Harga Emas Terus Naik, Naik dan Naik!!

Semakin hari harga emas di pasaran dunia semakin naik. Percaya atau tidak dengan nilai emas yang semakin meningkat ini, ramai rakyat Malaysia bakal bergelar JUTAWAN!!! Anda Bagaimana?.

E-Book Tips Pelaburan Silver Ikram Adi!

Teknik Tukar Ganda yang ditunjukkan oleh Ikram Adi benar-benar telah membuka mata ramai pelabur perak yang mana menggunakan teknik ini kita akan dapat keuntungan yang maksima!!

E-Book Tips Pelaburan Emas Luar Biasa!

Teknik dan konsep asas pelaburan emas dalam ebook ini insyaAllah dapat membantu anda untuk mendapat keuntungan yang maksima!!

Pengiraan dan Cara Mengeluarkan Zakat Emas

Pengiraan Zakat Emas dan Cara Mengeluarkan Zakat EmasDalam kita melabur Emas ini kita seharusnya sedar bahawa mengeluarkan zakat adalah satu perkara yang wajib .

Saturday, July 31, 2010

Jenis cetakan Dalam Pendidikan Seni Visual ( Seni Dalam Pendidikan)

Jenis cetakan

Jenis cetakan klasik merangkumi :

a)cetakan timbul ( relief )
b)cetakan benam ( intaglio )
c)cetakan datar ( planography/litography )
d)cetakan stensil/ saring sutera ( seriography )

1.2Cetakan Tamadun Melayu
GALERI Petronas baru-baru ini melancarkan pameran pertamanya untuk tahun 2009 yang bertajuk:

Go Block: Five Contemporary Malaysian Printmakers

Pameran tersebut merupakan satu pertunjukan yang meraikan amalan-amalan baru dalam seni cetak di Malaysia melalui hasil karya baru oleh lima orang seniman iaitu Juhari Said, Kim Ng, Izan Tahir, Zulkifli Yusoff dan Shahrul Jamili. Kesemua mereka banyak memberi sumbangan besar kepada perkembangan seni cetak kontemporari dalam gerakan seni tanah air.Seniman Malaysia dan ahli akademik yang disegani, Prof. Dr. Sulaiman Esa telah menyempurnakan majlis pelancaran pameran tersebut, termasuk buku iringan pameran yang mempunyai judul yang sama pada 17 Februari lalu.Go Block dikurator oleh Badrolhisham Mohamad Tahir dengan mengetengahkan 15 hasil karya terbaru artis tempatan yang bertujuan mengajak orang ramai meneroka seni cetak sebagai satu bahan tara berciri dinamik dan inovatif yang memberikan kesan besar terhadap pergerakan kesenian di Malaysia hari ini.

Konsep asas pameran itu adalah bagi menyedarkan orang ramai bahawa wujudnya satu bentuk alternatif pada proses seni cetak biasa yang selalunya terhad pada penggunaan dakwat, blok cetak, kertas dan tindakan menghentak atas permukaan kertas.Melalui pameran itu, ia menggalakkan penggunaan bahan tara selain dakwat yang boleh diacu dan dibentuk kemudian dipadukan bersama bagi menghasilkan satu hasil karya seni baru yang unik.Idea asas sebenar pameran itu ialah untuk memberikan definisi baru tentang seni cetak. Pameran tersebut turut menerokai penggunaan pelbagai bahan harian seperti konkrit, kayu, tanah dan lapisan logam sebagai bahan tara, selain menggunakan dakwat yang diacu ke dalam bentuk-bentuk tertentu secara berulang-ulang bagi mendapatkan hasil seni muktamad yang diinginkan.

Ketika secara tradisinya seni cetak berada pada tahap sekunder dalam konteks gerakan seni kontemporari di Malaysia, teknik-teknik serta cara penataan dalam seni cetak selalunya digunapakai dalam penghasilan rupa bentuk seni lain, misalnya lukisan, arca dan instalasi.Peminjaman atau pertukaran teknik dan penataan itu menjadi bukti tentang pengaruh berterusan yang dimiliki oleh seni cetak dalam amalan seni kontemporari kini. Dalam pada itu, batasan atau sempadan peraturan-peraturan atau cabang-cabang seni yang dahulunya lebih jelas dan tersendiri kini menjadi semakin kabur.Walaupun seni cetak dianggap mudah untuk orang ramai menghasilkannya serta tidak mahal kerana alatan dan bahan yang digunakan dikeluarkan secara besar-besaran, namun masih terdapat segelintir seniman Malaysia yang mampu mengguna pakai bentuk seni itu secara berkesan dan menjadikannya sebagai satu keistimewaan.

Golongan seniman yang menyertai pameran Go Block itu merupakan antara yang berpengaruh dan berdedikasi dalam amalan seni kontemporari iaitu mereka bertanggungjawab untuk memecah batasan bagi menjadikan seni cetak lebih relevan pada masa kini.Menurut Pengarah Galeri Petronas, Tengku Nasariah Tengku Syed Ibrahim, Go Block merupakan satu pameran yang membuka jalan baru dalam memperkembang seni cetak kepada satu tahap terkini. "Ia merupakan satu amalan seni yang berkesan kerana mudah bagi orang ramai mengaitkannya dengan pengalaman mereka.

Bagaimanapun, kami ingin mencabar pemikiran orang ramai terhadap kefahaman mereka tentang seni cetak, bukan sahaja cetakan blok atas selembar kertas, maksudnya kini lebih luas dan hanya terhad kepada daya imaginasi," katanyaSECARA tradisinya seni cetak berada pada tahap sekunder dalam konteks gerakan seni kontemporari di Malaysia.Di Malaysia cetakan dihasilkan dengan menggunakan pelbagi teknik dan media. Antara media yang biasa digunakan ialah lino, syelek, lekar dan media campuran. Manakala teknik yang biasa dihunakan hádala seperti teknik timbulan, kolagraf dan cetakan saring. Proses menghasilkaan cetakan timbul ialah dengan Meletakkan dakwat atau warna pada permukaan yang biasanya terdiri daripada blokkayu atau lino. Hasil permukaan acuan merupakan imej yang dikehendaki.Langkah menghasilkan cetakan stensil – Sediakan sebuahpemidang skrin.

Lukis dan gunting imej atas kertas pendua.Semasa mencetak,letakkan iime yang telah dipotong di ataskertas permukaan dasar yang hendak dicetak. Pemidang skrin diletakkan di atasnya sebelum dituangkan dakwat atau warna.Gunakan sekuji untuk meratakan warna diatas pemidang skrin.Angkat perlahanlahan pemidang skrin. Biasanya imej yang dipotong itu akan terlekat pada belakang pemidang skrin.Cetakan ini tidak boleh menghasilkan edisi yang banyak keranakertas pendua yang dipotong itu akan lembap danmenyebabkan dakwat atau warna terkeluar.

1.3Cetakan Tamadun Islam

Cetakan Tamadun Islam lebih berunsurkan Islamik seperti ayat suci al Quran dan unsur geometri. Dalam tamadun islam, kebanyakan hasil seni amat menjauhkan lambang/simbol perantaraan antara manusia dan Tuhan. Hampir semua karya menggunakan unsur dalam motif hiasan. Kegiatan cetakan ketika itu, kebanyakannya berasaskan kayu dan setengahnya dicetak dengan pencetak seperti penghasilan ayat suci al-Quran. Reka corak cetakan adalah kaligrafi (menekankan keseimbangan pola positif dengan negatif) dan berunsurkan kehidupan Islam. Kebanyakan corak adalah menegak ke atas dan bermula dari bawah kerana menggambarkan Tuhan Yang Esa dan Satu. Cetakan dalam tamdun ini tidak menjadikan objek manusia sebagai subjek kerana insan Kamil tidak menampilkan dirinya kepada Tuhan secara tampak. Seni cetakan dihasilkan bertujuan sebagai panduan kepada seluruh umat Islam serta kebanggaan kerana keunikan dan kehalusan pembuatannya. Unsur seninya adalah kontemporari iaitu campuran pelbagai media dan agak moden. Namun begitu, setiap hasil karya yang dihasilkan mestilah berlandaskan kepada unsur tauhid dan akidah umat Islam. Garisan dalam kaligrafi menghasilkan ruang tertentu dalam setiap karya. Banyak karya cetakan menekankan penggunaan garisan dan fungsinya. Unsur geometri seperti segi empat tepat dan sama banyak digunakan beserta dengan ayat suci al-Quran. Ia menjadikan cetakan yang dihasilkan mempunyai kombinasi selain terdapat unsur pengulangan pada motif corak

1.4Cetakan Tamadun China

China telah menjadi tempat penghasilan cetakan terawal sekali iaitu bermula abad ke 7 Masihi. Cetakan menjadi satu lagi ciptaan budaya China yang penting yang bermula pada 500 S.M. dengan percetakan blok di atas kertas dengan menyapu dakwat ke atas blok yang diukir pada muka surat, meletakkan kertas di atasnya dan menyapu belakang kertas hingga rata. Teknologi percetakan dengan mesin taip dicipta oleh Bi Sheng pada abad ke 11 S.M.

Warna (Pendidikan Seni Visual)/ Seni Dalam Pendidikan

Warna

Pembuat karya grafis memberi warna pada cetakan mereka dengan menggunakan banyak cara. Seringkali pewarnaannya -- dalam etsa, cetak saring, cukil kayu serta linocut -- diterapkan dengan menggunakan plat, papan atau screen yang terpisah atau dengan menggunakan pendekatan reduksionis. Dalam teknik pewarnaan multi-plat, terdapat sejumlah plat, screen atau papan, yang masing-masing menghasilkan warna yang berbeza. Tiap plat, screen atau papan yang terpisah akan diberi tinta dengan warna berbeza kemudian diterapkan pada tahap tertentu untuk menghasilkan keseluruhan gambar.biasanya hampir 3 hingga 4 plat digunakan, tapi adakalanya seorang seniman grafis menggunakan sampai tujuh plat.

Tiap penerapan warna akan berinteraksi dengan warna lain yang telah diterapkan pada kertas, jadi sebelum menerapkan warna, pemisahan antara warna perlulah difikirkan dahulu.Biasanya warna yang paling terang diterapkan lebih dulu kemudian ke warna yang lebih gelap.Pendekatan reduksionis untuk menghasilkan warna dimulai dengan papan kayu atau lino yang kosong atau dengan goresan sederhana. Kemudian seniman mencukilnya lebih lanjut, memberi warna lain dan mencetaknya lagi.

