi ramai telah menganggar ramai lagi dibunuh. Sebuah thesis PhD. daripada Universiti California, Berkeley menganggar seramai 20,000 orang hilang nyawa dalam peristiwa 13 Mei. [1]

Statistik tidak rasmi jumlah kematian:

* Melayu : 86 orang

* Cina : 342 orang

* Lain-lain : 3 orang

Statistik tersebut tidak begitu tepat kerana daripada kacamata orang ramai yang menjadi saksi, mereka melihat berderet-deret lori membawa mayat yang tidak sempurna ke balai polis Jalan Travers waktu itu.


sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Peristiwa_13_Mei

Sunday, April 25, 2010

Spot Konsep Asas Hubungan Etnik


Assalamualaikum,
Gambar ini direka khas untuk memudahkan pelajar menghafal dengan mudah. Harap Konsep Asas HUbungan etnik ini masuk soalan exam hubungan etnik tahun ini. Selamat menduduki peperiksaan


p/s: Soalan spot HUbungan Etnik ada ke? Huhuhuh... Baca semua... InsyaAllah dapat jawab.... Good Luck!!


Penulis: ar-rifke
Sumber : ariedrifke.blogspot.com

Refleksi Bina Insan Guru Fasa 3

Bina Insan Guru,
Khidmat Pendidikan

Refleksi Bina Insan Guru Fasa 3
Disediakan: AriedRifke
Pada yang lepas, kami seramai 40 orang guru pelatih telah menjalankan Bina Insan Guru(BIG) Khidmat Pendidikan di Sekolah Rendah Panji. Program ini disertai oleh pelajar darjah 6 yang seramai hampir 160 orang pelajar. Program BIG ini telah bermula pada jam 8.00 pagi dimana kami mulakan BIG ini dengan senamrobik yang diketuai oleh Ahmad Faiz. Kemudian, kami teruskan program dengan membahagikan mereka kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan akan mempunyai 2 orang fasilitator.

Aktiviti pertama yang kami jalankan adalah aktiviti “ice breaking” dimana sesi pengenalan diri antara pelajar dengan fasilitator. Aktiviti ini kami jalankan dengan cara membuat “spider-web” sambil memperkenalkan diri. Antara perkara yang perlu diterangkan oleh pelajar adalah nama, cita-cita dan adakah mereka minat atau tidak dengan matematik. Aktiviti seterusnya ialah aktiviti berkumpulan dimana para pelajar perlu menyiapkan beberapa tugasan seperti membuat tangrams, mengira segitiga dan beberapa aktiviti lain. Setiap aktiviti ini mempunyai motif dan matlamatnya yang tersendiri.

Selepas itu, pelajar dibenarkan rehat sekejap dan kemudian aktiviti yang terakhir bermula iaitu “Math Explore Race”. Aktiviti ini telah diadakan khas untuk menguji kebolehan para pelajar dalam matematik. Setiap “check-point” mereka perlu menjawab soalan-soalan berkaitan dengan matematik yang benar-benar menguji kefahaman mereka. Selepas itu, program BIG diakhiri dengan majlis penutup yang dirasmikan oleh Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sekolah Rendah Panji.

Secara keseluruhannya, saya telah banyak dan mendapat pengalaman yang bermakna dalam BIG kali ini. Hal ini kerana, dalam BIG kali ini saya telah dapat berurusan sendiri dengan pihak sekolah bagi menjalankan aktiviti BIG ini.

Sebelum BIG ini berlangsung, kami semua telah mengadakan beberapa kali perjumpaan bagi membincangkan beberapa perkara yang patut dan berbincang mengenai aktiviti yang patutu dijalankan. Selepas itu, seminggu sebelum program BIG ini, saya bersama pengerusi Program BIG khidmat pendidikan ini iaitu saudaru Amru telah pergi kesekolah untuk menyerahkan surat mengenai BIG ini. Pengalaman yang ditimba semasa berurusan dengan pihak sekolah amat memberi makna kepada saya kerana pengalaman seperti ini amat jarang untuk diperolehi.

Akhir sekali, saya berasa amat seronok dan bagi saya pengalam BIG fasa 3 merupakan satu pengalaman yang amat sukar untuk saya perolehi kerana pada kali ini bukan sahaja kami dapat melaksanakan program dengan berurusan dengan pihak sekolah, malah kami juga dapat berinteraksi dengan para pelajar secara lebih dekat lagi.


Penulis: ar-rifke
Sumber : ariedrifke.blogspot.com

Saturday, April 24, 2010

Nota Resources in Mathematics

Assalamualaikum,
"A good class is a class that have resources everywhere"

What is resouces in mathematics?
Resources in mathematics are something that can be used to support or help in teaching and learning of mathematics.