Bahagian lino atau kayu yang dicukil akan mengekspos (tidak menimpa) warna yang telah tercetak sebelumnya.Pada teknik grafis seperti chine-collé atau monotype, pegrafis kadang-kadang hanya mengecat warna seperti pelukis kemudian dicetak.Konsep warna subtraktif yang juga digunakan dalam cetak offset atau cetak digital, di dalam software vektorial atau bitmap ditampilkan dalam CMYK atau ruang warna lain

CETAKAN ( Pendidikan Seni Visual)

Pengenalan

Cetakan merupakan kesan daripada gubahan yang dihasilkan oleh pelukis pada permukaan blok atau plat. Untuk menghasilkan cetakan, biasanya permukaan blok diukir atau diguris sehingga imej terbentuk pada blok atau plat tersebut sebelum dapat dipindahkan ke atas kertas, kain atau bahan lain. Blok yang sama dapat menghasilkan beberapa keping karya yang serupa. Cetakan yang berulang kali ini disebut edisi/ siri. Cetakan juga merupakan proses menghasilkan karya atau imej yang sama berulang kali. Dalam aktiviti ini, semua karya cetakan dalam sesuatu edisi dianggap karya asli. Sejarah cetakan ialah apabila cetakan blok kayu buatan tangan muncul pada abad ke 7 Masihi di China.

Seterusnya industri cetakan mono bok kayu buatan tangan muncul dan berkembang di negara barat menjelang abad ke 14 Masihi. Ketika itu, kemahiran mencetak digunakan untuk mencetak bahan keagamaan, hiasan ilustrasi buku, poster untuk komunikasi, propaganda, dan bahan pendidikan. Penggunaan warna dalam cetakan diperkenalkan pada pertengahan abad ke 15. Sejarah cetakan di Malaysia dibawa masuk dari Singapura pada tahun 1940 an melalui Nanyang Akademi. Rakyat Malaysia yang belajar di Institut Seni di Singapura telah mempelopori teknik seni cetakan dan memperluaskannya.

Menjelang tahun 1960 an, teknik cetakan telah dimasukkan ke dalam sukatan pelajaran seni lukis secara rasmi di institusi perguruan seperti Institut Perguruan Ilmu Khas. Di Malaysia, cetakan kayu digunakan untuk mencetak kain sarung sebelum kaedah lilin dari Jawa diperkenalkan.

Seni cetakan di Malaysia telah muncul sebagai satu cabang seni halus yang unik Media Pembuat cetakan berkarya menggunakan berbagai jenis media, termasuklah dakwat berasaskan air, cat air, dakwat berasaskan minyak, pastel minyak, dan pigmen padat yang larut dalam air seperti crayon Caran D'Ache. Karya seni cetak dilakarkan di atas permukaan yang disebut dengan plat. Teknik dengan menggunakan kaedah digital menjadi semakin popular saat ini.

Permukaan atau hamparan yang digunakan dalam menciptakan karya cetakan meliputi papan kayu, plat logam, lembaran kaca akrilik, lembaran linoleum atau batu litografi. Teknik lain yang disebut dengan serigrafi atau cetak saring (screen-printing) menggunakan lembaran kain berpori yang direntangkan pada sebuah kerangka, disebut dengan screen. Cetakan kecil juga boleh dihasilkan dengan menggunakan permukaan kentang atau ketela.

Friday, July 30, 2010

Kata Gandaan

Kata Gandaan ialah satu proses pengulangan perkataan.
Kata ganda ialah kata yang terbentuk daripada kata yang digandakan sama ada sebahagian atau seluruhnya. Proses pengulangan ini berlaku pada seluruh perkataan ataupun pada bahagian-bahagian tertentu dalam perkataan tersebut.

Kata ganda terdiri daripada:
(a) kata ganda seluruh;
(b) kata ganda semu;
(c) kata ganda separa;
(d) kata ganda bersajak atau berima;
(e) kata ganda berimbuhan.

Terdapat empat jenis kata Gandaan iaitu :
a. Gandaan Seluruh Kata
b. Gandaan Separa / Separuh
c. Gandaan Berirama
d. Gandaan Menyaling

Gandaan Seluruh Kata
Gandaan berlaku pada seluruh perkataan tersebut tanpa ada perubahan.
1. Kata ganda seluruh ialah kata dasar yang digandakan seluruhnya.
2. Kata ganda seluruh mesti diberi tanda sempang ().
3. Kata ganda seluruh terdiri daripada kata nama, kata adjektif, kata kerja, dan kata keterangan.

Monday, July 26, 2010

KUALITI-KUALITI PEMBACA YANG BAIKMotivasi Belajar : Teknik Membaca Berkesan, Meningkatkan Mutu Pembacaan, Teknik Membaca PQRST, Pembaca yang Baik, Tek

Pembaca yang baik adalah yang:
  • Memahami hakikat keharusan atau kepentingan membaca.
  • Memastikan semua bacaan yang dibacanya, difahami dengan sepenuhnya.
  • Boleh mengulas kembali buku yang dibaca dengan terperinci dan mampu merealisasikan apa yang difahami ke dalam kehidupan sehariannya.

Peringatan

  • Anda mestilah membaca buku berkaitan mata pelajaran yang anda akan pelajari sebelum ianya diajar oleh guru di kelas.
  • Sewaktu membaca, garis atau catat isi-isi pentingnya.
  • Sediakan soalan-soalan jika perlu.

sumber

Membaca Dengan Berkesan: Panduan Umum

Fokuskan Kepada Isu Yang Anda Baca
Semasa membaca, tumpukan sepenuh perhatian dan fikiran anda kepada TOPIK yang anda sedang baca.

Fahami Dahulu Baru Hafal
Tumpukan perhatian kepada MEMAHAMI dan mendapat idea-idea atau fakta-fakta utama bacaan anda. Jangan hiraukan tahap kelajuan membaca anda. Yang penting ialah anda faham apa yang anda sedang baca. Anda akan lebih mudah mengingati fakta-fakta atau isi-isi utama / bahan-bahan yang anda baca jika anda memahami apa yang anda baca. Menghafal tanpa memahami apa yang anda baca boleh menyebabkan anda cepat bosan belajar. Jika anda faham apa yang anda baca, minat anda akan meningkat untuk membaca seterusnya. Di samping itu, anda pula akan lebih mudah membuat nota daripada bacaan anda.

Perkataan yang Anda Tidak Mengerti
Sekiranya terdapat perkataan-perkataan yang anda tidak tahu ertinya semasa anda membaca, anda tidak harus serta-merta membuka kamus jika perkataan itu tidak begitu penting. Memberhentikan bacaan untuk mendapat pengertiannya akan mengganggu proses pembacaan anda. Anda hendaklah tandakan dengan pensil perkataan yang anda tidak fahami itu. Apabila selesai bacaan, barulah anda cari pengertiannya.

Perbendaharaan Kata
Setiap perkataan baru yang terdapat dalam bahan bacaan, hendaklah anda kumpulkan ke dalam sebuah buku khas. Di samping perkataan itu, catatkan pengertiannya serta ayat yang sesuai bagi perkataan tersebut. Cuba gunakan perkataan-perkataan itu dalam karangan dan percakapan anda sehari-hari. Dengan cara ini anda akan dapat memperluaskan pengetahuan anda tentang perkataan-perkataan, baik dari segi pengertian mahupun kegunaannya. Dengan adanya perbendaharaan kata yang luas, bukan saja bacaan anda menjadi lancar, bahkan anda akan lebih mudah memahami semua yang terkandung dalam buku itu.

Gambar Rajah
Anda hendaklah memberi perhatian kepada gambar-gambar atau rajah-rajah di dalam buku. Biasanya, gambar atau rajah mengandungi maksud yang menerangkan sesuatu dengan lebih jelas. Ini membolehkan anda memahami huraian buku tersebut dengan lebih mudah. Ingat peribahasa Cina ini:

"A picture is worth a thousand words".





sumber

Teknik Membaca PQRST

Sistem PQRST adalah suatu teknik membaca yang diperkenalkan oleh Thomas, Ellen Lamar; Robinson dan H. Alan dalam buku mereka yang bertajuk "Improving Reading In Every Class".

Berikut adalah 5 langkah yang menjadi tunjang Teknik Membaca PQRST ini.

(a) Preview (Tinjau)
Preview. TINJAU tajuk-tajuk utama pada keseluruhan buku atau bab tertentu dengan memberi perhatian kepada tajuk-tajuk besar dan kecil padanya. Tujuan utama proses meninjau ini adalah untuk anda mendapatkan gambaran keseluruhan tentang isi-isi penting pada buku atau bab-bab dalam buku itu. Dengan mendapat gambaran segera tentang kandungan buku itu, fikiran anda akan lebih tertumpu kepada isu-isu utama yang dibincang atau diutarakan pada buku tersebut.
(b) Question (Soal)
Question. SOAL diri anda dengan menjadikan tajuk besar dan kecil dalam bab itu sebagai soalannya. Misalnya, tajuk bagi seksyen ini ialah Meningkatkan Mutu Pembacaan. Jadi, bentuk soalan yang boleh anda buat ialah “Bagaimana saya dapat meningkatkan mutu pembacaan saya?” Dengan adanya soalan itu semasa anda membaca, tumpuan fikiran anda akan lebih fokus kepada mencari jawapan atau jawapan-jawapan tentang soalan yang tertumpu pada fikiran anda pada ketika anda membaca.
(c) Read (Baca)
Baca satu seksyen ke satu seksyen untuk mencari jawapan soalan yang anda telah bentuk itu. Sambil MEMBACA bahan bacaan anda, tumpukan perhatian untuk mendapatkan jawapan bagi soalan yang anda telah timbulkan itu. Ini merupakan suatu pembacaan yang aktif. Oleh itu, carilah tempat di mana anda boleh membaca dengan sepenuh tumpuan. Dengan berbuat demikian, anda akan dapat meningkatkan keberkesanan dan impak proses pemahaman serta pengingatan anda terhadap idea-idea utama bahan yang dibaca.
(d) Self-Recitation (Menyebut Kendiri)
MENYEBUT KENDIRI ialah suatu proses di mana anda mencuba ingat fakta-fakta utama bab atau bahan yang anda telah baca. Adalah lebih berkesan jika anda menyebutkan fakta-fakta kepada diri anda secara lisan. Tujuan utamanya ialah untuk mengingat semula apa yang anda telah baca iaitu dengan menggabungkan semua proses (b), (c), dan (d) secara serentak.
(e) Test (Uji)
UJI diri anda setelah anda habis membaca keseluruhan bab. Fikirkan berapa banyakkah idea-idea daripada bab yang baru anda baca itu dapat anda ingati. Pada peringkat inilah anda harus mula menyimpan apa yang telah anda pelajari ke dalam ingatan jangka panjang anda.

Dengan menggunakan Teknik Membaca PQRST, masalah terlalu banyak untuk dibaca akan dapat anda atasi. Teknik Membaca PQRST ini memudah dan mempercepatkan proses pembacaan serta pengingatan anda.



sumber

Meningkatkan Mutu Pembacaan Teknik Membaca Berkesan

Oleh Taidin Suhaimin

"Kemahiran belajar disertai dengan motivasi belajar yang tinggi telah terbukti boleh meningkatkan pencapaian pelajar dalam peperiksaan." - (Gall & Rakan-Rakan, Tools for Learning).



Pengenalan

Artikel ini menjelaskan kepentingan, pengertian, tujuan, bagaimana anda boleh meningkatkan mutu pembacaan, kualiti pembaca yang baik serta bagaimana pembacaan yang luas dan banyak boleh membawa kejayaan kepada anda. Kualiti-Kualiti dan Jati Diri Pelajar Cemerlang, Artikel Motivasi untuk Pelajar, Ciri Ciri Pelajar Cemerlang, Ciri Remaja Cemerlang, Disiplin Pelajar Cemerlang, Jati Diri Pelajar Cemerlang, Kata-kata Motivasi Pelajar, Kata-Kata Semangat Belajar, Keperibadian Pelajar Cemerlang, Kualiti Pelajar Berjaya, Kualiti-Kualiti Pelajar Berjaya, Kualiti-Kualiti Pelajar Cemerlang, Motivasi Belajar, Motivasi Kecemerlangan Pelajar, Motivasi Pelajar, Penampilan Diri Cemerlang, Peribadi Pelajar Cemerlang, Sikap Pelajar Cemerlang, Strategi dan Teknik Menghadapi Peperiksaan

Pengertian & Kepentingan Membaca

Pembacaan adalah aktiviti yang amat penting dalam proses pembelajaran. Oleh kerana itu, bagi setiap mata pelajaran terutamanya di sekolah rendah dan menengah di negara kita telahpun ditetapkan sekurang-kurangnya sebuah buku teks oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai bahan bacaan dan rujukan utama.

Membaca ialah suatu proses komunikasi di antara dua pihak iaitu pembaca dengan penulis. Ianya adalah suatu proses memerhatikan isi sesuatu yang tertulis atau tercetak dengan teliti dan memahamkan makna kandungannya. - Kamus Dewan Edisi Baru, (1991).

Oleh itu, penekanan utama dalam proses pembacaan sebagai suatu proses komunikasi ialah kefahaman yang mantap. Dan, oleh kerana membaca adalah suatu proses komunikasi, pembaca mestilah menumpukan sepenuh perhatian - fikiran, pandangan, penglihatan, persepsi serta perasaannya - terhadap apa yang dibaca agar benar-benar dapat memahami serta menjiwai maksud yang tersurat serta yang tersirat pada apa yang dibaca.

Kurang kemahiran membaca bukan sahaja akan menyebabkan proses pembelajaran anda menjadi sukar, malah minat anda untuk membaca juga boleh terturun atau menurun. Namun, sekiranya anda mahir dan cekap membaca, proses pembelajaran anda bukan sahaja akan menjadi lebih lancar, malah, anda akan lebih pantas pula faham serta mengingati fakta-fakta penting dari bahan yang anda baca itu. Ini secara tidak langsung pula akan meningkatkan lagi minat anda untuk membaca dan membaca. Anda juga akan dapat menjimatkan masa anda serta membuat lebih banyak aktiviti pembelajaran.

Skimming dan Scanning

Teknik skimming dan scanning ini sesuai digunakan untuk pembacaan bahan yang ringkas seperti sesuatu petikan mahu pun bahan bacaan yang lebih panjang seperti buku, jurnal dan majalah. Dalam pembacaan sesuatu petikan, kita hanya memberi perhatian kepada idea penting setiap perengan untuk mendapat gambaram umum. Idea-idea khusus sengaja diabaikan. Dalam pembacaan sesebuah buku pula. fokus kita diberikan kepada bahagian tertentu di dalam buku itu seperti pengenalan, prakata, isi kandungan, tajuk utama, rumusan pada akhir bab dan rujukan indeks untuk mendapat gambaran umum tentang perkara yang dibaca.

Scanning ialah pembacaan cepat untuk mendapat maklumat yang khusus dan bukan untuk mendapat gambaran keseluruhan sesuatu bahan bacaan. Pembacaan cara ini boleh melangkau bahagian-bahagian tertentu yang difikirkan kurang penting. Ketika kita membaca, kita akan menggerakkan mata kita dari atas ke bawah dengan pantas mengikut muka surat petikan yang dibaca sambil menberi tumpuan kepada maklumat yang dicari. Oleh yang demikian, pembacaan cara ini adakah lebih cepat daripada pembacaan cara skimming.

Dalam konteks pembelajaran, skimming dan scanning boleh digunakan bersama. Biasanya, kita boleh membaca cara skimming untuk menentukan kesesuaian sesuatu bahan bacaan . Jika bahan berkenaan itu didapati sesuai maka kita boleh menggunakan teknik scanning untuk mendapatkan maklumat khusus yang dicari.



sumber

Teknik Membaca SQ3R

SQ3R ialah teknik membaca kritis yang telah diperkenalkan oleh Robinson (1961). Ia merupakan satu kaedah membaca yang memerlukan seseorang mempersoal kesesuaian maklumat yang terdapat dalam suatu bahan yang dibaca dengan tugasan yang perlu diselesaikan.

SQ3R adalah singkatan bagi;

S (survey) tinjau

Q (question) soal/tanya

R (read) baca

R (recite) imbas kembali atau nyatakan secara lisan

R (review) baca semula

Survey (tinjau) ialah langkah membaca untuk mendapatkan gambaran keseluruhan tentang apa yang terkandung di dalam bahan yang dibaca. Ini dilakukan dengan meneliti tajuk besar, tajuk-tajuk kecil, gambar-gambar atau ilustrasi, lakaran grafik, membaca perenggan pengenalan, dan perenggan terakhir di bahagian-bahagian buku atau teks.

Di sini juga pelajar sebenarnya menggunakan teknik membaca pantas iaitu skimming dan scanning.

Question (soal atau tanya) ialah langkah yang memerlukan pelajar menyenaraikan satu siri soalan mengenai teks tersebut setelah mendapati teks tersebut berkaitan dengan keperluan tugasannya. Soalan-soalan tersebut menunjukkan keinginan pembaca tentang maklumat yang ingin diperoleh dari bahan tersebut, dan ianya menjadi garis panduan semasa membaca kelak. Pelajar akan cuba mencari jawapan kepada soalan-soalan tersebut.

Read (baca) ialah peringkat pelajar sebenarnya membaca bahan atau teks tersebut secara aktif serta mencuba mendapat segala jawapan kepada soalan-soalan yang telah disenaraiakannya sebelum ini. Ketika membaca, pelajar mungkin juga akan menyenaraikan soalan-soalan tambahan, berdasarkan perkembangan kefahaman dan keinginannya sepanjang melakukan pembacaan. Pelajar mungkin juga mempersoal pendapat atau maklumat yang terdapat yang ditemuinya.

Recite (imbas kembali) ialah peringkat yang ketiga.Setelah selesai membaca, pelajar cuba mengingat kembali apa yang telah dibaca dan meneliti segala yang telah diperoleh. Pemilihan maklumat yang sesuai dilakukan dalam konteks tugasannya. Pelajar juga boleh cuba menjawab soalan-soalan yang disenaraikan sebelumnya tanpa merujuk kepada kepada nota atau bahan yang telah dibaca.

Review (baca semula) merupakan peringkat terakhir. Pelajar membaca bahagian-bahagian buku atau teks secara berpilih untuk mengesahkan jawapan-jawapan kepada soalan yang dibuatnya di langkah ketiga. Pelajar juga memastikan tiada fakta penting yang tertinggal.


sumber

Teknik Membaca KWLH

KWLH adalah singkatan bagi yang berikut;

K (know) Apa yang telah diketahui (sebelum membaca)
W (want) Apa yang hendak diketahui (sebelum membaca)
L (learned) Apa yang telah diketahui (selepas membaca)
H (how) Bagaimana untuk mendapat maklumat tambahan - yang berkaitan (untuk membaca seterusnya)

Apa yang jelas dari penerangan tersebut ialah suatu teknik membaca kritis di mana pembaca;
mengingat dahulau apa yang telah diketahui
membayang atau menentukan apa yang ingin diketahui
melakukan pembacaan (bahan yang telah dipilih)
mengetahui apa yang telah diperoleh dari pembacaan yang baru dilakukan
menentukan apa lagi yang perlu diperoleh (sekiranya perlu membuat pembacaan seterusnya)

Teknik pembacaan akan membolehkan pelajar
mengaitkan pengetahuan yang sedia ada dengan apa yang dibaca
menentuka apa yang telah diperoleh dari pembacaannya, dan
menentukan apakh lagi bahan yang perlu dibaca sekiranya ingin mendapat maklumat tambahan

Dalam konteks pengajaran, pelajar dibiasakan menggunakan borang seperti yang di bawah sekiranya dikehendaki menggunakan teknik KWLH.

Know (K)
Apa yang sudah diketahui?
Want (W)
Apa yang hendak diketahui?
Learned (L)
Apa yang telah dipelajari/diperoleh?
How (H)
Apa lagi maklumat tambahan diperlukan?








sumber

Teknik Memabaca

Seseorang pelajar lazimnya terpaksa banyak membaca. Dalam konteks sekolah bestari, pelajar digalakkan mendapatkan maklumat dari pelbagai sumber. Mereka membaca untuk pelbagai tujuan. Ada masanya mereka perlu membaca secara meluas atau ekstensif. Ada masanya pula mereka perlu membaca secara intensif atau mendalam. Untuk menjadi seorang pembaca yang berkesan, pelajar perlu menguasai dan mengamalkan beberapa teknik membaca. Oleh itu guru perlu membimbing pelajar pelajar menguasai teknik-teknik tersebut dari peringkat sekolah rendah lagi.