What are the different types of resources in teaching and learning of mathematics?
- internet
- papers
- articles
- journal
- cd-rom
- ABM
- text book
- magazine
- tv programme
- music
- 3d models
- cards
- etc

Actually, resources can be divide into 3 groups that are...
1) printed materials
*book
*printed sheet
*joural and articles

2) teaching and learning aids
*measuring instruments
*3d models
*manipulative tools
*computing tools

3) technology
*hardware
*software
*coursework
*internet and online instructions

Important of resources in mathematics?
- Help understand better
*attract attention
*self exploration
* visualise
-source of information


Penulis: ar-rifke
Sumber : ariedrifke.blogspot.com

Mentor Mentee, Cara Belajar Di MRSM

Assalamualaikum..
Seperti yang kita sudah ketahui, Cara Belajar Di MRSM adalah sangat hebat dan sistematik. Pelbagai kaedah dan pendekatan digunakan oleh para guru bagi memastikan pelajar yang dilahirkan adalah pelajar yang cemerlang dalam setiap subjek dan bukan dalam subjek kritikal seperti matematik dan sains sahaja.

Salah satu program yang digunakan atau kaedah yang sangat menarik yang telah dipraktikkan di MRSM KOTA PUTRA ialah kaedah pengajian Mentor Mentee. Kaedah ini berteraskan pembelajaran pelajar dengan pelajar dimana secara teorinya pelajar dibahagikan mengikut kumpulan dimana setiap kumpulan akan mempunyai seorang mentor iaitu ketua yang dilantik guru mengikut keputusan peperiksaan semasa mereka bagi membantu rakan-rakan lain yang dipanggil mentee dalam pembelajaran.


Bagi melaksanakan kaedah ini, keputusan peperiksaan semasa digunakan dan ranking pelajar mengikut setiap matapelajaran dikeluarkan. Kumpulan-kumpulan mentor mentee ini seterusnya dibina oleh guru-guru. Selain itu, jadual waktu kelas juga diselaraskan bagi 1 batch pelajar tersebut. Sebagai contohnya, sekiranya pelajar tingkatan 5 mempunyai 5 kelas, maka kelima-lima kelas ini akan mempunyai jadual waktu yang sama bagi mata pelajaran yang menggunakan konsep atau pendekatan mentor mentee ini.

Jika dilihat keberkesanannya, pencapaian pelajar akan meningkat kerana pembelajaran berkumpulan dalam 5 pelajar ini lebih memudahkan pelajar untuk berkongsi idea, berbincang dan lebih fokus. Semasa program ini berjalan, mentor amat memainkan peranan bagi memastikan setiap soalan dan perkara dapat difahami oleh setiap ahli menteenya. Guru-guru juga berada didalam kawasan kelas bagi membantu mentor-mentor yang mungkin mempunyai persoalan dan ingin membuat perbincangan.

Selain daripada dilakukan didalam kelas, program mentor mentee ini juga boleh dilakukan dikawasan sekitar MRSM seperti di pondok-pondok belajar, dewan kuliah, dewan makan, hostel pelajar dan lain-lain lagi kerana masa untuk program ini juga tidak ditetapkan. Hal ini dapat dilakukan kerana kumpulan yang dibentuk oleh guru telah memudahkan para mentee yang menghadapi masalah dalam pembelajaran terus mencari mentornya ketika mereka sedang mengulangkaji pelajaran.

Walaubagaimanapun, program mentor mentee ini dilihat agak sukar dilaksanakan sekiranya mentor tidak melaksanakan tugasnya dengan betul atau tidak mampu memikul tanggungjawab yang diberikan kepadanya. Hal ini kerana mentor itu sendiri merupakan pelajar yang perlu dipimpin oleh guru dan memerlukan tunjuk ajar oleh guru-guru sekiranya menghadapi masalah dalam pembelajarannya.. Namun, sekirnya mentor mampu mengawal keadaan dan membuat persediaan sebelum program ini, nescaya masalah-masalah ini mungkin dapat dikurangkan.

Akhir sekali, cara belajar menggunakan pendekatan mentor mentee sememangnya memberikan kesan yang positif kepada para pelajar kerana cara belajar berkumpulan ini mampu memastikan setiap pelajar memahami setiap pembelajaran mereka dan menjadikan para pelajar lebih fokus ketika belajar.

Penulis: ar-rifke
Sumber : ariedrifke.blogspot.com

Share

Sebarkan.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More