Dalam konteks sekolah, pelajar membaca untuk tujuan-tujuan seperti yang berikut;
untuk mendapatkan maklumat atau fakta berkaitan dengan sesuatu tajuk atau perkara
untuk mendapatkan gambaran keseluruhan tentang sesuatu tajuk atau perkara
untuk memahami sesuatu persoalan atau menjelaskan kefahaman tentang sesuatu konsep
untuk mengumpul pelbagai pendapat berkaitan dengan sesuatu persoalan

Secara umumnya seseorang perlu menguasai dua teknik membaca, iaitu;
membaca pantas
membaca kritis

Untuk membaca pantas seseorang boleh menggunakan teknik skimming dan scanning, manakala untuk membaca dengan kritis seseorang boleh menggunakan teknik seperti KWLH dan SQ3R.


sumber

Rumusan Pembelajaran Masteri

  • Penggunaan kaedah atau aktiviti p&p yang berkesan dan bahan p&p yang sesuai adalah penting dalam pembelajaran masteri.
  • Untuk menjayakan pembelajaran masteri, guru harus menyayangi pelajar, mencintai mata pelajaran yang guru mengajar, merasa yakin tentang kebolehan pelajar, selalu merangsang mereka, mempunyai sikap proaktif dan menyelesaikan masalah.
  • Pelajar berbeza dalam gaya pembelajaran seperti pelajar visual, lisan atau kinestetik dan guru harus menggunakan kaedah yang melibatkan visual, lisan dan kinestetik.
  • Guru harus mengambil kira unsur-unsur gaya pembelajaran yang terdapat dalam pelbagai model gaya pembelajaran seperti Sistem 4MAT dan Model Dunn dan Dunn.
  • Terdapat banyak kaedah atau aktiviti p&p yang berpusatkan kepada guru dan berpusatkan kepada pelajar dan setiap kaedah atau aktiviti itu mempunyai kelebihan dan kekurangan.
  • Tiada satu kaedah atau aktiviti p&p yang berbaik tetapi yang dicadangkan untuk pembelajaran masteri ialah yang menarik serta menyeronokkan dan yang berpusatkan kepada pelajar.
  • Guru harus juga menggunakan kaedah pembelajaran koperatif dengan memberi tugasan, projek atau masalah untuk pelajar belajar secara pasangan, kumpulan atau kelas.
  • Anda harus menggunakan bahan p&p yang sesuai supaya pembelajaran lebih berkesan.
  • Dalam p&p guru harus menyerapkan nilai-nilai murni walaupun penguasaanya mengambil masa yang panjang.
  • Dalam pembelajaran masteri guru digalakkan mencuba pelbagai kaedah mengajar, langkah-langkah pengajaran dan bahan p&p yang akan membantu pelajar menguasai apa yang mereka belajar.
  • Pengurusan Bilik darjah Dan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

  • Kejayaan pembelajaran masteri juga bergantung kepada kebolehan dan kemahiran guru untuk menguruskan kelas dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan bijak.
  • Dalam hal ini, guru harus berkebolehan dan mahir dalam perkara berikut:
    1. Tahu nama, sifat peribadi, minat, gaya pembelajaran dan kebolehan setiap pelajar.
    2. Menjadikan bilik darjah menarik dan kondusif untuk pembelajaran masteri.
    3. Menyedia, mengguna dan menyimpan pelbagai bahan pengajaran dan pembelajaran.
    4. Menyusun dan menggunakan kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk sesuatu pelajaran supaya ada hubungkait dengan isi kandungan dan pelajar dapat diransang sepanjang waktu pelajaran.
    5. Menggunakan aktiviti secara kelas, kumpulan, pasangan dan perseorangan dengan bijak dalam sesuatu pelajaran.
    6. Mengumpul pelajar yang sesuai dalam kumpulan dan pasangan yang dikehendaki.
    7. Menggunakan kadar mengajar (pacing) yang sesuai mengikut kebolehan pelajar dalam kelas itu.
    8. Membina, menyimpan dan membuat analisis ujian formatif atau dianostik dan ujian sumatif.
    9. Menjalankan ujian formatif atau dianostik dan ujian sumatif pada masa yang sesuai.
    10. Membina dan menyimpan aktiviti pemulihan dan aktiviti pengayaan.
    11. Menjalankan aktiviti pemulihan dan pengayaan pada masa yang sesuai dan menggunakan kaedah yang berkesan.
    12. Menggunakan masa dengan bijak untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam sesuatu pelajaran.
    13. Menyimpan rekod secara sisitematik tentang sifat peribadi dan pencapaian pelajar.

    Bahan Pengajaran Dan Pembelajaran Untuk Pembelajaran Masteri

  • Bahan pengajaran dan pembelajaran adalah penting untuk pembelajaran masteri kerana:
    1. Pelajaran akan lebih menarik dan menyeronokkan.
    2. Pelajar dapat memahami dan mengingat apa yang diajar.

    1. Bahan pengajaran dan pembelajaran terdiri daripada:
      1. Bahan bercetak
      2. Alat pandang dengar
    2. Bahan bercetak meliputi:
      1. Buku teks dan buku rujukan
      2. Dokumen kurikulum
      3. Majalah
      4. Risalah
      5. Akhbar
    3. Alat pandang dengar terdiri daripada:
      1. "Hardware": seperti TV, radio kaset, perakam video, projektor, komputer, printer.
      2. "Software": adalah bahan yang digunakan dengan "hardware" seperti pita video, pita kaset, filem slaid, transparensi, disket. Ia juga termasuk bahan visual seperti carta, gambar, pita dan kad imbasan.
      3. Bahan 3-Dimensi: seperti glob, model, bongkah, spesimen dan bahan permainan.
    4. Sesetengah bahan pengajaran dan pembelajaran itu:
      1. Dibekalkan oleh Kementerian pendidikan.
      2. Boleh dibeli dalam pasaran.
      3. Boleh dibuat oleh guru dan pelajar.
      4. Bolah didapati dengan percuma.
    5. Bahan pengajaran dan pembelajaran itu perlu diurus dengan baik dengan:
      1. Menggredkan bahan itu mengikut tahun dan kebolehan pelajar.
      2. Menyusun dan menyimpan bahan itu di tempat yang sesuai.
      3. Mengadakan sistem klasifikasi, sistem katalog, sistem pinjaman dan sistem merekod yang baik.

    Pembelajaran koperatif

  • Kajian yang telah dijalankan oleh penyelidik pendidikan telah menunjukkan bahawa pembelajaran koperatif adalah berkesan untuk pembelajaran masteri.
  • Dalam pembelajaran koperatif satu tugasan, projek atau masalah diberi dan pelajar belajar di antara satu sama lain secara pasangan, kumpulan atau kelas.
  • Beberapa teknik yang boleh digunakan dalam pembelajaran koperatif termasuk (Spencer Kagan, 1990):
    1. Giliran Ahli Kumpulan
    2. Setiap pelajar dalam sesuatu kumpulan memberi idea atau pendapatnya secara giliran

    3. Pameran Kumpulan:
      1. Setiap kumpulan mempamerkan hasilnya
      2. Setiap pelajar melihat setiap kumpulan dan berbincang dengan ahli-ahli kumpulan itu.
    4. Memadan Benda
    5. Pelajar-pelajar dalam satu kumpulan memadankan susunan benda

    6. Kuiz:
      1. Guru memberi soalan kepada satu atau semua kumpulan
      2. Pelajar-pelajar dalam sesuatu kumpulan berbincang untuk mendapatkan jawapan
      3. Seorang pelajar dalam kumpulan itu memberi jawapan kepada soalan guru
    7. Kad Hafalan
      1. Pelajar dalam semua kumpulan diberi kad yang mengandungi fakta atau maklumat penting untuk dihafal
      2. Guru menyoal
      3. Pelajar yang sudah menghafal fakta atau maklumat itu menjawab dan markah akan diberi
    8. Semakan Pasangan:
      1. Dua pasangan diberi masalah yang sama untuk diselesaikan
      2. Dalam stu pasangan, seorang pelajar menyelesaikan masalah itu dengan bantuan pelajar yang lain.
    9. Pemikiran Berpasangan dan Berkongsi Pendapat
      1. Pelajar dalam satu pasanganberfikir tentang sesuatu topik yang diberi oleh guru
      2. Pendapat pasangan itu kemudiannya dikongsi dalam kelas
    10. Peta Konsep Berpasukan
    11. Pelajar dalam satu kumpulan membuat peta konsep bersama-sama di atas kertas yang besar.

    12. Jawapan Giliran:
      1. Satu kumpulan diberi sebilangan soalan
      2. Setiap pelajar dalam kumpulan itu menjawab satu soalan
    13. Penguasaan Secara Beerpasangan:
    14. Pelajar-pelajar menguasai sesuatu isi kandungan secara berpasangan.

    15. "Jigsaw" (Pakar dalam Kumpulan):
      1. Setiap kumpulan diberi satu topik yang berlainantentang sesuatu tajuk atau perkara.
      2. Kumpulan itu akan membuat penyelidikan dan menjadi pakar dalam topik itu.
      3. Semua maklumat dikongsi dalam kelas.

    Kaedah P&p Untuk Pembelajaran masteri

    1. Tiada satu kaedah atau aktiviti p&p yang terbaik untuk pembelajaran masteri kerana pelajar berbeza dalam kebolehannya dan mereka juga mempunyai gaya pembelajaran yang berlainan.
    2. Kaedah atau aktiviti p&p yang dicadangkan untuk pembelajaran masteri ialah kaedah atau aktiviti yang berpusatkan kepada pelajar, menarik dan menyeronokkan.
    3. Jadi guru harus merancang dan menggunakan pelbagai kaedah atau aktiviti p&p yang berkesan dengan mengambil kira kebolehan dan gaya pembelajaran pelajar anda.
    4. Berikut ialah kaedah atau aktiviti p&p yang berpusatkan kepada guru iaitu guru yang melalukannya:
    Syarahan
    Penerangan
    Penjelasan
    Huraian
    Demonstrasi
    Bercerita
    Pembacaan
    Memberi nota
    1. Kaedah atau aktiviti p&p yang berpusatkan kepada pelajar di mana pelajar yang melakukannya ialah:
    Soal jawab
    Latih tubi
    Bercerita
    Membuat latihan
    Penerangan, penjelasan, huraian
    Perbincangan
    Inkuiri
    Penemuan
    Bacaan
    Sumbang saran
    Demostrasi oleh pelajar
    Kerja amali
    Eksperimen
    Projek
    Kuiz
    Penyelesaian masalah
    Reka cipta
    Pembelajaran koperatif atau kerja kumpulan
    Main peranan
    Lakonan
    Simulasi
    Membuat nota sendiri
    Lawatan
    Pengajaran berprogram
    Pembelajarean berbantu komputer
    PAK (Pembelajaran Akses Kendiri)

    1. Guru harus ingat bahawa setiap kaedah atau aktiviti itu mempunyai kelebihan dan kekurangan.

    Gaya Pembelajaran Pelajar Konsep Pembelajran Masteri

    1. Guru harus tahu bahawa pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza dan sebab itulah tiada satu kaedah mengajar yang terbaik untuk semua pelajar.
    2. Jadi, guru harus menggunakan berbagai-bagai kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran supaya pelajar yang berbeza dalam gaya pembelajaran itu dapat belajar dengan berkesan dan menguasai hasil pembelajaran.
    3. Pada asasnya, terdapat tiga gaya pembelajaran iaitu:
      1. Pelajar visual:

    Pelajar dalam golongan ini suka belajar dengan melihat

        1. Huruf atau perkataan
        2. Benda, gambar atau gambar rajah
        3. Demostrasi, tindakan atau lakonan
      1. Pelajar audio:

    Pelajar dalam kumpulan ini suka belajar dengan mendengar atau bercakap seperti

        1. Mendengar cerita, penerangan, syarahan, huraian olehguru atau pelajar lain
        2. Menerangkan, berbual, memberi pendapatnya, bercerita atau menghuraikan
      1. Pelajar kinestetik:
      2. Pelajar dalam kumpulan ini suka belajar dengan membuat atau melakukan sesuatu seperti:

        1. Menulis atau melukis sesuatu
        2. Membuat latihan, kerja amali, eksperimen, lakonan, simulasi, atau projek
    1. Untuk menentukan semua pelajar dapat belajar dengan berkesan, guru harus menggunakan kaedah-kadah mengajar yang melibatkan visual, lisan, dan kinestetik.
    2. Beberapa penyelidik pendidikan telah mencadangkan pelbagai model gaya pembelajaran dan model itu diringkaskan di bawah.

    Ciri-ciri Guru Dalam Konsep Pembelajaran Masteri

    1. Dalam p&p ke arah pembelajaran masteri, guru harus:
      1. Menyayangi semua pelajar
      2. Yakin mereka semua boleh belajar dengan berjaya dan menguasai sesuatu hasil pembelajaran jika diberi masa yang cukup dan p&p adalah berkualiti
      3. Mencintai mata pelajaan yang diajar
      4. Merangsang diri untuk merancang dan menggunakan pelbagai cara bagi memastikan pelajar dapat menguasai sesuatu hasil pembelajaran
      5. Merangsang dan mendorong pelajar anda untuk belajar sehingga mereka dapat menguasai sesuatu hasil pembelajaran
      6. Bersikap proaktif dan boleh menyelesaikan masalah
    2. Guru boleh menambah senarai dengan ciri-ciri yang lain, tetapi yang penting ialah guru harus mengamalkannya dalam p&p.

    Kepentingan Pengajaran dan Pembelajaran Dalam Konsep Pembelajaran Masteri

    Langkah kedua dalam pembelajaran masteri ialah guru harus menggunakan kaedah atau aktiviti p&p yang berkesan dan bahan-bahan p&p yang sesuai untuk memastikan pelajar dapat menguasai sesuatu hasil pembelajaran dalam masa yang pendek.
    1. Untuk memastikan kejayaan pembelajaran masteri, guru harus mengambil kira perkara berikut dalam p&p:
      1. Ciri-giri guru
      2. Gaya pembelajaran pelajar
      3. Kaedah atau aktiviti p&p
      4. Bahan p&p
      5. Nilai-nilai murni
      6. Pengurusan bilik darjah dan aktiviti p&p
    2. Perkara lain yang harus juga diajar atau diserap dalam p&p seperti lapan kecerdasan, kemahiran berfikir, kemahiran belajar, unsur-unsur patriotisme, pendidikan alam sekitar, pendidikan pencegahan dadah dan penyakit AIDS, kemahiran keibubapaan dalam kekeluargaan dan pendidikan keselamatan di jalan raya akan dihuraikan dalam laman lain.

    Sunday, July 25, 2010

    KONSEP MASYARAKAT

    Definisi Masyarakat

    • Masyarakat boleh juga didefinisikan sebagai kumpulan manusia yang hidup bersama-sama (dari sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu ) atau pergaulan hidup. (Bangsa pula ialah jenis manusia daripada satu asal keturunan atau kumpulan manusia dalam satu ikatan ketatanegaraan)
    • Masyarakat didefinisiskan sebagai komuniti manusia yang tinggal bersama-sama di suatu tempat dengan cara dan ukuran tertentu dari segi bahasanya, manakala sudut istilah pula menerangkan bahawa, masyarakat merupakan jaringan perhubungan antara pelbagai individu yang merujuk kepada pergaulan hidup dan keseluruhan hubungan sosial. Masyarakat juga menggambarkan rakyat sesebuah negara.
    • Malaysia terdiri daripada masyarakat yang ‘multiracial’ dan ‘multiculture’ yang mempunyai asas-asas kukuh untuk mewujudkan masyarakat yang lebih berbudaya, berilmu, bermoral, dan mendokong cita-cita murni bangsa Malaysia berteraskan konsep negara bangsa.
    • Melalui konsep negara bangsa ini, semua masyarakat mendukung satu bangsa dan satu negara yang tegak di atas satu identiti negara yang sama yang di menifestasikan oleh pemikiran, nilai-nilai sosio-budaya, lambang-lambang dan sentiasa berpegang kepada jiwa kemanusiaan dan kerohanian yang tinggi. Bangsa yang bertamadun mempunyai identiti peradabannya yang tersendiri.

    Hubungan Etnik Di Malaysia!!

    Selepas peristiwa 13 Mei 1969, kunci keamanan, keteguhan, kestabilan, dan kemajuan pembangunan negara banyak bergantung kepada perpaduan dan kerjasama masyarakat Malaysia itu sendiri untuk mencapai perpaduan dan bukanlah satu perkara yang mudah. Ini adalah kerana memandangkan penduduknya yang terdiri daripada pelbagai kaum, berbeza dari segi agama, budaya, aktiviti, ekonomi, lokasi tempat tinggal, dan sebagainya. Usaha-usaha untuk menerapkan semangat perpaduan atau kekitaan di kalangan masyarakat sering menghadapi cabaran serta masalahnya.

    Menurut Tan Sri Ghazali Shafie (1985) „ ....
    the road to a cohesive and proggressive
    society is a long and ardous one which to use the Malay phrase, is full of “ onak dan duri”.


    Kenyataan di atas ternyata dapat kita simpulkan bahawa pelbagai cabaran yang perlu kita tempuhi bagi membina negara Malaysia yang unggul di mata dunia. Terdapat pelbagai cabaran yang di antaranya adalah cabaran sulung atau yang utama iaitu di mana cabaran kepentingan etnik dari :


    Aspek sosial

    • Aspek sosial ini dapat lihat melalui empat paradigma yang berlainan iaitu dari sudut pemisahan fizikal, sistem pendidikan yang berasingan, polarisasi dalam kalangan pelajar dan kontrak sosial
    • .Dari sudut pemisahan fizikal ianya berlaku dalam masyarakat negara ini yang timbul akibat daripada kesan dasar “pecah dan perintah” yang diamalkan oleh British sejurus menjajah Malaysia. Ketiga-ketiga kumpulan kaum ini bukan sahaja terasing daripada segi lokasi tempat tinggal, malahan mereka menjalankan jenis pekerjaan yang berbeza. Keadaan ini juga menyebabkan sesuatu golongan etnik itu tidak mengenal atau berpeluang berinteraksi dengan lebih kerap di antara sesama mereka khususnya mereka yang tinggal dalam wilayan yang berbeza. Hal ini berlaku akibat pemisahan fizikal yang disebabkan keadaan geografi di Sabah dan Sarawak yang terpisah oleh Laut China Selatan.

    Implikasi

    Hanya terhadap hubungan etnik memperlihatkan perbezaan dari aspek lokasi yang berbeza merupakan perkembangan yang kurang sihat dalam pemupukan hubungan etnik di Malaysia. Selain itu, ia hanya meningkatkan lagi perasaan kekitaan atau etnosentrisme yang bermaksud pandangan atau perseptif yang melihatkan kelompok etnik lain melalui kaca mata etnik itu sendiri. Keadaan sebegini hanya akan menimbulkan prasangka, stereotaip dan mengekalkan kejahilan di dalam kalangan ahli bagi sesuatu golongan etnik terhadap golongan etnik yang lain.

    Contoh yang boleh kita nyatakan di sini adalah, kejahilan ilmu masyarakat Semanjung Malaysia dalam memahami cara hidup masyarakat Sabah dan Sarawak yang sedikit berbeza dari aspek budaya, keagamaan mahupun adat resam. Perkara sebegini mungkin akan berlaku jika semua etnik hanya mengambil berat tentang etniknya yang tersendiri sahaja. Maka, pastinya amat sukar sekali Malaysia untuk menjadi negara yang lebih maju sekiranya masyarakatnya terpisah dari sudut fizikal dan terasing dari arus pemodenan negara. Seterusnya, adalah dari sudut sistem pendidikan yang terasing.

    Setiap golongan etnik mempunyai sistem pendidikan yang tersendiri. Maksudnya di sini adalah, pelajar Melayu menuntut di sekolah Melayu dan menggunakan bahasa perantaraan bahasa Melayu, pelajar Cina menuntut di sekolah Cina dan juga menggunakan bahasa Mandarin sebagai bahasa perantaraan, manakala, pelajar India menuntut di sekolah Tamil dan menggunakan bahasa Tamil. Sistem persekolahan yang memisahkan pelajar mengikut bahasa ibunda dan perbezaan etnik kurang memainkan peranan yang berkesan bagi memupuk integrasi dan persefahaman dalam kalangan pelajar. Situasi hanya akan menyebabkan interaksi mereka hanya terhad di antara etnik yang sama sahaja. Implikasi bagi hubungan etnik ini hanya memberikan kesan yang negatif kepada negara Malaysia.

    Semua etnik masing-masing mempertahankan bahasa ibunda mereka dan tidak akan menerima bahasa ibunda kaum yang lain. Ini adalah mereka akan menganggap adalah tidak wajar dan tidak penting untuk mempelajari bahasa kaum yang lain. Selain itu, adalah menjadi satu kemestian di mana setiap sekolah mengamalkan sistem pendidikan yang berbeza. Ianya akan memberikan impak yang kurang elok kepada penstrukturan negara kerana mempunyai corak pendidikan yang berbeza-beza. Tidak juga dilupakan bahawa golongan yang menuntut di sekolah itu juga akan terlahirnya para pemimpin untuk mentadbir negara Malaysia pada satu hari kelak. Sekiranya pemikiran mereka hanya disogok dengan etnik mereka sahaja, sudah pasti Malaysia tidak akan berada dalam keadaan yang aman. Bakal pemimpin negara ini juga mengalami kesukaran untuk mendapatkan kata sepakat daripada rakyatnya yang terdiri daripada etnik yang berbeza. Pastinya, amat sukar untuk kita memupuk masyarakat yang majmuk jika cabaran ini dianggap enteng oleh pihak yang berwajib. Dari sudut polarisasi dalam kalangan pelajar yang dapat kita lihat adalah masih lagi terdapat keterasingan pada peringkat sekolah rendah, kerenggangan pada peringkat sekolah menegah dan institut pengajian tinggi awam (IPTA) serta institut pengajian tinggi swasta (IPTS) masih wujud. Keadaan sebegini menyukarkan lagi proses hubungan etnik di Malaysia. Implikasinya di sini adalah nilai-nilai bagi memupuk semangat kekitaan pada negara Malaysia tidak dapat diterapkan dengan berkesan kerana masih lagi terdapat jurang di antara semua kaum. Jika kita lihat, pada masa kini, masih ada lagi para ibu bapa yang kurang mempercayai untuk menghantar anak-anak mereka ke Sekolah Kebangsaan. Mereka lebih mudah menghantar anak-anak mereka ke Sekolah Jenis Kebangsaan kerana merasakan struktur pendidikan di sekolah tersebut dapat menjamin kecemerlangan akademik anak mereka. Sukar sekali untuk kita memaksa ibu bapa ini kerana mereka mempunyai satu perspektif yang perlu kita hormati. Walau bagaimanapun, tidak semua ibu bapa yang bertindak sedemikian.

    Cabaran yang kedua adalah cabaran kepentingan etnik dari aspek :


    ekonomi

    . Melalui aspek ekonomi terdapat dua perkara yang perlu ditekankan adalah
    penguasaan ekonomi dan perbezaan pekerjaan berdasarkan sektor ekonomi
    . Pertama, penguasaan ekonomi memperlihatkan jurang yang luas bagi setiap etnik. Majoriti kaum Melayu menguasai sektor pertanian yang memerlukan banyak tenaga sumber manusia dan berteknologi rendah. Bagi kaum Cina, yang umumnya menguasai sektor yang lebih maju seperti perniagaan, perdagagan dan menggunakan teknologi moden. Manakala, kaum India pula banyak terlibat dengan perladangan di estet getah dan kelapa sawit. Kenyataan di sini sudah membolehkan kita membuat satu kesimpulan iaitu terdapatnya jurang pendapatan yang begitu ketara dan tidak seimbang dalam ekonomi negara Malaysia.

    Semua golongan etnik sentiasa mencuba untuk bersaing dalam ekonomi ini untuk berusaha mendapatkan hak dan keuntungan yang lebih besar. Penguasaan ekonomi yang berbeza serta jurang pendapatan yang tidak seimbang mengakibatkan ketidakstabilan dalam masyarakat majmuk. Justeru itu, implikasinya mengakibatkan ketidakpuasan hati bagi semua golongan etnik. Bagi kaum Melayu yang terlibat dalam sektor pertanian mendapat pendapatan yang sedikit dan berkemungkinan akan menghadapi dengan kemiskinan. Situasi yang sama juga akan berlaku terhadap kaum India yang di mana harga getah dan kelapa sawit adalah berlandaskan kepada keadaan ekonomi di dunia. Jika harga meningkat, maka, pulangannya tentu baik dan sebaliknya juga akan berlaku. Golongan etnik Cina pula akan terus mencari peluang-peluang keemasan dalam perniagaan dan mereka dapat hidup dalam hidup yang cukup mewah. Akan tetapi, mereka pasti berasa tidak puas hati yang di mana kebanyakan lubang perniagaan banyak diutamakan kepada kaum Bumiputera atau Melayu. Sudah tentu timbulnya persoalan di lubuk pemikiran mereka di mana hak mereka sedangkan selama ini mereka banyak menyumbang kepada ekonomi negara. Isu-isu sebegini merupakan perkara yang boleh menyebabkan negara kita bergolak.

    Selain itu, dalam Rancangan Malaysia Kedua ada menyatakan perpaduan negara tida boleh dicapai tanpa kesaksamaan dan keseimbangan yang lebih besar dalam kalangan kumpulan sosial dan etnik Malaysia melalui penyertaan mereka dalam pembangunan negara dan dalam perkongsian manfaat daripada permodenan dan pertumbuhan ekonomi. Sesungguhnya, perpaduan negara tidak boleh dipupuk seandainya sebahagian besarnya penduduk kekal miskik dan peluang pekerjaan produktif yang tidak mencukupi. Fenomena kemiskinan bukan sahaja terdapat di kawasan luar bandar tetapi juga di kawasan bandar. Keadaan ini boleh mengugat perpaduan negara kerana masalah kemiskinan hanya menonjol dalam kalangan kelompok etnik yang tertentu sahaja. Cabaran yang ketiga adalah cabaran kepentingan etnik dari aspek
    politik iaitu di mana politik perkauman boleh menimbulkan perasaan kurang senang hati dan mengukuhkan semangat perkauman jika sesuatu tindakan diambil tanpa mendapat kata sepakat oleh semua pihak. Isu-isu perkauman seperti bahasa, kebudayaan, pendidikan, agama, kerakyatan, dan ekonomi jika dipergunakan untuk tujuan berpolitik, pastinya, ia tidak akan menyumbang ke arah masyarakat yang bersatu padu.

    Implikasinya mengakibatkan semua etnik akan saling berusaha untuk mengekalkan identiti kaumnya sendiri tidak kira dari aspek bahasa dan budaya, mereka akan cuba untuk mempertahankan agar mereka juga mendapatkan hak yang sama rata. Selain itu, semangat taat setia pada negara Malaysia juga tidak wujud di kalangan etnik kerana masing-masing pasti ingin menaburkan bakti pada negara mereka sendiri. Lambang bendara Malaysia akan tinggal sebagai lambang sahaja jika semua etnik hanya mementingkan hak etnik masing-masing. Cabaran yang keempat adalah cabaran nilai antara etnik yang menyatakan perbezaan dari segi agama, bahasa, dan kebudayaan lebih ketara dalam masyarakat majmuk. Kaum Melayu, Cina dan India mempunyai agama, bahasa dan kebudayaan yang berlainan. Perbezaan ini bertambah sukar apabila setiap kaum terus menebal dengan bahasa dan kebudayaan mereka sendiri.

    Implikasi di sini mengakibatkan anggota etnik lebih mengutamakan anggota daripada etnik yang sama dalam memilih sahabat, mendapatkan perkerjaan. Perkara ini seolah-olah sudah menjadi tegal atau “taboo” kerana ia memang sukar untuk diubah walaupun menggunakan ubatan atau teknologi yang moden sekali pun. Setiap etnik tidak mempunyai perasaan hormat menghormati dengan agama dan budaya etnik-etnik yang lain. Kesukaran untuk hidup dalam satu masyarakat yang sama pasti akan menimbulkan kekecohan di kawasan tersebut. Ini adalah berdasarkan mereka mempunyai masalah untuk berkomunikasi dalam bahasa yang difahami oleh semua etnik. Masalah ini pasti mewujudkan ketidakselesaan juga mereka melihat budaya yang sebelum ini belum pernah disaksikan oleh mereka. golongan etnik-etnik ini tentunya sukar untuk menerimanya dan tidak mungkin akan menerima apa-apa perubahan walhal ianya memberikan banyak faedah dalam kehidupan seharian mereka.

    Cabaran yang kelima adalah cabaran globalisasiyang menunjukkan proses globalisasi serta pembaratan corak hidup berasaskan ekonomi dan politik barat merupakan cabaran yang perlu dihadapi oleh rakyat Malaysia pada masa kini.

    Implikasidaripada cabaran ini, jika dilihat dari sudut positif, kita dapat bergerak maju melalui pendedahan menggunakan teknologi yang tinggi serta pentadbiran yang sistematik menyebabkan Malaysia menjadi seperti yang dapat kita rasai perbezaannya kini. Namun demikian, pengaruh Barat ini juga mewujudkan pelbagai unsur-unsur yang negatif dari segi, budaya hedonisme atau budaya kuning yang telah berjaya menyesatkan para remaja yang bisa menjadi bakal pemimpin negara lenyap dek kerana budaya kuning yang songsang ini. Budaya kuning ini banyak memberikan nilai-nilai yang negatif seperti terlibat dalam kancah jenayah, pemakaian yang kurang sopan serta pergaulan yang melampaui batas. Dari segi sains dan teknologi yang memusnahkan kebanyakan golongan remaja terdedah dengan pornografi-pornografi yang menyongsangkan jiwa dan akidah remaja itu sendiri. Bermacam-macam keburukan yang memusnahkan alam sekitar, budaya hiburan dan penyalahgunaan sumber manusia dan bahan mentah juga datangnya daripada pengaruh Barat. Jelasnya di sini dapat dilihat, kehalusan dan ketimuran rakyat Malaysia semakin terhapus dek pengaruh Barat bagi merealisasikan wawasan negara. Tradisi dan adat resam kita pasti akan hilang juga kerana tiadanya insan yang ingin menjaganya daripada lupus dek arus pemodenan zaman.

    Merujuk kepada hasil tulisan Hasnah Hussin dan Mardiana Nordin dalam buku
    Pengajian Malaysia
    , terbitan Oxford Fajar Sdn Bhd pada tahun 2007, usaha kerajaan ke arah pemupukan hubungan etnik bermula setelah tahun 1957, iaitu selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan bagi mengatasi cabaran-cabaran yang telah dikemukakan sebelum ini. Kerajaan merancang dan menyediakan pelbagai dasar dan pelan tindakan untuk mencapai perpaduan dari pelbagai aspek. Kerajaan telah merangka Dasar Pendidikan Kebangsaan sebagai landasan mewujudkan masyarakat yang bersatu padu. Penyata Razak dan Ordinan Pelajaran yang telah termaktub sebelum merdeka telah disemak semula menghasilkan Laporan Rahman Talib dan seterusnya dimaktubkan dalam Akta Pelajaran, 1961 merupakan antara usaha awal kerajaan dalam sektor Pendidikan. Matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan diharapkan dapat memenuhi keperluan tenaga rakyat negara ini dalam jangka pendek dan panjang demi melahirkan masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin dan terlatih.

    Antara strategi yang dirancang untuk mencapai matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan ialah menjadikan Bahasa Kebangsaan bahasa pengantar yang utama, mengadakan kurikulum yang sama dan berorientasikan Malaysia bagi semua jenis sekolah, mewujudkan sistem peperiksaan yang sama dan sebagainya. Kerajaan berusaha dengan lebih keras lagi dalam mencapai perpaduan berikutan berlakunya peristiwa 13 Mei 1969 yang melibatkan rusuhan kaum yang amat dahsyat. Rentetan peristiwa tersebut telah terbentuknya MAGERAN pada 17 Mei 1969 yang berfungsi sebagai pengembali keamanan dan undang-undang negara; penentu pentadbiran yang licin dan sempurna; dan pengembali keharmonian dan kepercayaan antara kaum. MAGERAN didapati berjaya mengembalikan keamanan kepada negara selepas dua tahun ditubuhkan. Seterusnya, pada tahun 1969 juga, Jabatan Perpaduan Negara(JPN) dan Majlis Muhibah Negara(MMN) telah dibentuk. JPN yang diketuai Tan Sri Mohd Ghazali Shafie telah ditubuhkan untuk membantu kerajaan menggerakkan dan membimbing rakyat ke arah perpaduan negara. MMN pula ditubuhkan pada 18 Julai 1969 bertujuan memulihkan kepercayaan dan keyakinan antara kaum, mengkaji dan mengatasi masalah untuk menghapuskan perselisihan faham, membantu dan menyusun kerja-kerja sukarela. MMN dan JPN telah digabungkan pada 1Januari 1972 menjadi Kementerian Perpaduan Negara yang kini bergelar Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat yang ditugaskan untuk mengendalikan aktiviti-aktiviti bercorak muhibah untuk masyarakat yang berbilang kaum. Selain itu, pada 29 Januari 1970 juga telah tertubuhnya Majlis Perundingan Negara(MAPEN) yang bertanggungjawab untuk mengadakan garis panduan bagi kerjasama antara kaum dan integrasi nasional untuk memupuk identiti kebangsaan di kalangan rakyat Malaysia serta bertanggungjawab dalam pembentukan ideologi negara, iaitu Rukun Negara dan perubahan perlembagaan.

    Majlis ini dianggotai oleh pelbagai lapisan masyarakat seperti wakil-wakil dari MAGERAN, wakil dari kerajaan negeri, wakil dari parti politik, wakil dari Sabah dan Sarawak, wakil dari kumpulan agama, wakil dari badan profesional, wakil dari perkhidmatan awam, wakil dari kesatuan sekerja dan persatuan majikan, wakil dari akhbar, wakil guru-guru dan wakil dari kelompok minoriti bagi membolehkan mereka membuat perbincangan secara berterus-terang. Kemuncak usaha kerajaan ekoran peristiwa 13 Mei ialah terciptanya satu ideologi negara iaitu Rukun Negara yang dihasilkan berasaskan kepercayaan, keyakinan dan iltizam untuk membentuk satu jati diri rakyat Malaysia yang unggul serta bertujuan menyemai dan memupuk integrasi nasional serta semangat perpaduan antara kaum. Rukun Negara dengan prinsip-prinsip berdasarkan semangat Perlembagaan diharapkan dapat membentuk jati diri rakyat negara ini sebagai satu bangsa Malaysia dan dijadikan sebagai pedoman dan hala tuju dalam merancang program pembangunan negara. Secara khususnya, ia merupakan ikrar yang menjadi acuan bagi integrasi nasional, pembentukan Bangsa Malaysia dan ideologi negara.

    Usaha kerajaan diteruskan lagi dengan Dasar-Dasar Pembangunan Negara yang dirancang selaras dengan nilai-nilai sosioekonomi, politik, sumber kekayaan, aspirasi masyarakat serta persekitaran global. Dalam konsep hubungan etnik, dasar-dasar pembangunan negara merujuk kepada usaha kerajaan bersama rakyat untuk melakukan perubahan dalam aspek sosial, kebudayaan, politik dan ekonomi secara seimbang dan adil bagi semua kaum. Terdapat tiga pelan pembangunan negara yang utama iaitu Era Dasar Ekonomi Baru (1971-1990), Era Dasar Pembangunan Nasional (1991-2000) dan Era Dasar Pembangunan Negara. Dasar Ekonomi Baru (DEB) merupakan salah satu usaha dasar ekonomi untuk mengubah masyarakat dan negara daripada keadaan mundur kepada maju dalam pelbagai aspek kehidupan (kebendaan dan bukan kebendaan). DEB dilancarkan oleh kerajaan Malaysia melalui Rangka Rancangan Jangka Panjang(RRJP) yang bermatlamatkan untuk mengurangkan dan seterusnya membasmi kemiskinan dengan menambah pendapatan dan memperbanyakkan peluang pekerjaan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum dan menyusun semula masyarakat untuk mengurang dan menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.

    Antara usaha yang dijalankan untuk membasmi kemiskinan melalui DEB ialah mewujudkan peluang pekerjaan untuk semua golongan, menambahkan daya pengeluaran dan pendapatan, memberi peluang kepada orang yang bekerja di sektor yang rendah daya pengeluarannya berpindah ke sektor yag lebih lumayan, mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara kaum dan antara kawasan (bandar dan luar bandar), memodenkan kehidupan di luar bandar dan memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat melalui pelajaran, latihan, kesihatan, kemudahan infrastruktur dan lain-lain. Seterusnya, Dasar Pembangunan Nasional(DPN) telah dilancarkan pada tahun 1991 yang bermatlamat untuk mencapai pembangunan seimbang bagi mewujudkan masyarakat yang bersatu padu dan adil. DPN merupakan pemangkin negara ke arah menjadikan Malaysia sebagai negara maju dan digerakkan di atas landasan yang kukuh ke arah membentuk pembangunan seimbang yang meliputi aspek keadilan sosial, nilai, etika dan moral mengikut acuan tempatan.

    Strategi DPN masih lagi berlandaskan strategi yang telah dibina oleh DEB iaitu serampang dua mata dan diperkasakan pendekatannya dengan memasukkan beberapa dimensi baharu dalam pelan tindakan, iaitu penegasan terhadap pembasmian kemiskinan dengan dua tumpuan utama, iaitu menghapuskan kemiskinan tegar dan mengurangkan kemiskinan relatif; menumpukan perhatian kepada pembangunan sebuah Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) sebagai satu strategi ke arah meningkatkan dan seterusnya mengekalkan penyertaan Bumiputera dalam kegiatan ekonomi; meningkatkan penglibatan sektor swasta dalam proses penyusunan semula masyarakat dan memebri lebih tumpuan kepada pembangunan sumber manusia termasuk sistem nilai dan etika bagi mencapai matlamat pertumbuhan ekonomi dan pengagihan yang saksama.

    Usaha kerajaan diteruskan lagi dengan Dasar Wawasan Negara (2001-2010) atau dikenali sebagai Wawasan 2020. ia merupakan respons kepada perkembangan ekonomi, sosial dan politik yang berlaku pada peringkat nasional dan antarabangsa serta menitikberatkan pembangunan menyeluruh dan bukan sahaja pembangunan ekonomi tetapi dari segi politik, ekonomi, sosial, kerohanian, kejiwaan dan kebudayaan. Menjelang tahun 2020, Malaysia dijangka mampu menjadi sebuah negara yang bersatu padu dengan masyarakat Malaysia mempunyai nilai moral dan etika yang utuh, penyayang, adil dan saksama, berkeyakinan serta mampu bersaing. Dalam kertas kerja berjudul Malaysia Melangkah ke Hadpan(1991) yang dibentangkan pada sidang pertama Majlis Perdagangan Malaysia di Kuala Lumpur pada 28 Februari 1991 menyatakan terdapat sembilan cabaran yang dikenalpasti untuk merealisasikan Wawasan 2020. Sememangnya, negara Malaysia telah berusaha untuk mencapai kesembilan matlamat itu. Walaupun banayak matlamat itu menumpukan kepada pembangunan ekonomi, pembangunan keseluruhannya tidak boleh diketepikan. Hal ini disebabkan pembangunan keseluruhan dari aspek politik, sosial dan ekonomi yang mampu menyatukan rakyat. Pembangunan yang seimbang dari setiap sudut itu mampu menggerakkan pelbagai kaum di Malaysia untuk hidup secara harmoni dan sejahtera.

    Pelan Tindakan Perpaduan & Integrasi Nasional telah dirancang oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Ia merupakan rancangan lima tahun iaitu dari 2005-2010 yang merancang pelbagai usaha untuk memupuk dan mempertingkatkan perpaduan dan integrasi nasional. Pelan ini mengandungi pelbagai strategi yang dirancang dari pelabagai aspek seperti strategi politik, ekonomi, pendidikan, penggunaan Bahasa Kebangsaan, Agama, Kebudayaan, Integrasi Wilayah, Keselamatan, Pembangunan Kawasan, Penggunaan Tenaga Manusia, Media Massa, Kesukanan, Pemasyarakatan Perpaduan, Pertubuhan Sukarela, Penyelidikan Dan Penerbitan Bahan Bacaan, Pemantauan Isu-isu Semasa dan Konflik, Penubuhan Panel Penasihat Perpaduan Negara (PANEL) dan Jawatankuasa Penasihat Perpaduan Peringkat Negeri (JKPPN), program dan aktiviti perpaduan, Sekolah Wawasan dan Program Latihan Khidmat Negara. Kesemua program, pelan dan aktiviti yang dirancang telah dijalankan dengan bertujuan supaya masyarakat dapat melibatkan diri dan memupuk hubungan etnik yang erat antara rakyat di negara ini. Melalui pembacaan beberapa karya Fatimah Azzahra & Yusri Ab. Malik. Siri Perpaduan Negara-Perpaduan Antara Kaum, terbitan Penerbit Setiamas pada tahun 1995. Masyarakat Malaysia merupakan sebuah masyarakat majmuk yang mempunyai pegangan agama, bahasa dan adat istiadat tersendiri.

    Perhubungan politik dan ekonomi dengan dunia uar, proses penjajahan barat dan kemasukan orang asing erupakan faktor utama yang bertanggungjawab mewujudkan masyarakat berbilang kaum di negara ini. Malaysia terdiri daripada masyarakat yang „multiracial‟ dan „multiculture‟ yang mempunyai asas-asas kukuh untuk mewujudkan masyarakat yang lebih berbudaya, berilmu, bermoral, dan mendokong cita-cita murni bangsa Malaysia berteraskan konsep negara bangsa.Melalui konsep negara bangsa ini, semua masyarakat mendukung satu bangsa dan satu negara yang tegak di atas satu identiti negara yang sama yang dimenifestasikan oleh pemikiran, nilai-nilai sosio-budaya, lambang-lambang dan sentiasa berpegang kepada jiwa kemanusiaan dan kerohanian yang tinggi. Bangsa yang bertamadun mempunyai identiti peradabannya yang tersendiri. Masyarakat berperanan dalam pemupukan hubungan etnik agar negara kita malaysia sentiasa dalam keadaan aman dan selesa.

    Salah satu contoh peranan masarakat adalah dalam penerimaan budaya. Secara amnya, memang ada kesamaan unsur kebudayaan antara ketiga- tiga golongan rakyat di negara ini. Ciri- ciri hindu telah meresap masuk ke dalam kebudayaan masyarakat melayu. Dari kepelbagaian budaya ini akan menyatukan nilai pelbagai bangsa. Orang cina yang datang ke negara ini untuk bekerja di lombong- lombong bijih timah diterima menjadi warganegara malaysia akhirnya. Persesuaian yang kelihatan antara tiga golongan utama iaitu melayu, cina, dan india berasaskan ciri budaya yang sama. Antaranya ialah mementingkan kekeluargaan dengan menghormati ibu bapa dan adik beradik. Disamping itu kepentingan agama didahulukan.. Satu daripada cara mencapai perpaduan di antara kaum ialah menjaga budi bahasa serta akhlak dalam pergaulan. Perbezaan agama serta kepercayaan tidak mengurangkan kepentingan pemupukan budl bahasa. Adat istiadat adalah peraturan yang sentiasa dlpatuhl dan diamalkan dalam masyarakat Malaysia terutamanya pada hari perayaan. Adat istiadat ini mencirikan Kebudayaan Kebangsaan.

    Antara hari-hari perayaan yang sama-sama dihormati ialah Hari Kebangsaan Malaysia pada 31 Ogos, Hari Deepavali, Tahun Baru Cina, Hari Raya, Sambutan Maulud Nabi Muhammad s.a.w, Hari Keputeraan rasmi DYMM Yang di-Pertuan Agong Malaysia Malaysia sememangnya terkenal sebagai sebuah negara yang mempunyai masyarakat majmuk dan kukuh dengan warisan budaya dan budi bahasa yang tinggi. Kesemua adat resam ini sama-sama saling difahami dan dihormati oleh semua lapisan masyarakat agar perhubungan kaum dapat dijalinkan dengan erat. Bagi masyarakat Melayu terdapat beberapa· adat-adat kunjung mengunjung dalam masyarakat. Bagi pengunjung beragama Islam hendaklah memmberi salam 'Assalamu'alaikum'. Pengunjung bukan Islam memadai mengucap selamat sahaja. Setiap pengunjung yang hendak masuk ke dalam rumah orang Melayu perlu menanggalkan kasut.

    Bagi masyarakat India pula terdapat kepelbagaian adat bergantung kepada keturunannya sama ada Tamil, Punjabi atau India Utara. Antaranya secara umum ialah semasa memberi hormat, kaum India terdapat berbagai-bagai cara dan kebiasaannya dengan merapatkan tapak tangan dan mengangkatnya hingga ke dada sambiI mengucapkan kata-kata yang bermaksud selamat. Semasa berkunjung, tetamu mestilah membuka kasut kecuali jika tuan rumah membenarkannya. Kunjungan pula seeloknya dibuat pada hari dan masa yang dikira sesuai. Kunjungan ke rumah orang yang baru berpindah tidak sesuai dibuat pada hari Ahad, Selasa dan Khamis. Apabila hendak pulang tetamu hendaklah terlebih dahulu meminta diri daripada tuan rumah dengan mengatakan 'saya akan datang lagi' serta berjabat tangan. Masyarakat Cina pula mempunyai adat tersendiri di dalam menerima tetamu. Semasa berkunjung ke rumah orang dna, tetamu seelok-eloknya duduk di sebelah kiri tuan rumah. Ini menunjukkan tetamu itu menghormati tuan rumah.

    Tetamu hanya dilihat sopan apabila minum setelah dipersilakan oleh tuan rumah berulang kali. Adalah dianggap tidak sopan jika mengunjung rumah keluarga Cina sewaktu mereka sedang makan kecuali kunjungan itu khusus menghadiri jamuan. Adat-adat ini banyak membantu dalam menggeratkan perpaduan di antara kaum. Orang Melayu, Cina dan India sama-sama saling memahami adat dan kebudayaan masing-masing. Dengan ini tidak timbullah persoalan ketidaksefahaman antara kaum.

    Kesimpulannya, perpaduan kaum adalah perkara utama yang harus diberi perhatian kerana pemupukan hubungan etnik antara masyarakat adalah amat penting bagi negara Malaysia yang bermasyarakat majmuk serta menjamin kestabilan politik dan ekonomi negara. Kerajaan sentiasa prihatin dan mengambil berat terhadap isu perpaduan ini supaya dapat mengekalkan keharmonian kehidupan di negara kita selain menjaga kemerdekaan yang telah dicapai melalui perpaduan nenek moyang kita. Oleh yang demikian, setiap kaum, golongan masyarakat dan semua pihak adalah terlibat bekerjasama dalam mencapai usaha yang murni ini bagi menjamin kehidupan sejahtera yang berpanjangan.

    PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

    1. KONSEP

    Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu komponen amalan profesional (profesional practice) bagi program Ijazah Sarjana Muda Perguruan kolaborasi Kementerian Pelajaran Malaysia bersama Open University Malaysia (OUM) dan Queensland University of Technologies, Australia (QUT). Pengalaman ini memberi pendedahan konteks sebenar alam persekolahan kepada pelajar secara developmental. Peluang ini memberi kefahaman dan membina kesedaran pelajar tentang budaya sekolah dan peranan guru dalam bilik darjah melalui pemerhatian pengajaran dan strategi pengurusan bilik darjah yang digunakan oleh guru; pemerhatian pembelajaran murid; menganalisis tingkah laku murid; serta berkomunikasi dan berinteraksi dengan pentadbir, guru dan komuniti sekolah. Pelajar juga dikehendaki meneliti dokumen dan membuat temu bual dan refleksi. Dengan meneroka pengalaman dan situasi yang baru ini, pelajar dapat meningkatkan kemahiran inqkuiri penemuan. Melalui pembelajaran secara kontekstual dan amalan refleksi serta proses konstruktivisme, pelajar dapat mengaitkan teori dan amali dalam konteks pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu, pelajar juga dapat membina pengetahuan dan kefahaman baru, dan ini seterusnya menjadikan pembelajaran lebih bermakna.

    2. OBJEKTIF

    Melalui program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) pelajar dapat;
    (i) membina kemahiran inkuiri penemuan dan kemahiran berfikir secara kritis dan analitis;
    (ii) memahami budaya sekolah;
    (iii) mendapat pendedahan awal pembelajaran murid;
    (iv) memahami pengurusan strategi pengajaran dan pembelajaran;
    (v) menyesuaikan diri dengan masyarakat di sekolah dan di bilik darjah;
    (vi) membina kemahiran berinteraksi dengan murid, guru, kakitangan sekolah dan ibu bapa;
    (vii) membina kemahiran mengumpul maklumat tentang pengurusan sekolah, iklim pengajaran pembelajaran dan budaya sekolah;
    (viii) membuat refleksi mengenai tugas dan tanggungjawab guru;
    (ix) membina sikap positif terhadap profesion perguruan;
    (x) mendokumentasikan pengalaman yang dilalui untuk perbincangan selanjutnya.

    3. STRATEGI PELAKSANAAN

    (i) Tempoh
    Pelajar PISMP-OUM : 1 minggu (14.8.2006 – 18.8.2006)
    Pelajar PISMP-QUT : 2 minggu (7.8.2006 – 18.8.2006)

    (ii) Penempatan
    Pelajar yang akan menjalani PBS ditempatkan di sekolah tertentu dan diuruskan oleh Unit Praktikum dengan kerjasama penyelaras PISMP-OUM / PISMP-QUT Institut Pendidikan Guru (IPG) masing-masing.

    (iii) Prosedur Pelaksanaan
    a) BPG akan memaklumkan kepada semua Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) tentang program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS).
    b) IPG akan memaklumkan kepada pihak sekolah tentang penempatan pelajar.
    c) IPG akan menguruskan taklimat pengurusan dan pelaksanaan PBS untuk pelajar.
    d) IPG menyediakan borang dan dokumen yang berkaitan untuk tindakan pelajar.
    e) IPG memberikan tugasan kepada pelajar untuk disempurnakan sepanjang tempoh pelaksanaan PBS dan dibincangkan dengan pensyarah masing-masing semasa sesi interaksi.

    (iv) Bidang Tugasan PBS
    Pelajar dikehendaki membuat tugasan berdasarkan semua aspek yang ditetapkan oleh universiti yang berkaitan.

    4. PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB

    (i) Pelajar
    a) Menghadiri taklimat PBS.
    b) Memahami objektif PBS.
    c) Melaksanakan tugasan PBS.
    d) Hadir ke sekolah pada tarikh yang ditetapkan sepanjang tempoh PBS.
    e) Mematuhi dan mengamalkan etika perguruan, peraturan IPG dan peraturan sekolah.
    f) Membuat pemerhatian terhadap iklim pembelajaran di bilik darjah, persekitaran dan kelengkapan sekolah.
    g) Memerhati dan berbincang dengan guru tentang tugas yang dilaksanakan di sekolah.
    h) Memerhati dan mengumpul maklumat tentang pengajaran guru serta pengurusan kelas sebagai bahan refleksi.
    i) Mendokumentasikan segala hasil tugasan untuk digunakan secara berterusan.
    j) Mengadakan sesi perbincangan dengan rakan sebaya tentang pengalaman yang diperolehi semasa
    menjalani PBS.
    k) Menyerahkan hasil tugasan PBS kepada pensyarah masing-masing pada masa yang ditetapkan untuk perbincangan dan bimbingan.

    (ii) Pihak Sekolah
    a) Menubuhkan Jawatankuasa PBS peringkat sekolah.
    b) Mengenal pasti dan melantik guru terlatih yang berpengalaman sebagai mentor untuk membantu pelajar yang menjalani PBS.
    c) Memberi taklimat kepada pelajar tentang sejarah, struktur organisasi, pengurusan, peraturan, disiplin dan budaya sekolah.
    d) Bekerjasama dengan pihak IPG dalam menjayakan program PBS.
    e) Memberi peluang kepada pelajar membuat pemerhatian persekitaran sekolah/pengajaran/aktiviti bimbingan guru yang berpengalaman.
    f) Membantu pelajar untuk mengumpul maklumat sekolah yang diperlukan bagi menyempurnakan tugasan PBS.
    g) Membantu pelajar menyesuaikan diri dalam masyarakat sekolah.
    h) Mengawasi disiplin dan kehadiran pelajar sepanjang tempoh PBS dan mengesahkan Borang Kehadiran PBS.
    i) Membantu dan memberi maklum balas yang berterusan kepada pelajar.
    j) Memastikan segala tindakan berkaitan dengan pelaksanaan PBS dilaksanakan dengan sempurna.
    k) Tidak melibatkan pelajar yang menjalani PBS dalam pengajaran.

    (iii) Pihak Institut Perguruan Raja Melewar (Unit Praktikum dan Penyelaras PISMP)
    a) Meneliti Garis Panduan Pelaksanaan PBS.
    b) Merancang dan mengenal pasti sekolah serta mengurus penempatan pelajar untuk PBS.
    c) Menghantar surat makluman pelaksanaan PBS ke sekolah yang terlibat.
    d) Memastikan tugasan PBS disediakan pada masa yang ditetapkan dan secukupnya untuk diberikan kepada pelajar.
    e) Memberi taklimat kepada pihak JPN, sekolah dan pelajar berhubung dengan pelaksanaan PBS.
    f) Menjelaskan kepada pelajar tentang konsep, objektif dan tugasan PBS.
    g) Mengambil tindakan sewajarnya jika terdapat kes-kes yang memerlukan tindakan.
    h) Memastikan pelajar hadir ke sekolah mengikut tarikh yang ditetapkan.
    i) Memastikan pelajar membuat tugasan dan menyerahkan kepada pensyarah mata pelajaran yang berkaitan.
    j) Mewujudkan kerjasama dan hubungan profesional antara IPG dengan sekolah.
    k) Menyediakan laporan bertulis tentang kes-kes khas pelajar untuk diserahkan kepada pihak pengurusan maktab dengan segera.

    5. KEHADIRAN PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

    a) Kehadiran pelajar di sepanjang PBS adalah wajib.
    b) Pelajar yang tidak hadir kerana sakit atau cedera memerlukan pengesahan doktor/pegawai perubatan.
    c) Ketidakhadiran semasa PBS atas sebab-sebab tertentu perlu mendapat kebenaran daripada Pengarah /Timbalan Pengarah IPG.
    d) Pelajar yang tidak cukup kehadiran PBS seperti yang telah ditetapkan, perlu melengkapkannya pada tarikh yang ditetapkan.

    6. PENILAIAN PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

    Pencapaian dalam PBS akan dinilai dan merupakan prasyarat untuk pelajar meneruskan pengajian ke peringkat seterusnya.

    Share

    Sebarkan.

    Share

    Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More